» Sebahagian peserta turut mengambil peluang bergambar bersama Dato’ Sri Sahibus Samahah Dr. Haji Abdul Rahman Haji Osman (duduk tengah). Turut sama di dalam gambar ialah Pengerusi JPAN Pahang Zon 3, Dato’ Haji Abdul Aziz Haji Abdullah (duduk dua dari kiri) dan Pengurus Besar Bahagian Pengurusan & Pembangunan Syariah ANGKASA, Haji Azhar Hamzah.
Oleh : ABDUL HAFIZ MOHD SAIDEN Pegawai Infaq Lil-Waqf ANGKASA MANFAAT WAKAF DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN KOPERASI
DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA
Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Zon 1 dengan kerjasama Unit Kutipan dan Pengurusan Dana Infaq Lil-Waqf ANGKASA serta Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) Negeri Pahang telah menjayakan program Seminar Infaq lil-Waqf dan Bicara Intelek Jabatan Pendidikan Negeri Pahang 2018 di Pekan, Pahang.
Seminar yang dihadiri oleh seramai 179 Pengetua daripada sekolah-sekolah menengah sekitar Negeri Pahang itu telah dirasmikan oleh Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan. Turut hadir dalam seminar tersebut ialah Pengerusi JPAN Pahang Zon 1, Haji Mohd. Zahidi Husain dan Pengerusi JPAN Pahang Zon 3, Dato’ Haji Abdul Aziz Haji Abdullah. Menurut Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, objektif penganjuran seminar tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran berinfaq dan berwakaf terhadap warga koperasi sekolah dan juga kepada pelanggan Biro Potongan Gaji (BPA) dalam kalangan guru-guru sekolah. Menurut beliau, skim infaq tersebut diuruskan oleh sebuah Jawatankuasa Hisbah yang berperanan menyelia penggunaan sumbangan wang infaq secara
» Dato’ Sri Sahibus Samahah Dr. Haji Abdul Rahman Haji Osman, Mufti Negeri Pahang.
34 PELANCAR Mac 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease