Wadah PELANCAR Edisi Mac 2018

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, Konsortium Koperasi Ternakan Ikan Pahang yang mula ditubuhkan sejak tahun 2014 terus bergerak cemerlang dan begitu proaktif dalam membangunkan ternakan ikan patin selain membantu dalam pembangunan industri hiliran seperti pemasaran, pembelian makanan ikan dan benih secara pukal dan lain- lain secara lebih kompetitif. Menurut beliau, sebagai permulaan, sebanyak 10 buah sangkar telah dibuka oleh konsortium berkenaan di Sungai Pahang dengan kapasiti jumlah ternakan kira-kira 15,000 ekor ikan patin. ANGKASA juga katanya telahpun meluluskan pinjaman tanpa faedah sebanyak setengah juta ringgit kepada konsortium berkenaan bagi membantu meningkatkan lagi tahap pengeluaran selain terus daya saing di pasaran. Dato’ Abdul Fattah berkata demikian kepada media selepas melancarkan projek penternakan ikan sangkar milik konsortium berkenaan di Kampung Tanjung Batu, Temerloh Pahang baru-baru ini. Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perladangan dan Industri Pertanian & Asas Tani, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Pahang, Haji Ibrahim » Dato’ Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kanan) melepaskan anak- anak ikan patin ke dalam salah sebuah sangkar Konsortium Koperasi Ternakan Ikan Pahang selepas majlis pelancaran projek ternakan ikan sangkar konsortium tersebut. Turut sama melepaskan anak-anak ikan tersebut ialah Dato’ Haji Kamarudin Ismail (paling kanan), Haji Mansor Ab. Rahman (empat dari kanan) dan Penolong Pengarah SKM Wilayah Temerloh, Mohd Shukor Abdullah (dua dari kanan).

DATO’ HAJI KAMARUDIN ISMAIL Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Perladangan, Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA

Kasah; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Zon 2, Haji Mansor Ab. Rahman dan Pengerusi Konsortium Ternakan Ikan Pahang, Mohd Nor Yatim. Sementara itu, Dato’ Haji Kamarudin berkata, ANGKASA sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada mana-mana koperasi yang mahu menceburi aktiviti ternakan ikan air tawar yang dilihat sangat berpotensi untuk lebih berdaya maju. Beliau yang juga merupakan Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) berkata, konsep menggabungkan koperasi di bawah satu konsortium dilihat sebagai pendekatan terbaik dan pemangkin kekuatan sektor koperasi. Menerusinya, konsortium mampu untuk terus bersaing dalam pasaran domestik menerusi penawaran harga pasaran yang lebih kompetitif berdasarkan kepada kemampuannya menghasilkan pengeluarannya yang lebih tinggi di samping berupaya memenuhi pasaran eksport.

Mac 2018 PELANCAR

33

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease