Wadah PELANCAR Edisi Mac 2018

perolehan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM50 bilion menjelang 2020. Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam majlis perasmian ‘Seminar Fiqh Muamalat Dalam Gerakan Koperasi’ mewakili YB. Dato’ Shamsudin Haji Abu Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO dan Masyarakat Sivil Negeri Perak. Sementara itu, Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan ketika menyampaikan ucapan aluan dalam majlis yang sama berkata, ‘Seminar Fiqh Muamalat Dalam Gerakan Koperasi’ dapat dijadikan sebagai medium untuk memperkemas tadbir urus koperasi mengikut lunas-lunas patuh syariah. Katanya, koperasi yang telah menerima sijil pematuhan syariah oleh ANGKASA rata-ratanya mengakui keberkesanan konsep

» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan ketika menyampaikan ucapan aluan.

Lebih 100 peserta menyertai ‘Seminar Fiqh Muamalat Dalam Gerakan Koperasi’ anjuran ANGKASA, Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak dan SKM Negeri Perak. Bertemakan ‘Kepentingan Urus Niaga Patuh Syariah Dalam Gerakan Koperasi’, seminar tersebut dianjurkan dengan objektif untuk memberikan pendedahan mengenai kepentingan pematuhan syariah melalui urusniaga yang dijalankan dan menerapkan pemahaman mengenai isu semasa berkaitan elemen tidak patuh syariah.

tersebut dalam membantu melaksanakan pengurusan muamalat dalam koperasi.

Seminar yang berlangsung selama dua hari di Ipoh itu menyediakan empat slot pembentangan merangkumi :

“Pelaksanaan patuh syariah akan membuatkan mereka semakin memahami bahawa koperasi bukan hanya berperanan untuk menjana keuntungan material semata-mata, malah elemen yang terdapat dalam konsep tersebut juga membantu memberi kesedaran bahawa faktor keredhaan dan barakah juga akan turut diambil kira,” ujarnya. ANGKASA menerusi jawatankuasa yang terlibat akan sentiasa memantau koperasi yang melaksanakan pengurusan patuh syariah agar sentiasa berada dalam konteks landasan tadbir urus yang sewajarnya.

Slot 1 :

‘Garis Panduan Tadbir Urus Syariah’ oleh Ustaz Mohamad Syahid Mohamed Daud daripada Bahagian Statutori dan Pengawalan, SKM. ‘Peranan Koperasi dalam Membantu Kepatuhan Ummah kepada Al-Rabb’ oleh Ustaz Wan Rumaizi Wan Husin daripada Jawatankuasa Syariah Bank Rakyat.

Slot 2 :

Slot 3 :

‘Analisis Pematuhan Syariah Terhadap Bitcoin’ oleh Ustaz Abdullah Jalil daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Slot 4 :

‘Rumusan’ oleh Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, Haji Azhar Hamzah.

» Peserta seminar yang hadir dalam majlis perasmian.

Mac 2018 PELANCAR

41

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease