Laporan JPAN
Pahang Zon 1
» Haji Ibrahim Kasah (bertali leher) dan Haji Mohd. Zahidi Husain (batik ANGKASA) bergambar bersama peserta.
Oleh : SUBAIZAH BAHARUDDIN Pegawai ANGKASA Negeri Pahang Zon 1 FAHAMI TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN KEPIMPINAN KOPERASI
JPAN Pahang Zon 1 telah menjayakan Kursus Induksi Koperasi Anggota Baru ANGKASA dan Taklimat Kempen Keahlian Koperasi Bukan Ahli ANGKASA pada 27 hingga 28 Februari di Kuantan melibatkan penyertaan seramai 48 peserta yang terdiri daripada 19 buah koperasi (13 buah koperasi ahli dan enam buah koperasi bukan ahli ANGKASA).
HAJI MOHD. ZAHIDI HUSAIN Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 1
Kursus induksi dilaksanakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat tentang ANGKASA serta menerangkan tentang tanggungjawab dan peranan yang perlu dilaksanakan oleh koperasi anggota baru ANGKASA dan koperasi bakal ahli ANGKASA. Pengisian kursus oleh Bahagian Sekretariat, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah serta Bahagian Pengurusan Strategik dan Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA (KOPSYA). Majlis perasmian penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Pengarah Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (SKM) Negeri Pahang, Haji Ibrahim Kasah. Beliau juga turut menyampaikan taklimat berkaitan perkembangan gerakan koperasi di Negeri Pahang. Selain berjaya mencapai objektif penganjurannya, kursus pada kali ini berjaya menarik minat koperasi untuk menyertai ANGKASA sebagai ahli apabila sebanyak empat buah koperasi telah mengemukakan permohonan untuk menjadi ahli ANGKASA iaitu Koperasi Padang Rumbia Pekan Berhad, Koperasi Kampung Dato’ Keramat Pekan Berhad, Konsortium Koperasi Orang Asli Negeri Pahang Berhad dan Koperasi Wanita Pekan Bersatu Berhad.
42 PELANCAR Mac 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease