Wadah PELANCAR Edisi Mac 2018

indah, melakukan aktiviti menjala dan menangkap ikan di tengah-tengah laut dan tidak dilupakan aktiviti yang cukup mencabar kepada semua peserta iaitu pengalaman mencari siput gonggong yang berada di kawasan tanah lembab atau selut. Di samping itu, para peserta juga turut dibawa ke kilang pembuatan kayu arang. Menerusi lawatan tersebut, peserta telah didedahkan dengan kaedah pemprosesan kayu arang dari mula hingga akhir. Pada akhir program, para peserta dikehendaki supaya menyediakan satu pakej pelancongan berbentuk nature & adventure berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang mereka peroleh sepanjang program dijalankan. Secara keseluruhannya, kursus pakej pelancongan nature dan adventure dilihat amat bermanfaat dan perlu dikembangkan kerana selain dapat menimba ilmu pengetahuan dalam menguruskan aktiviti, peserta juga dapat merasai sendiri pengalaman tersebut secara langsung selain boleh menilai kesannya terhadap tadbir urus koperasi. Bagi anggota koperasi yang berminat untuk mendapatkan maklumat dan menyertai kursus di bawah Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan MKM, sila hubungi talian 03-7964 9000/9068 atau e-melkan kepada pelancongan@mkm.edu.my.

» Menaiki cruise menyusuri Sungai Johor.

TURE

» Salah seorang peserta menunjukkan siput timba yang berjaya dikutip.

» Salah seorang peserta menunjukkan siput timba.

» Menaiki cruise menyusuri Sungai Johor.

» Aktiviti mencari siput timba di kawasan persisiran sungai.

Mac 2018 PELANCAR Mac 2018 PELANCAR

47

47

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease