» Pemandangan CoopCity Bronx, New York.
itu. Koperasi juga harus menguasai perniagaan bagi membolehkan bandar tersebut dipenuhi dengan aktiviti ekonomi dan sosial anjuran koperasi,” ujar beliau. Menurut beliau, imej koperasi akan lebih diyakini oleh masyarakat dengan adanya bandar yang diuruskan sepenuhnya oleh koperasi. Antara perniagaan yang boleh dijalankan di bandar koperasi adalah rumah mampu milik, pasar raya 1 Coop, Ar-Rahnu, perhotelan, stesen minyak, hospital, bank koperasi dan mana-mana perniagaan utama koperasi. Ia sekaligus dapat memberi peluang kepada koperasi untuk menjalankan aktiviti perniagaan serta membolehkan masyarakat lebih mengenali secara lebih dekat dengan dunia koperasi. Selain itu juga, kewujudan bandar koperasi akan membolehkan lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan untuk anak-anak anggota. Bandar koperasi boleh menjadi medium utama sebagai tempat memasarkan produk dan perkhidmatan koperasi selain bertindak sebagai sebuah pusat sehenti atau ‘ one stop center ’ dan hub kepada pelbagai kegiatan koperasi. Menerusinya, pengguna akan tahu di mana tempat yang harus dituju untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh gerakan koperasi. Selain itu, ekonomi dan aktiviti perniagaan koperasi dan anggota dapat dipertingkat dan dipelbagaikan di bandar koperasi. Hasil yang diperoleh pastinya akan dinikmati oleh koperasi dan dikongsi bersama anggota. Ini akan membolehkan koperasi membantu peningkatkan sosio ekonomi anggota serta membantu merealisasikan impian yang disasarkan oleh kerajaan menerusi Dasar Koperasi Negara (DKN).
Nilai-nilai yang diperjuangkan oleh koperasi melalui jati diri koperasi harus diberi keutamaan dalam membangunkan bandar koperasi. Penglibatan penuh koperasi dan anggota koperasi dalam menjayakan konsep bandar tersebut perlu wujud. Tanpa penglibatan koperasi dan anggota, konsep bandar koperasi hanya lebih menjurus kepada projek yang dibangun dan dimiliki oleh pihak swasta. Koperasi harus memainkan peranan utama dalam mengawal projek semasa perlaksanaan dan menguasai projek tersebut bila dilaksanakan. Keutamaan kepada koperasi dalam pemilikan hartanah adalah wajib bagi mengekalkan hak dan kepentingan koperasi dalam bandar tersebut. Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pembangunan Hartanah ANGKASA mengharapkan agar bandar koperasi dapat direalisasikan di negara ini. Dengan adanya bandar koperasi ini, ia akan memudahkan koperasi untuk menghimpunkan segala produk dan perkhidmatan yang mereka hasilkan. Kini, usaha untuk membangunkan bandar koperasi di Malaysia sedang giat dilaksanakan seperti di Bandar Penawar, Johor. Tanah seluas 59.5 ekar di lokasi tersebut telah dijadikan tapak projek bandar koperasi yang pertama di Malaysia. Projek usahasama antara ANGKASA, Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad (KOPETI) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) merangkumi rumah kediaman dan bangunan komersial bakal menjadi penanda aras kepada bandar koperasi lain di negara ini.
Mac 2018 PELANCAR
45
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease