Oleh : MUHAMMAD AFNAN HASIM Pensyarah Maktab Koperasi Malaysia (MKM)
MKM Anjur Kursus Penyediaan Pakej Pelancongan NATURE & ADVENT » Peserta Kursus Penyediaan Pakej Pelancongan Nature & Adventure .
Kursus yang berlangsung selama empat hari tiga malam itu banyak memberi input berguna kepada peserta untuk mempelajari dengan lebih jelas lagi tentang potensi industri pelancongan nature & adventure yang boleh diterokai oleh koperasi. Pengisian yang terdapat sepanjang kursus berlangsung antara lainnya adalah merangkumi aspek teori dan praktikal. Sepanjang kursus itu juga, peserta telah didedahkan dengan definisi dan konsep pelancongan yang ada di Malaysia dan seterusnya jenis-jenis pakej pelancongan nature & adventure serta kaedah penyediaan pakejnya. Para peserta telah dibawa ke Kampung Sungai Latoh Kongkong Masai, Johor Bahru yang menjadi destinasi pilihan bagi penganjuran kursus penyediaan pakej pelancongan nature & adventure ini. MKM telah bekerjasama dengan Koperasi Kampung Sungai Latoh Kongkong Masai Berhad bagi menjayakan kursus tersebut. Koperasi Kampung Sungai Latoh Kongkong Masai Berhad merupakan koperasi yang telah terlibat dengan aktiviti pelancongan nature & adventure . Antara aktiviti menarik yang telah disediakan adalah seperti merasai pengalaman bermalam di atas rumah rakit, mencari siput timba di kawasan persisiran sungai, menyusuri Sungai Johor dengan menggunakan cruise sambil menikmati pemandangan
Pada 26 Februari hingga 1 Mac 2018 yang lalu, Maktab Koperasi Malaysia (MKM) melalui Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan (SPPDK) telah menganjurkan kursus Penyediaan Pakej Pelancongan ‘ Nature & Adventure ’ yang diadakan di Kampung Sungai Latoh Kongkong Masai, Johor Bahru. Objektif kursus diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada koperasi tentang konsep dan jenis pakej pelancongan nature & adventure . Selain itu, ia juga bagi menjelaskan dengan lebih terperinci tentang kaedah bagi menyediakan pakej pelancongan tersebut. Kursus itu telah disertai seramai 62 peserta yang terdiri daripada Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Anggota Koperasi, Jawatankuaasa kecil Projek Koperasi dan Kakitangan Koperasi dari sekitar Lembah Klang, Selangor, Perak, Pahang, Terengganu, Johor, Kedah dan lain-lain lagi.
46 PELANCAR Mac 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease