Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang, Shaik Ismail Md. Allapichay berkata, program yang berlangsung selama dua hari di Georgetown itu turut menerima respon yang begitu positif apabila seramai 120 koperator daripada 40 buah koperasi sekitar negeri tersebut telah mengambil bahagian. Katanya, sebagai menghargai komitmen padu dan sokongan koperasi terhadap usaha yang dijalankan, ANGKASA Negeri Pulau Pinang akan terus berusaha untuk menganjurkan beberapa program berkaitan selain akan menyediakan satu kursus wajib, khas untuk koperator wanita dengan kerjasama Maktab Koperasi Malaysia (MKM) dalam masa terdekat. Beliau juga turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada KPDNKK, Jabatan pendidikan dan agensi-agensi lain yang telah banyak membantu ANGKASA Negeri tersebut dalam penganjuran program-program ilmu.
» Shaik Ismail Md. Allapichay (dua dari kiri) dan Encik Mohd Ridzuan Abdul Ghapar (tiga dari kiri) ketika melawat gerai pameran koperasi di perkarangan lobi dewan.
‘Seminar Negeri: Jalinan Strategik Menjana Sosial Ekonomi Mampan’ telah menampilkan beberapa siri pembentangan yang selari dengan matlamat seminar seperti: >> ‘Integriti Koperasi Bebas Rasuah’ oleh Encik Awgkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail (Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Pulau Pinang) >> ‘Kanvas Model Perniagaan Baru Koperasi ke Arah Pembinaan Pelaburan Strategik’ oleh Haji Ramlan Kamsin (Timbalan Ketua Pengarah MKM) » Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (tiga dari kiri), YB Datuk Seri Haji Mohammad Farid Saad (tengah) dan Shaik Ismail Md Allapichay (tiga dari kanan) bergambar selepas majlis perasmian penutup.
>> ‘ Potensi Perniagaan dan Pelaburan di Malaysia’ oleh Puan Maizatul Azlina Ahmad (Pengurus Ace Sdn. Bhd.)
>> ‘Kepentingan Jalinan Strategik’ oleh Prof. Dr. Nor Azazi Zakaria (Pengarah Kampus Kejuruteraan USM)
>> ‘Perkongsian Pengalaman - Perjalanan KOKUSDA’ oleh Prof. Dr. Hajah Hamsiah Ismail (Penasihat KOKUSDA)
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Mohammad Farid Saad, ADUN Pulau Pinang. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah.
Mac 2018 PELANCAR
37
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease