Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, pendekatan kursus induksi anjuran ANGKASA merupakan salah satu pendekatan yang dibuat oleh ANGKASA dalam membantu kepimpinan koperasi agar dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik dan lancar Menurutnya, ALK perlu faham bahawa peranan koperasi adalah berbeza berbanding syarikat. Anggota koperasi merupakan pemegang saham dan turut bertanggungjawab terhadap segala pergerakan serta aktiviti koperasi. Justeru katanya, selain aktiviti yang berteraskan sumber ekonomi, setiap ALK juga harus berperanan dalam menjaga kebajikan dan keperluan anggota
» Peserta turut diberi penerangan tentang peranan dan peluang yang ditawarkan oleh KOPSYA untuk koperasi.
serta menjalankan aktiviti yang faedahnya boleh diraih secara bersama-sama. Terdahulu, Timbalan Pengarah Pembangunan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Selangor, Encik Mohd Aznan Abdul Aziz berkata, amat penting bagi sesebuah koperasi untuk mempunyai wawasan supaya koperasi dapat diuruskan dengan lancar. Katanya, pihak SKM berperanan dalam memastikan prinsip-prinsip koperasi diamalkan dengan baik selain membantu perjalanan koperasi agar dapat mengikut akta yang ada selain mengaudit aktiviti koperasi, melalui Due Diligence Audit. Kursus Induksi anjuran Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor telah berlangsung selama dua hari di Petaling Jaya dan dihadiri seramai 52 peserta daripada 32 buah koperasi baru sekitar negeri Selangor.
Mac 2018 PELANCAR
39
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease