WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2025

Wadah

OKTOBER 2025 JILID: WP07/10

http://pelancar.online

www.angkasa.coop

KDN PP19744/02/2023 (035373)

SKM, ANGKASA Saling Melengkapi Perkukuh Gerakan Koperasi Negara

Kunjungan hormat kepimpinan ANGKASA yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bertemu Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), YBrs. Puan Noor Afifah Abdul Razak di Menara SKM, Kuala Lumpur pada 13 Oktober 2025.

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

Ketua Pegawai Eksekutif SKM, YBrs. Puan Noor Afifah Abdul Razak berkata, SKM dan ANGKASA perlu memainkan peranan secara bersepadu berpandukan Aspirasi Koperasi Malaysia bagi mengelakkan pertindihan fungsi serta memastikan sumber dapat dioptimumkan. “Saya percaya kita semua saling melengkapi dalam usaha membantu gerakan koperasi

Malaysia menjadi lebih cemerlang,” katanya ketika menerima kunjungan hormat kepimpinan ANGKASA yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah di Menara SKM, Kuala Lumpur. Kunjungan itu merupakan yang pertama sejak YBrs. Puan Noor Afifah dilantik sebagai

Penekanan terhadap pelaksanaan peranan dan fungsi masing-masing serta kesepakatan untuk saling melengkapi dalam memajukan gerakan koperasi negara menjadi fokus perbincangan antara Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan ANGKASA pada 13 Oktober 2025.

BERSAMBUNG DI MUKA 2

Sila Klik Kod QR untuk maklumat lanjut

2 INFO SEMASA

Wadah

OKTOBER 2025

YBrs. Puan Noor Afifah menyampaikan cenderamata kepada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.

Beliau berkata, meskipun sumbangan gerakan koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masih rendah berbanding beberapa negara lain, Malaysia berada di hadapan dari segi dasar, polisi dan undang-undang yang menyokong pembangunan sektor koperasi. “Dengan kerjasama yang baik antara SKM dengan ANGKASA, kita bukan sahaja boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi, malah mampu melonjakkan lagi sumbangan koperasi kepada ekonomi negara melalui tadbir urus yang lebih efisien dan berpaksikan kepentingan anggota,” tambahnya. Pengurusan tertinggi SKM yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Tuan Haji Azam Sulaiman, Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar dan Pembangunan) SKM, Puan Siti Azlin Ahmad Dauta dan Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) SKM, Tuan Haji Efendee O P Andu.

Kepimpinan ANGKASA yang hadir sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Anggota Lembaga ANGKASA (wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Encik Azizul Alias, Anggota Lembaga ANGKASA (wakil Kementerian Kewangan), Encik Ezleezan Othman, Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA, Dato’ Haji Shaharudin Mohd Sa’ad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh, Ketua Pegawai Pengurusan Kumpulan ANGKASA, Haji Hasnan Haji Mustapha, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan ANGKASA, Encik Mohd Ismail Ibrahim, Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin dan Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

DARI MUKA 1

Ketua Pegawai Eksekutif SKM pada 14 Julai 2025, sekali gus menjadikan beliau wanita pertama memegang jawatan tersebut. Dalam pertemuan tersebut, beliau memaklumkan bahawa SKM telah mengenal pasti beberapa program yang akan dilaksanakan dengan penglibatan langsung ANGKASA sebagai pelaksana utama bagi memastikan pelaksanaannya selaras dengan hasrat kerajaan. Beliau turut mencadangkan supaya peranan ANGKASA diperluas dengan diberi tanggungjawab mengaudit koperasi bagi membolehkan badan puncak itu membantu koperasi memastikan rekod kewangan yang lebih teratur dan telus. Menurutnya, cadangan tersebut selaras dengan kepakaran ANGKASA yang selama ini membantu koperasi dalam penyediaan akaun dan langkah itu diyakini dapat memperkukuh tadbir urus kewangan gerakan koperasi secara keseluruhan. Sementara itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata, pelantikan YBrs. Puan Noor Afifah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SKM mencerminkan pengiktirafan kerajaan terhadap kepimpinan wanita dalam gerakan koperasi negara. “ANGKASA menaruh harapan tinggi agar kerjasama strategik dengan SKM dapat diperkukuh, sekali gus memperkasa peranan ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara,” katanya.

Sesi perbincangan antara pihak SKM dengan ANGKASA dipengerusikan oleh YBrs. Puan Noor Afifah.

Sidang Pengarang

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Timbalan Presiden • Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Naib Presiden • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Pengarang

Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan Bahagian Korporat ANGKASA E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)

• Nor Azah Abd. Aziz • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor

Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.

INFO SEMASA

3

Wadah

OKTOBER 2025

Lebih 2,000 Peserta Sertai Edu Fun Run 3.0 2025 Anjuran Yayasan ANGKASA

Peserta bergambar bersama Pengerusi Yayasan ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sebelum larian bermula.

Oleh: RAHMAT MOHD. DID

Lebih 2,000 peserta daripada pelbagai peringkat usia dan lapisan masyarakat membanjiri ibu kota pada pagi 19 Oktober 2025 bagi menyertai Edu Fun Run 3.0 anjuran Yayasan ANGKASA yang memasuki edisi ketiga penganjurannya. Berkonsepkan pembangunan modal insan warga koperasi serta menggalakkan gaya hidup sihat, penganjuran Edu Fun Run 3.0 2025 menarik penyertaan peserta yang terdiri daripada warga kerja sektor koperasi, pelajar tajaan Yayasan ANGKASA, koperator, anggota koperasi sekolah, guru-guru, ibu bapa serta pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi. Wakil Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Encik Azizul Alias berkata, Edu Fun Run 3.0 membawa misi memperkukuh semangat kesukanan, perpaduan dan pembangunan insan warga koperasi di seluruh negara serta wajar

BERSAMBUNG DI MUKA 4

Peserta memulakan larian seawal pukul 7.15 pagi.

Dari Meja Presiden

Aktiviti sukan dan riadah wajar diperkasakan melalui penganjuran yang lebih kerap oleh koperasi. Kegiatan sukan bukan sahaja dapat menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan peserta, malah dapat memberi peluang kepada mereka untuk mengasah bakat, mengembangkan potensi diri serta memperkukuh kemahiran insaniah seperti kerjasama berpasukan dan semangat untuk mencapai kejayaan. Sukan juga dapat meningkatkan minat dan pembabitan golongan muda terhadap koperasi. Pendekatan seperti ini sangat baik bagi mendekatkan koperasi dengan komuniti daripada pelbagai peringkat umur. Edu Fun Run 2025 merupakan antara contoh penganjuran aktiviti yang sangat baik oleh Yayasan ANGKASA dalam usahanya untuk

menyediakan dana pembiayaan pendidikan dan biasiswa selain dapat menyatukan warga koperasi dengan masyarakat melalui aktiviti yang dijalankan. Selain itu penganjuran aktiviti sukan dan riadah juga boleh mendatangkan input perolehan ekonomi kepada koperasi dan anggotanya melalui yuran penyertaan dan jualan sampingan sepanjang program berlangsung. Kemeriahan aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung dapat meningkatkan imej gerakan koperasi yang sentiasa cakna terhadap anggota dan masyarakat bertepatan dengan falsafah dan prinsip koperasi ketujuh iaitu 'bekerja bersama- sama demi manfaat bersama’.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA

INFO SEMASA

4

Wadah

OKTOBER 2025

Wakil Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Encik Azizul Alias dan Pengerusi Yayasan ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyertai gimik larian Edu Fun Run 3.0 2025.

DARI MUKA 3

diberikan sokongan penuh agar dapat dianjurkan secara konsisten setiap tahun. “Melalui tema “ Stronger Steps, Smarter Minds ,” program kali ini bukan sekadar aktiviti riadah, tetapi simbol langkah berani dan pemikiran strategik dalam melahirkan generasi muda yang prihatin serta inovatif,” katanya. Pengerusi Yayasan ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah pula berkata, penganjuran Edu Fun Run setiap tahun menjadi platform penting dalam menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuh kerjasama sosial dalam kalangan warga koperasi, pelajar dan masyarakat. “Edu Fun Run membuktikan bahawa aktiviti riadah dan kebersamaan mampu menyemai nilai prihatin serta semangat sukarelawan dalam kalangan generasi muda,” ujarnya.

Acara tersebut turut menerima daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di mana penyertaan murid sekolah rendah dan menengah diberi markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) peringkat kebangsaan. Seramai 40 sukarelawan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut membantu menjayakan penganjuran bagi memastikan kelancaran program, sekaligus memperkukuh peranan mahasiswa sebagai agen perubahan sosial. Pada masa yang sama, Yayasan ANGKASA turut mengumumkan penyerahan sumbangan dana pendidikan daripada 16 organisasi koperasi dan syarikat korporat dengan jumlah keseluruhan hampir RM93,000. Antara penyumbang utama ialah MyANGKASA Amanah Berhad (RM50,000), Mediscreen (RM10,000) dan ST Rosyam Mart Sdn. Bhd. (RM10,000). pengiktirafan rasmi

Hadir sama dalam program tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Datuk Haji Ahmad Jamil Hashim, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Tuan Haji Nasir Khan Yahya, Datuk Syed Azmin Syed Nazir Al Husaini, Dato Haji Zazali Haron, Dato Fahrul Rahman Jaafar dan Dato Rosni Zahari, Naib - Naib Presiden ANGKASA iaitu Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Puan Sharifah Aminah Syed Mohssain dan Timbalan Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Prof. Dr. Haji Mansor Ahmad.

INFO SEMASA

5

Wadah

OKTOBER 2025

KKM Tarikan Baharu Imarahkan Masjid

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah memberi penerangan tentang perkembangan dan potensi Koperasi Kariah Masjid di Perak kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Dato' Haji Harith Fadzilah Abdul Halim.

Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI

Sebagai rekod, sebanyak 71 KKM telah didaftarkan di Perak daripada keseluruhan 680 KKM yang berdaftar di seluruh negara. Hadir sama ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk, Haji Firdaus Salleh dan Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid ANGKASA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman.

Koperasi Kariah Masjid (KKM) berpotensi untuk dijadikan sebagai platform baharu dalam usaha mengimarahkan lagi masjid melalui aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh kariahnya. Menerusi pendekatan tersebut, suasana di perkarangan masjid bukan sahaja akan menjadi lebih meriah dengan pelbagai aktiviti ekonomi dan kemasyarakatan, malah berupaya membantu meningkatkan ekonomi kariah masjid itu sendiri. Demikian dijelaskan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu mengadakan satu kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Dato' Haji Harith Fadzilah Abdul Halim di Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh, Perak pada 26 September 2025. Menurutnya, usaha untuk mengimarahkan masjid melalui aktiviti ekonomi koperasi boleh membantu meningkatkan fungsi dan daya tarikan baharu kepada masjid selain hanya berperanan sebagai pusat ibadah semata-mata. Beliau yang diiringi Pengerusi ANGKASA Negeri Perak, Haji Mohamed Shafie Abd Karim turut berharap agar jalinan kerjasama antara ANGKASA dengan JAIPk boleh ditingkatkan ke satu tahap yang lebih tinggi demi pembangunan institusi masjid khususnya di negeri tersebut.

Sesi bertukar-tukar cenderamata antara ANGKASA dengan JAIPk.

INFO SEMASA

6

Wadah

OKTOBER 2025

'Rasa Melaka by ANGKASA' Jadi Tarikan Baharu Pelancongan Negeri Melaka

Premis 'Rasa Melaka by ANGKASA'.

EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka, YB Tuan Allex Seah Shoo Chin (tengah) dan tetamu kehormat bergambar di hadapan premis 'Rasa Melaka by ANGKASA'.

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

pengukuhan ekonomi koperasi bagi meningkatkan taraf mereka daripada kategori mikro kepada kecil, seterusnya daripada kecil kepada sederhana. Terdahulu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berkata, 'Rasa Melaka by ANGKASA' dilaksanakan melalui kerjasama dengan ANGKASA Negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Koperasi Keluarga Hajah Che Me Melaka Berhad, Koperasi Abang Beca Melaka Berhad, Koperasi SM Ghafar Baba Masjid Tanah Berhad dan Koperasi Gabungan Kariah Masjid-Masjid Negeri Melaka Berhad, di samping produk asnaf MAIM dan koperasi lain sebagai usaha menjayakan perniagaan baharu ANGKASA itu termasuk penyewaan studio podcast . "Menerusi projek ini, ANGKASA berhasrat bukan sekadar menyediakan sebuah kafe, malah sebuah ruang warisan dan identiti Melayu Melaka, tempat di mana pelancong dan rakyat tempatan dapat menyelami kembali sejarah serta keindahan budaya silam sambil menikmati rasa tradisi yang unik," jelasnya. 'Rasa Melaka by ANGKASA' menampilkan kafe dengan hidangan tradisional era Kesultanan Melayu Melaka seperti nasi lemak Puteri Hang Li Poh, asam pedas, onde-onde, cendol, kuih keria, sate, nasi impit dan pelbagai juadah lain bersama kopi kampung, selain menawarkan perkhidmatan beca di sekitar Jonker Walk dan Bandaraya Melaka melalui kolaborasi dengan Koperasi Abang Beca Melaka Berhad. Projek itu juga menyediakan pakej yang membolehkan pelancong menyewa busana tradisional untuk bergambar di enam lokasi khas, sementara tarikan

ANGKASA 'Rasa Melaka by ANGKASA', satu projek rintis yang dijangka menjadi tarikan baharu di Jalan Hang Kasturi, berhampiran Jonker Walk, kawasan tumpuan memperkenalkan pelancong dalam tapak Warisan Dunia UNESCO, sekali gus merancakkan sektor pelancongan negeri bersejarah itu menerusi elemen gastronomi, keunikan budaya dan sejarah Melaka serta keusahawanan koperasi. EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka, YB Tuan Allex Seah Shoo Chin berkata, inisiatif itu bertepatan dengan penganjuran World Tourism Day 2025 (Hari Pelancongan Sedunia) pada 27 hingga 29 September 2025 serta Tahun Melawat Malaysia 2026 di negeri tersebut. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Prapelancaran 'Rasa Melaka by ANGKASA' di Jalan Hang Kasturi, Melaka pada 23 September 2025. “Rasa Melaka akan memberi peluang kepada pengunjung dalam dan luar negara untuk menikmati keunikan negeri ini. Seperti yang kita tahu, lokasi seperti Stadthuys dan Jonker Walk telah lama menjadi nadi utama tarikan pelancongan di Melaka,” katanya. Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri turut menerima peruntukan tambahan berjumlah RM300,000 daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada tahun 2025. Dana itu bukan sahaja disalurkan kepada koperasi kariah masjid, malah membantu koperasi mikro memperoleh peralatan, akses modal serta melaksanakan pelbagai program

YB Tuan Allex menandatangani plak sempena Majlis Prapelancaran 'Rasa Melaka by ANGKASA'. Turut sama ialah Timbalan EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka, YB Datuk Tuminah Kadi@Mohd Hashim (kanan sekali).

lain termasuk ruang fotografi ala Melayu Melaka, demonstrasi masakan tradisional, pameran kraftangan serta perkhidmatan rakaman podcast . Hadir sama ialah Timbalan EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka, YB Datuk Tuminah Kadi@Mohd Hashim, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Melaka, Encik Mustafa Kamal Mohd Nor, Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka, Haji Zaidan Haji Abd. Hadi, Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Hartanah MAIM, Encik Feisol Asymi Osman dan Pengurus Pengauditan Pelancongan Bahagian Promosi Pelancongan Tourism Melaka, Encik Gangka Bhram. Turut berlangsung adalah sesi podcast yang menampilkan YB Tuan Allex dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sebagai tetamu jemputan serta Pengurus Besar Kanan Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Haji Nor Azmi Abd. Jalil sebagai moderator.

INFO SEMASA

7

Wadah

OKTOBER 2025

Kemenjadian Pelajar - Bawa Ilmu Koperasi ke Peringkat Seterusnya

Justeru, amalan berkoperasi yang disemai sejak dari peringkat sekolah sekiranya dapat diteruskan dalam tadbir urus koperasi dewasa, dapat menzahirkan koperator yang lebih berilmu dan berjiwa koperasi. Beliau dalam ucapannya turut merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Koperasi Sekolah Menengah Sains Teluk Intan Berhad atas kejayaan meraih perolehan tahunan melebihi RM1 juta. " Daripada keseluruhan 2,508 buah koperasi di negara ini, hanya 44 buah atau 1.8% yang berjaya capai perolehan RM1 juta ke atas. Kejayaan ini pastinya dapat jadi pendorong kepada koperasi sekolah yang lain untuk mencontohi usaha gigih dan pencapaian koperasi sekolah ini. Terima kasih juga diucapkan kepada guru- guru yang sentiasa gigih melaksanakan program koperasi," ujar beliau. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Perak, Haji Mohamed Shafie Abd. Karim, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid dan Kepimpinan, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Puan Roslina Abdul Aziz, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Bagan Datoh, Hajah Kasmiyati Katiman dan Pengetua Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Hajah Samsiah Mustaffa @ Hamzah serta barisan Anggota Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak.

Guru dan pelajar koperasi sekolah penerima sijil penghargaan bergambar bersama Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (berdiri, tiga dari kanan) dalam Majlis Anugerah Pengiktirafan Perolehan RM1 Juta Koperasi Sekolah Menengah Sains Teluk Intan Berhad di Bagan Datoh, Perak pada 8 Oktober 2025. Turut sama ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Perak, Haji Mohamed Shafie Abd. Karim (berdiri, dua dari kanan).

Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI

Rahman Abdul Razak Shaik sewaktu berucap dalam Majlis Anugerah Pengiktirafan Perolehan RM1 Juta Koperasi Sekolah Menengah Sains Teluk Intan Berhad di Bagan Datoh, Perak pada 8 Oktober 2025. Katanya, pelajar yang bergiat aktif dalam koperasi mampu mempelajari banyak perkara teknikal berkaitan pengurusan kepimpinan, kewangan selain aspek kerohanian seperti telus dan amanah.

Pelajar koperasi perlu menerapkan ilmu keusahawanan dan semangat berkoperasi sepanjang terlibat dalam koperasi sekolah untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi seperti koperasi siswa atau koperasi dewasa. Demikian disarankan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul

INFO SEMASA

8

Wadah

OKTOBER 2025

Pupuk Generasi Muda Cintakan Budaya Warisan Tempatan Melalui Koperasi

Program Antarabangsa 'Menelusuri Adat Menghayati Warisan' anjuran bersama ANGKASA Negeri Sembilan dan Koperasi SMK Seremban Jaya Berhad bertempat di Homestay Lonek, Jempol, Negeri Sembilan.

Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI

dalam memperkasakan generasi muda melalui pelancongan koperasi sekolah serta memberikan penekanan terhadap pembangunan budaya, pendidikan dan komuniti menerusi pakej pelancongan yang dikendalikan. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Program Antarabangsa 'Menelusuri Adat Menghayati Warisan' anjuran bersama ANGKASA Negeri Sembilan dan Koperasi SMK Seremban Jaya Berhad bertempat di Homestay Lonek, Jempol, Negeri Sembilan pada 28 September 2025. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah barisan Anggota Jawatankuasa ANGKASA Negeri Sembilan yang diketuai Pengerusinya, Dato' Haji Ibrahim Haji Abdullah, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Jempol dan Jelebu, Puan Jamaliah Ahmad dan Pengetua SMK Seremban Jaya merangkap Pengerusi Koperasi SMK Seremban Jaya Berhad, Tuan Mohd Said Mohamed Kassim.

Program tersebut dibuat dengan kolaborasi bersama Koperasi Siswa USIM Berhad, Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Gugusan Bayai Jempol Berhad, Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kuching Tengah Berhad dan Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad. Seramai 51 pelajar tempatan dan 10 pelajar luar negara dari USIM Alammiyah terlibat sebagai Tamu dalam program selama dua hari itu bermula 27 September 2025. Antara pengisian program termasuklah pertandingan sukan rakyat, persembahan kebudayaan, demonstrasi pembuatan penganan dan emping serta lawatan ke beberapa rumah adat serta lokasi bersejarah sekitar Negeri Sembilan. Sebelum pulang, pelajar dibawa melawat ke Laman Herba dan Taman Kelulut milik Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Gugusan Bayai Jempol Berhad di Serting Ulu, Jempol.

Koperasi boleh membantu dalam memupuk semangat cintakan warisan tempatan khususnya kepada generasi muda melalui aktiviti yang dianjurkan. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, keunikan adat resam dan budaya tempatan boleh dijadikan sebagai pakej pelancongan untuk pelajar dalam dan luar negara kerana pakej tersebut memiliki daya tarikan tersendiri. Selain itu katanya, konsep Hos dan Tamu yang digerakkan melalui koperasi sekolah dapat membantu memperkukuh semangat perpaduan melalui pengalaman langsung sekali gus menyemai kefahaman mengenai adat resam tempatan dan warisan masyarakat. Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Koperasi SMK Seremban Jaya Berhad atas inisiatif yang sangat bermakna

INFO SEMASA

9

Wadah

OKTOBER 2025

Kejohanan Petanq ANGKASA 2025 Rai Penyertaan 192 Pemain Seluruh Negara

Tetamu kehormat bergambar bersama para pemenang pada Majlis Penutupan Kejohanan Petanq ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2025 di Arena Petanq Kuala Kangsar, Perak pada 21 September 2025.

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa kejohanan itu bukan sahaja medan pertandingan, malah platform mengukuhkan silaturahim warga koperasi melalui semangat kesukanan. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Institut Koperasi Malaysia, Majlis Sukan Negara, Persatuan Boules Malaysia Negeri Perak serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan kejohanan. “Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengerusi ANGKASA Negeri Perak dan barisan kepimpinan Anggota Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak atas kesudian menjadi penganjur kejohanan pada tahun ini serta menjemput saya menyempurnakan majlis perasmian penutup. Tidak lupa juga kepada Bahagian Sekretariat dan Pengurusan Aset ANGKASA Ibu Pejabat yang telah menyelaras kejohanan ini bersama ANGKASA Negeri Perak,” katanya. Turut berlangsung adalah penyerahan bendera dan Piala Pusingan Tuan Rumah Kejohanan Petanq ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2026 kepada negeri Sarawak yang diwakili Pengerusi ANGKASA Negeri Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, YB Dato’ Salbiah Mohamed turut hadir menyaksikan kejohanan serta melawat gerai pameran yang diadakan. Hadir sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’

Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi ANGKASA Negeri Perak merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Kejohanan Petanq ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2025, Haji Mohamed Shafie Abd. Karim, barisan Pengerusi ANGKASA Negeri, barisan Anggota Jawatankuasa ANGKASA Negeri dan Pengurus Besar Bahagian Sekretariat dan Pengurusan Aset ANGKASA, Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman.

Kejohanan Peringkat melabuhkan

Petanq

ANGKASA

Kebangsaan

2025

tirainya Arena Petanq Kuala Kangsar, Perak pada 21 September 2025 dengan menyaksikan pasukan dari pelbagai negeri muncul juara dalam kategori utama. Kejohanan yang berlangsung di selama dua hari bermula 20 September 2025 itu menghimpunkan seramai 192 pemain daripada 64 pasukan seluruh negara yang tampil penuh bersemangat sepanjang perlawanan. Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu Kategori Koperasi Sekolah (Pelajar Lelaki), Kategori Koperasi Sekolah (Pelajar Perempuan), Kategori Koperasi Dewasa (Lelaki) dan Kategori Koperasi Dewasa (Perempuan) selain Kategori Jemputan ANGKASA. Bagi keempat-empat kategori tersebut, johan membawa pulang wang tunai RM3,000, trofi, pingat dan sijil penyertaan, naib johan menerima wang tunai RM2,000 berserta pingat dan sijil, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing meraih RM1,000 dan RM500 bersama pingat serta sijil penyertaan. Sementara itu, juara kategori jemputan pula menerima wang tunai RM900 bersama trofi, pingat dan sijil penyertaan, diikuti naib johan (RM600), tempat ketiga (RM450) dan tempat keempat (RM450), masing-masing bersama pingat serta sijil penyertaan. Majlis penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Kejohanan Petanq ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2025, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang turut

Kategori Koperasi Sekolah (Pelajar Perempuan)

Johan

Koperasi SMK (P) Sultan Abu Bakar Muar Berhad (Johor)

Naib Johan Koperasi SMK Dato’ Kailan Kepala Batas Berhad (Pulau Pinang) Tempat Ketiga Koperasi Kolej Vokasional Kangar Perlis Berhad Tempat Koperasi SMK Raja Lope Nor Rashid Tanjong Piandang Keempat Berhad (Perak)

Kategori Koperasi Sekolah (Pelajar Lelaki)

Johan

Tiada pemenang

Naib Johan Koperasi SMK Dato’ Kailan Kepala Batas Berhad (Pulau Pinang) Tempat Ketiga Koperasi SMK Muadzam Shah Rompin Berhad (Pahang Timur) Tempat Keempat Koperasi SMK Klebang Besar Melaka Berhad

Kategori Koperasi Dewasa (Wanita)

Johan

Koperasi Bakti Murni Perlis Berhad Koperasi Kulaan Malaysia Berhad (Selangor)

Naib Johan

Tempat Ketiga Koperasi KTMB Ipoh Berhad (Perak) Tempat Keempat

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad

Kategori Koperasi Dewasa (Lelaki)

Johan

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (Wilayah Persekutuan) Koperasi Masjid Kayu Ulul Albab Masjid Kayu Seberang Jerteh Besut Berhad (Terengganu)

Naib Johan

Tempat Ketiga Koperasi Ikram Negeri Sembilan Berhad Tempat Keempat Koperasi FELDA Rimba Mas Perlis Berhad

Kategori Jemputan ANGKASA

Johan

ANGKASA Negeri Sarawak ANGKASA Negeri Terengganu

Naib Johan

Tempat Ketiga ANGKASA Pahang Barat Tempat Keempat ANGKASA Negeri Melaka

10

11

PENGANTARABANGSAAN

12

Wadah

OKTOBER 2025

Jepun dan Rahsia Kekuatan Gerakan Koperasi dalam Masyarakat Menua

Peserta Program Jati Diri Koperasi peringkat antarabangsa bertemakan ‘ 7th Coop Principle In Action: Cooperatives Build A Better Community’ bergambar bersama Felo Kanan Japan Co-operative Alliance (JCA), Prof. Akira Kurimoto (duduk, tengah), Pengurus Pasukan bagi Identiti Koperasi, Kerjasama Antarabangsa dan Penyelidikan Koperasi JCA, Mr. Kenki Maeda (duduk, kiri) dan Pengarah Urusan JCA, Mr. Jiro Ito (duduk, kanan) di Tokyo, Jepun pada 6 Oktober 2025.

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

menghimpunkan 18 peserta Malaysia mewakili Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Institut Koperasi Malaysia dan 13 koperasi tersebut dianjurkan oleh ANGKASA melalui Bahagian Antarabangsa dengan kerjasama Japan Co-operative Alliance (JCA) selaku hos. Latihan berkenaan memberi fokus kepada Prinsip Koperasi Ketujuh: Berprihatin Terhadap Masyarakat dengan penekanan kepada tanggungjawab koperasi memperkukuh kesejahteraan komuniti melalui amalan mampan dan inisiatif sosial berimpak positif. Japan Co-operative Alliance (JCA) Seperti Malaysia, di mana ANGKASA merupakan badan apeks gerakan koperasi, begitulah juga di Jepun yang mempunyai JCA sebagai badan penyelaras utama yang menyatukan pelbagai sektor koperasi di negara tersebut. JCA yang ditubuhkan pada April 2018 mempunyai kira-kira 574 organisasi anggota terdiri daripada 19 persekutuan koperasi peringkat nasional, koperasi pertanian di peringkat wilayah serta sekitar 500 koperasi primer di seluruh Jepun. Seiring dengan misinya ‘Mewujudkan Kehidupan dan Pekerjaan yang Lebih Baik dalam Komuniti Lestari’, JCA berperanan dalam mempromosikan kolaborasi antara koperasi, memperkukuh advokasi, mengemukakan cadangan dasar, memperluas hubungan awam serta melaksanakan pendidikan dan penyelidikan. Menurut Pengurus Pasukan bagi Identiti Koperasi, Kerjasama Antarabangsa dan Penyelidikan Koperasi JCA, Mr. Kenki Maeda, sebelumpenubuhanJCA,Jepuntidakmempunyai entiti sah yang mewakili keseluruhan gerakan koperasi negara itu. Namun, selepas sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC) yang pertama

pada 2012, wujud momentum baharu untuk memperkukuh kerjasama antara koperasi di Jepun. Penubuhan JCA turut membuka ruang kepada gerakan koperasi Jepun untuk diwakili dalam meja bulat Kajian Semakan Sukarela (VNR) serta jawatankuasa penyediaan laporan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), memastikan sumbangan koperasi diiktiraf di peringkat nasional. Kerangka Koperasi Kesihatan dan Warga Emas Jepun Jepun kini berdepan realiti sebagai sebuah negara yang menua atau aging nation , dengan lebih 29% daripada populasinya bersamaan lebih 36 juta penduduk berusia 65 tahun ke atas, menjadikannya antara yang tertinggi di dunia. Fenomena itu menuntut sistem sokongan sosial yang kukuh, khususnya dalam aspek kesihatan dan penjagaan warga emas.

Menelusuri Kekuatan Gerakan Koperasi Jepun Di sebalik kemajuan pesat Jepun sebagai kuasa ekonomi dunia, tersimpan kisah kejayaan yang jarang disorot, iaitu kekuatan gerakan koperasi yang memupuk kesejahteraan masyarakat berasaskan nilai kebersamaan dan semangat kolektif. Menurut laporan Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasifik bertajuk Japan Snapshot 2025, Jepun kini mempunyai lebih 40,700 koperasi dengan keanggotaan melebihi 108 juta orang. Keanggotaan itu meliputi beberapa sektor antaranya adalah sektor pertanian, perikanan, pengguna, pekerja, perumahan, kewangan dan penjagaan kesihatan, menjadikan koperasi sebagai tulang belakang ekonomi rakyat Jepun. Jepun, sebuah negara yang menitikberatkan nilai kolektivisme dan kemajuan bersama telah membuktikan keberkesanan model koperasi dalam menyokong kesejahteraan rakyatnya. Justeru, koperasi di negara matahari terbit itu wajar dijadikan contoh dalam memperkukuh gerakan koperasi di Malaysia. Seiring dengan hasrat tersebut, Program Jati Diri Koperasi peringkat antarabangsa bertemakan ‘7th Coop Principle In Action: Cooperatives Build A Better Community’ telah diadakan di Tokyo, Jepun dari 5 hingga 10 Oktober 2025. Program latihan antarabangsa itu merupakan siri ketiga selepas dua penganjuran terdahulu di Goesan Natural Dream Park , Korea Selatan pada 21 September hingga 5 Oktober 2024. Program yang

Mr. Kenki berkata selepas sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC) yang pertama pada 2012, wujud momentum baharu untuk memperkukuh kerjasama antara koperasi di Jepun.

PENGANTARABANGSAAN

13

Wadah

OKTOBER 2025

Nisbah penduduk berumur 65 tahun ke atas kepada jumlah keseluruhan penduduk

Perancis Jerman Jepun Sweden

UK USA

Menurut Prof. Akira, perbelanjaan perubatan di Jepun meningkat kira-kira satu trilion yen setiap tahun disebabkan oleh penuaan populasi dan kemajuan dalam bidang perubatan.

Sumber: Institutional framework of co-operative health and elderly care in Japan oleh Felo Kanan JCA, Prof. Akira Kurimoto

Inisiatif tersebut turut seiring dengan dasar rasmi negara Jepun menerusi konsep ‘Penjagaan Komuniti Bersepadu’ yang menekankan penyediaan perkhidmatan kesihatan dan sosial secara menyeluruh di peringkat komuniti. HeW CO-OP JAPAN: Menggerakkan Kesihatan dan Kebajikan Komuniti Sebagai tindak balas terhadap keperluan masyarakat menua, Japanese Health and Welfare Co-operatives Federation (HeW CO- OP JAPAN) ditubuhkan pada 9 September 2010 bagi menyatukan koperasi kesihatan dan kebajikan di seluruh negara. HeW CO-OP JAPAN kini mempunyai 97 koperasi anggota (96 koperasi kesihatan & kebajikan serta Japanese Consumers’ Co- operative Union ), 2.9 juta ahli dan jumlah perolehan sebanyak 2,211.66 juta yen bagi tempoh 1 April 2023 hingga 31 Mac 2024. Koperasi kesihatan dan kebajikan di Jepun yang beroperasi di bawah Akta Koperasi Pengguna berperanan mewujudkan komuniti sihat serta memastikan kesejahteraan seluruh lapisan masyarakat melalui usaha membina persekitaran yang menyokong gaya hidup sihat. Di samping memiliki dan mengendalikan institusi perubatan serta kemudahan penjagaan jangka panjang, koperasi tersebut melaksanakan pelbagai projek dan kempen bersama anggota komuniti dan kakitangan koperasi bagi menangani isu-isu kesihatan dan sosial setempat.

Di Jepun, perkhidmatan kesihatan dan penjagaan warga emas kebanyakannya ditawarkan oleh penyedia swasta, manakala pembiayaannya ditampung melalui sistem insurans sosial nasional berasaskan sumbangan awam dan individu. Namun begitu, menurut Felo Kanan JCA, Prof. Akira Kurimoto, perbelanjaan perubatan negara tersebut meningkat kira- kira satu trilion yen setiap tahun disebabkan oleh penuaan populasi dan kemajuan dalam bidang perubatan. Pelaksanaan Akta Insurans Penjagaan Jangka Panjang (2000) membuka peluang kepada penyedia bukan awam, termasuk koperasi, untuk terlibat secara aktif dalam penyediaan perkhidmatan kebajikan dan penjagaan warga emas. Selain sektor awam dan korporat perubatan, koperasi turut berperanan sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan dan penjagaan warga emas di Jepun. Gabungan koperasi pertanian di peringkat wilayah ( koseiren ), koperasi pengguna, koperasi kesihatan, koperasi perikanan dan

koperasi pekerja merupakan antara penyedia utama perkhidmatan kesihatan dan penjagaan sosial. Menariknya, daripada 114 buah hospital di bawah Koseiren , sebanyak 47 daripadanya beroperasi di kawasan berpenduduk kurang daripada 50,000 orang, manakala 20 buah hospital merupakan satu-satunya kemudahan kesihatan yang beroperasi di kawasan tersebut. Hospital dan klinik Koseiren turut menyediakan pelbagai bentuk sokongan seperti penempatan dan latihan doktor, klinik bergerak serta aktiviti promosi kesihatan untuk masyarakat tani. Sebahagian hospital dan klinik Koseiren juga telah diambil alih menjadi kemudahan perbandaran bagi memastikan perkhidmatan kesihatan dapat dikekalkan di kawasan berpenduduk kecil. Koperasi kesihatan pula giat memperjuangkan usaha membina komuniti sihat melalui rangkaian promosi kesihatan, rawatan perubatan dan penjagaan jangka panjang yang saling melengkapi. Sejak tahun 1990-an, pendekatan itu dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan kepada masyarakat dapat disampaikan secara bersepadu dan berterusan.

Tipologi Koperasi Penyedia Penjagaan Warga Emas

Perancangan penjagaan di rumah

Jenis koperasi

Bantuan di rumah

Lawatan jururawat

Perkhidmatan harian

Sewaan peralatan

Pengguna

136

-

32

33

101

Pertanian

376

-

109

173

227

Koseiren Kesihatan

156

251

-

-

59

-

112

-

-

131

Warga emas Perusahaan Kecil dan Sederhana Perikanan

98

-

36

6

32

113

-

36

28

36

2

-

1

3

-

JUMLAH

881

363

214

218

586

Pengarah Eksekutif Japanese Health and Welfare Co-operatives Federation , Mr. Shinobu Katayama.

Sumber: Institutional framework of co-operative health and elderly care in Japan oleh Felo Kanan JCA, Prof. Akira Kurimoto

PENGANTARABANGSAAN

14

Wadah

OKTOBER 2025

Pengarah Eksekutif CO-OP Welfare , Mr. Atsushi Yamagiwa (tengah) ketika sesi pembentangan bertajuk ‘Sistem Insurans Penjagaan Jangka Panjang Jepun dan Cabarannya: Peranan Koperasi Pengguna dalam Masyarakat Sangat Menua’.

Pengarah Wakil dan Pengarah Urusan JCA, Mr. Masahiro Higa.

Koperasi berkenaan turut menekankan semangat berdikari dalam kalangan ahlinya bagi menangani cabaran harian dengan menggalakkan mereka mencipta penyelesaian sendiri. Kakitangan koperasi di seluruh negara membantu menyelaras keperluan komuniti, termasuk urusan harian seperti membeli-belah, menemani ahli ke hospital, membersihkan kawasan dan membantu kerja ringan.

Peranan koperasi pengguna dalam masyarakat super-aged Dalam menghadapi masyarakat sangat menua ( super-aged ), koperasi pengguna di Jepun memainkan peranan strategik dalam menyokong sistem penjagaan komuniti bersepadu melalui penyediaan perkhidmatan kebajikan dan sokongan harian kepada warga emas.

Selain itu, pelbagai inisiatif turut dilaksanakan bagi mewujudkan ruang interaksi komuniti seperti menyewa rumah kosong, menggunakan ruang perniagaan, kediaman ahli atau pusat komuniti untuk menganjurkan sesi minum teh, jamuan, aktiviti promosi kesihatan dan perbualan santai.

Peserta mengadakan perbincangan dan berkongsi pandangan antara satu sama lain bagi memperkukuh kefahaman tentang gerakan koperasi Jepun.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad, Haji Mazri Mahmood mengambil peluang bertanya soalan kepada Mr. Kenki.

Peserta bergambar bersama Mr. Masahiro.

PENGANTARABANGSAAN

15

Wadah

OKTOBER 2025

Koperasi mengendalikan sebanyak 938 buah kedai di seluruh Jepun bagi tahun kewangan 2022 dengan menawarkan pelbagai format kedai termasuk kedai bersaiz besar dan kecil yang disesuaikan mengikut keperluan setempat. Selain itu, koperasi turut mengoperasikan 251 kenderaan jualan bergerak dan 129 kenderaan ulang- alik membeli-belah di seluruh negara bagi membantu warga emas yang sukar keluar rumah mendapatkan barangan keperluan harian. pengguna

Selain itu, beberapa koperasi wilayah turut melaksanakan pelbagai pendekatan inovatif dalam menyantuni masyarakat menua. Co-op Shimane , misalnya, menjalankan program kunjungan rumah secara berkala untuk memeriksa keadaan warga emas yang tinggal bersendirian, di samping menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan berkhasiat terus ke rumah mereka.

Penutup Setiap negara mempunyai konteks, undang-undang serta struktur gerakan koperasi yang berbeza. Jepun membuktikan bahawa kejayaan koperasi bukan sekadar bergantung kepada kekuatan ekonomi, bahkan pada kemampuan membina jaringan sokongan sosial yang kukuh dan lestari. Nilai kebersamaan dan tanggungjawab sosial yang diterapkan dalam sistem penjagaan komuniti di Jepun menjadi bukti bahawa gerakan koperasi mampu memainkan peranan penting dalam memperkasa kesejahteraan masyarakat. Malaysia juga mempunyai potensi besar untuk menyesuaikan pendekatan itu mengikut keperluan tempatan, bukan dengan meniru sepenuhnya tetapi dengan memperkukuh asas koperasi sedia ada agar terus relevan, berdaya tahan dan memberi impak nyata kepada kesejahteraan masyarakat.

Inisiatif berkenaan turut diperkukuh melalui perjanjian pemantauan komuniti yang dimeterai bersama 1,308 majlis perbandaran di 33 wilayah, meliputi lebih 75% daripada keseluruhan majlis tempatan di Jepun. Menerusi rangkaian penghantaran rumah, pekerja koperasi memainkan peranan penting dalam mengenal pasti situasi kecemasan seperti penghuni yang tidak memberi maklum balas atau rumah yang tidak berlampu. Koperasi di Jepun Membina Komuniti Melangkaui Ekonomi Miyagi Co-op dan Co-op Fukushima pula memberi tumpuan kepada pemulihan komuniti pasca gempa bumi dengan menubuhkan pusat komuniti mudah alih yang berfungsi sebagai tempat interaksi sosial dan sokongan kesihatan mental kepada warga emas. Sementara itu, Co-op Kobe melaksanakan program latihan keselamatan komuniti serta aktiviti kesukarelawanan yang menggalakkan ahli koperasi membantu jiran berusia lanjut di kawasan kejiranan masing-masing.

Peserta Program Jati Diri Koperasi peringkat antarabangsa bertemakan ‘7th Coop Principle In Action: Cooperatives Build A Better Community’ bergambar di hadapan premis Food Bank Kanagawa yang terletak di Kohoku-ku, Yokohama, Wilayah Kanagawa, Jepun pada 8 Oktober 2025.

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

Seramai 18 peserta yang mewakili Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Institut Koperasi Malaysia dan 13 koperasi telah menyertai Program Jati Diri Koperasi Peringkat Antarabangsa bertemakan ‘7th Coop Principle In Action: Cooperatives Build A Better Community’ di Tokyo, Jepun dari 5 hingga 10 Oktober 2025. Sepanjang program tersebut, para peserta turut berpeluang mengadakan lawatan ke beberapa koperasi di Jepun bagi melihat sendiri bagaimana gerakan koperasi negara itu memainkan peranan penting dalam menyantuni keperluan masyarakat dan memperkukuh jaringan sokongan sosial. Food Bank Kanagawa Organisasi pertama yang dilawati pada 8 Oktober 2025 adalah Food Bank Kanagawa yang ditubuhkan pada Februari 2018 di bawah

Sukarelawan menyusun makanan yang disumbangkan untuk diagihkan kepada komuniti memerlukan di seluruh Wilayah Kanagawa.

PENGANTARABANGSAAN

16

Wadah

OKTOBER 2025

Pelbagai barangan yang dijual di kedai oleh University of Tokyo Co-op.

Peserta bergambar di hadapan kedai milik University of Tokyo Co-op.

Warga emas yang menerima perkhidmatan Fukushi Club Co-operative tersenyum gembira sambil menunjukkan hasil karya seni mereka semasa aktiviti terapi harian di pusat komuniti koperasi tersebut di Yokohama.

Peserta berpeluang berinteraksi dengan warga emas di pusat komuniti Fukushi Club Co-operative bagi memahami bagaimana koperasi memainkan peranan dalam membina komuniti penyayang dan saling menyokong.

inisiatif Kanagawa Prefectural Co-operative Association dengan sokongan pelbagai koperasi pengguna, pertanian dan pekerja di Wilayah Kanagawa. Lawatan itu memberi peluang kepada peserta melihat bagaimana organisasi tersebut berperanan membantu masyarakat rentan melalui pengagihan makanan dan pengurangan pembaziran. Food Bank Kanagawa menjadi model unggul bagaimana nilai dan semangat koperasi diaplikasikan dalam tindakan sosial. Melalui rangkaian kerjasama dengan 325 syarikat dan organisasi yang bersetuju menyumbangkan makanan, organisasi itu mengumpul lebihan makanan yang masih selamat dimakan untuk disalurkan secara percuma kepada institusi kebajikan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Sebagai ‘bank makanan teras’ bagi Wilayah Kanagawa, Food Bank Kanagawa tidak menyalurkan bantuan terus kepada individu, sebaliknya berperanan sebagai penghubung perantaraan ( intermediate support ) yang membekalkan makanan kepada 408 organisasi penerima, termasuk 67 agensi kerajaan dan 341 organisasi komuniti seperti pusat kebajikan, bank makanan tempatan, pantri makanan serta kafeteria komuniti dan kanak-kanak. Keunikan inisiatif berkenaan terletak pada pendekatan bersepadu yang digerakkan bersama oleh pelbagai sektor koperasi dan masyarakat sivil. Pendekatan itu bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran makanan, malah memperkukuh jaringan solidariti antara komuniti bandar dan luar bandar. Pada tahun 2023, lebih 800 tan makanan berjaya dikumpul dan diagihkan dengan sebahagian besar sumbangan datang daripada rangkaian koperasi pengguna dan pengeluar tempatan. University of Tokyo Co-op Lawatan seterusnya pada hari yang sama membawa peserta ke University of Tokyo Co- op (UT Co-op) , sebuah koperasi universiti yang

berperanan menyokong kesejahteraan pelajar dan staf Universiti Tokyo. UT Co-op ditubuhkan pada Jun 1946 dan diperbadankan pada Mei 1949 di bawah Akta Persatuan Koperasi Pengguna. Sejak penubuhannya, koperasi itu menjadi organisasi pelajar yang memperjuangkan kehidupan kampus yang inklusif, berdaya tahan dan berasaskan nilai kebersamaan. Dengan modal saham ahli sebanyak 903.95 juta yen dan hasil perniagaan mencecah 6,080.48 juta yen bagi tahun kewangan 2024, UT Co-op kini mempunyai 49,182 ahli serta 640 orang kakitangan. Perniagaan utama UT Co-op meliputi pengendalian kafeteria universiti, kedai buku akademik, kedai keperluan harian, pusat perjalanan pelajar serta program bantuan pelajar dan insurans kebajikan. Melalui pelbagai cabang perkhidmatan tersebut, koperasi bukan sahaja menyediakan kemudahan asas, malah turut memastikan pelajar dan staf menikmati gaya hidup kampus yang mampu milik dan menyeluruh. Sepanjang tempoh pandemik COVID-19, UT Co-op memainkan peranan penting dengan menyediakan makanan berkhasiat pada harga berpatutan dan menyokong pelajar yang kehilangan pendapatan sampingan. Koperasi juga memperkenalkan platform digital untuk pembelian buku dan barangan keperluan serta melaksanakan program sokongan mental dan kaunseling pelajar. Fukushi Club Co-operative Koperasi terakhir yang dilawati pada 9 Oktober 2025 adalah Fukushi Club Co-operative yang ditubuhkan pada tahun 1983 dengan matlamat membina komuniti penyayang dan saling menyokong. Berpegang pada falsafah ‘Tiada siapa ditinggalkan dalam masyarakat’, koperasi itu mencerminkan semangat Prinsip Koperasi Ketujuh. Fukushi Club Co-operative mula beroperasi pada April 1989 di Kohoku-ku, Yokohama City, Wilayah Kanagawa sebagai koperasi pertama di Jepun yang memberi tumpuan terhadap kebajikan masyarakat. Sehingga Mac 2025, koperasi itu beroperasi di 27 daerah pentadbiran

tempatan. Penubuhannya lahir daripada kesedaran terhadap cabaran masyarakat menua, kadar kelahiran yang menurun dan kekangan dalam sistem kebajikan awam dengan matlamat menyelesaikan isu sosial melalui tindakan bersama ahli koperasi. Koperasi tersebut menumpukan kepada perkhidmatan penjagaan warga emas, bantuan kehidupan harian, penghantaran makanan dan aktiviti komuniti. Keunikannya terletak pada penglibatan aktif ahli dalam setiap program sama ada sebagai sukarelawan, penyumbang idea atau penerima manfaat. Operasinya digerakkan melalui sistem sokongan kebajikan komuniti di rumah ( home welfare support system ) yang merangkumi penghantaran makanan selamat ke rumah ahli, sokongan kesihatan dan perubatan kepada warga emas serta kemudahan jagaan harian dan kediaman warga emas. Model itu melahirkan bentuk kebajikan berasaskan penyertaan warga ( citizen-participatory welfare ), menjadikan setiap ahli bukan sahaja pengguna, malah juga penyumbang aktif dalam menangani cabaran komuniti mereka. Selain penyediaan perkhidmatan kebajikan, koperasi tersebut turut mengendalikan pusat komuniti pelbagai fungsi sebagai ruang interaksi antara generasi. Golongan muda, ibu tunggal dan warga emas berkongsi aktiviti seperti memasak, bertani dan bengkel kemahiran, sekali gus mewujudkan hubungan sosial yang erat dan memperkukuh semangat kebersamaan di peringkat akar umbi.

Membangun komuniti yang inklusif dan lestari

Lawatan ke tiga koperasi tersebut memberikan gambaran jelas bahawa gerakan koperasi Jepun tidak hanya berorientasikan ekonomi, sebaliknya bertindak sebagai agen perubahan sosial. Setiap koperasi sama ada Food Bank Kanagawa , UT Co-op atau Fukushi Club Co-operative berfungsi dalam ekosistem yang saling melengkapi, menghubungkan aspek kebajikan, pendidikan dan solidariti komuniti.

INFO SEMASA

17

Wadah

OKTOBER 2025

Jawatankuasa ANGKASA Negeri Tinjau Projek Pertanian Koperasi Agro Ternak Melayu Perak Berhad

Rombongan ANGKASA yang diketuai Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik ((lima dari kanan) bergambar di ladang cili fertigasi jenis Kulai yang ditanam oleh Koperasi Agro Ternak Melayu Perak Berhad (KATAM) pada 18 September 2025.

Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI

Sebilangan Jawatankuasa ANGKASA Negeri telah mengadakan satu lawatan ke tapak projek pertanian milik Koperasi Agro Ternak Melayu Perak Berhad (KATAM) bertempat di Manong, Kuala Kangsar, Perak pada 18 September 2025. Rombongan tersebut diketuai oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik yang mewakili Presiden ANGKASA. Turut mengiringi beliau ialah Naib Presiden ANGKASA iaitu Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan serta Ketua Pegawai Pengurusan Kumpulan ANGKASA, Haji Hasnan Haji Mustapha. Anggota Lawatan tersebut yang dikendalikan oleh ANGKASA Negeri Perak yang diketuai Pengerusinya, Haji Mohamed Shafie Abd. Karim bertujuan untuk melihat secara langsung perkembangan projek pertanian koperasi tersebut khususnya Projek Inkubator Tanaman Fertigasi Rock Melon dan Koko yang diusahakan dengan kerjasama ANGKASA. Rombongan juga dibawa meninjau suasana ladang fertigasi cili kulai, ladang nanas dan pisang selain pusat semaian sayuran. KATAM yang ditubuhkan pada 22 September 2021 menjadikan pertanian, penternakan dan perladangan sebagai fungsi utama. Koperasi tersebut juga sedang dalam perancangan untuk menceburi bidang agropelancongan sebagai salah satu sumber baharu ekonominya.

Pengerusi KATAM, Mohd Helmi bin Mohamad Rozi (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada ANGKASA.

Rombongan turut melawat Projek Inkubator Tanaman Fertigasi Koko yang diusahakan oleh KATAM dengan kerjasama ANGKASA.

RENCANA

18

Wadah

OKTOBER 2025

Keperluan dan Kepentingan Pensijilan Pematuhan Syariah kepada Gerakan Koperasi

1. Mengelakkan Pendapatan Tidak Patuh Syariah Antara objektif utama pematuhan Syariah adalah untuk mengelakkan unsur yang dilarang seperti : - Riba (faedah) – Diharamkan secara qat’i dalam al-Quran: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan riba dengan berlipat ganda, dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung.” (Surah Ali-‘Imran: 130).

3. Menuju Al-Falah Fid Dunia wal Akhirat Pematuhan Syariah juga mencerminkan kesungguhan kepimpinan koperasi dalam membawa organisasi ke arah kejayaan duniawi dan ukhrawi. Firman Allah SWT: “Sesiapa yang beramal soleh, daripada lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl: 97) . Konsep al-falah bukan sekadar kejayaan material tetapi mencakupi keredhaan Allah SWT dan kebahagiaan di akhirat. 4. Menarik Minat Generasi Muda dan Semua Golongan Pensijilan Syariah meningkatkan keyakinan masyarakat, khususnya generasi muda yang semakin celik agama dan prihatin terhadap isu-isu integriti dan etika dalam kewangan. Ini sekali gus membuka peluang kepada koperasi untuk berkembang dengan lebih pesat dan inklusif. Firman Allah: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Surah Ali-‘Imran: 104). Koperasi yang patuh Syariah juga dapat mematuhi peruntukan Undang-Undang Kecil Koperasi dan menyokong agenda kerajaan dalam memperkasakan ekonomi Islam. Pematuhan Syariah tidak boleh dilihat sebagai satu pilihan, tetapi sebagai satu keperluan asas dalam memastikan segala aktiviti koperasi selari dengan prinsip Islam. Ia memberi kesan terus kepada keberkatan rezeki, kepercayaan anggota dan kelestarian koperasi dalam jangka panjang. Bagi menjalankan perkhidmatan kredit dan pembiayaan, ia merupakan teras kepada banyak koperasi. Namun begitu, aspek ini sangat terdedah kepada unsur riba, iaitu tambahan faedah atas pinjaman, yang jelas dilarang dalam Islam. koperasi yang

Oleh: DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN Naib Presiden ANGKASA

Oleh: DR. SYAHARINA ABDULLAH Pengurus Besar, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA

Oleh: MOHAMAD AZAHARI AHMAD Pengurus Seksyen Pematuhan Syariah

Gerakan koperasi merupakan antara pemacu ekonomi masyarakat di Malaysia yang berlandaskan semangat tolong-menolong dan keusahawanan sosial. Dalam usaha memelihara integriti serta mengekalkan kepercayaan masyarakat, aspek pematuhan Syariah menjadi teras penting. Artikel ini membincangkan sejarah penglibatan ANGKASA dalam pematuhan Syariah, keperluan serta kepentingan pensijilan pematuhan Syariah kepada gerakan koperasi. Pendekatan ini bukan sahaja mengelakkan unsur yang bertentangan dengan Syariah seperti riba, gharar, maisir dan syubhah, malah menjana pendapatan yang halal dan barakah serta menarik minat pelabur daripada segenap lapisan masyarakat. Koperasi sebagai satu entiti ekonomi berperanan penting dalam pembangunan sosioekonomi masyarakat. Namun, dalam landskap kewangan semasa yang kompleks, keperluan kepada pematuhan Syariah semakin mendesak untuk memastikan segala aktiviti perniagaan dan pelaburan koperasi berjalan atas landasan yang sah dan diberkati. Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) telah mengambil langkah proaktif dalam memartabatkan pematuhan Syariah apabila diiktiraf sebagai Jawatankuasa Syariah Kumpulan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah garis panduan 28 : Garis Panduan Tadbir Urus Syariah (GP28 SKM). Bermula secara rasmi pada tahun 2010, perkhidmatan pematuhan Syariah ini telah diperluas kepada koperasi-koperasi di seluruh negara dan kini menjadi rujukan utama dalam pelaksanaan prinsip Syariah dalam aktiviti koperasi. Semenjak perkhidmatan ini dilaksanakan, terdapat sebanyak 252 buah koperasi telah menerima pengiktirafan Persijilan Pematuhan Syariah secara kumulatif bagi tahun 2013 – 2024. Justeru, timbul persoalan mengenai kepentingan dan keperluan memiliki pengiktirafan Persijilan Pematuhan Syariah ini? Dengan pengiktirafan ini, ia merupakan keperluan untuk :

-

Gharar (ketidaktentuan melampau) Larangan gharar adalah berdasarkan hadith: "Nabi SAW melarang jual beli yang mengandungi gharar." (Riwayat Muslim). Maisir (perjudian) – Juga ditegah dengan jelas: “Sesungguhnya arak, judi, berhala, dan mengundi nasib dengan panah adalah najis daripada amalan syaitan.” (Surah al-Ma’idah: 90). Syubhah – Prinsip menjauhi yang syubhah disebut oleh Nabi SAW: "Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya ada perkara-perkara yang samar (syubhah), maka sesiapa yang menjaga dirinya daripada perkara syubhah, sesungguhnya dia telah menjaga agamanya dan maruahnya." (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

-

-

Dengan pematuhan Syariah, koperasi dapat beroperasi dalam zon yang diyakini bersih daripada unsur haram dan meragukan. 2. Menjana Pendapatan yang Halal dan Barakah Keuntungan yang diperoleh daripada aktiviti yang patuh Syariah bukan sahaja sah dari segi undang-undang Islam, malah diberkati dan membawa ketenangan jiwa kepada anggota koperasi. Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah...” (Surah al-Baqarah: 172). Pendapatan yang halal adalah asas kepada kehidupan yang sejahtera dan pembentukan masyarakat yang berintegriti.

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease