Wadah PELANCAR Edisi Mac 2018

COOPCITY: MEMBANGUN KONSEP BANDAR KOPERASI

Oleh : Rosli Hassan

Bandar koperasi di Bronx, New York, Amerika Syarikat adalah contoh sebuah bandar koperasi pertama di dunia yang memiliki prasarana serba lengkap. Bandar koperasi yang terletak di Baychester, Timur Laut New York itu lengkap dengan pembinaan kompleks perumahan untuk kediaman anggota berserta dengan taman rekreasi yang luas. Kelebihan tersebut menjadikan CoopCity Bronx sebagai bandar koperasi terbesar di dunia dan sentiasa menjadi model rujukan kepada koperasi-koperasi lain di dunia dalam membangunkan bandar koperasi. Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berkata, prinsip paling utama dalam membangun dan membina bandar koperasi adalah koperasi itu sendiri harus membina sendiri bandar tersebut atau melalui kerjasama dengan pihak yang DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pembangunan Hartanah ANGKASA

CoopCity atau bandar koperasi adalah satu konsep pembangunan yang dibangunkan oleh koperasi dengan menggunakan kekuatan dana sendiri demi kegunaan dan faedah koperasi. Aktiviti bandar koperasi mungkin mempunyai perumahan yang bakal didiami oleh anggota, pusat membeli-belah yang diuruskan oleh koperasi, pusat komersial yang diuruskan oleh koperasi, sekolah untuk anak-anak anggota, hotel milik koperasi serta segala urusan sosioekonomi yang dikuasai oleh koperasi sepenuhnya. mempunyai kepakaran. Penggunaan dana pula adalah dari simpanan anggota melalui saham, simpanan khas atau melalui pembiayaan daripada bank koperasi atau swasta. “Koperasi dan anggota koperasi harus diberi keutamaan dalam pemilikan bangunan atau tempat kediaman di bandar koperasi

44 PELANCAR Mac 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease