Oleh : RAHMAT MOHD DID Foto : RAHMAT MOHD DID
KO-UMMAH CONTOH KOPERASI BELIA BERJAYA Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya ketika menjayakan satu sesi tinjauan koperasi ke Wisma Ummah milik KO-UMMAH di Kota Bharu Kelantan berkata, kejayaan yang ditempa oleh KO-UMMAH dalam sektor koperasi pengguna banyak dipengaruhi oleh kesungguhan, semangat dan inovatif oleh para anggotanya dalam menjayakan aktiviti koperasi.
» Encik Luqman Nurhakim (tengah) memberi penerangan tentang produk me segera UMMEE keluaran KO-UMMAH kepada Dr. Mohd Azlan Yahya (kiri) sewaktu mengunjungi outlet U-SHOP Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.
» Encik Luqman Nurhakim Perma Suria, Pengerusi KO-UMMAH.
Beliau juga turut menyatakan rasa kagum serta bangga di atas pencapaian yang telah diraih oleh koperasi berkenaan khususnya dalam sektor perniagaan. Katanya, KO-UMMAH bukan sahaja digerakkan oleh golongan usahawan muda, malah turut berjaya mengecapi kejayaan dalam sektor berimpak tinggi dalam masa singkat. Menurut beliau, KO-UMMAH boleh dilihat sebagai model dan contoh terbaik untuk diikuti oleh para belia yang ingin terlibat secara aktif dalam dunia koperasi. Pencapaian yang dimiliki oleh KO-UMMAH mampu
menjadikan koperasi tersebut sebagai sumber inspirasi dan panduan kepada koperasi-koperasi lain dalam usaha untuk terus meningkatkan taraf sosioekonomi anggota khususnya golongan belia itu sendiri. Koperasi Pembangunan Ummah Kelantan Berhad (KO-UMMAH) didaftarkan pada 28 Februari 2014 dengan keanggotaan terkini seramai 2,607 orang. Jumlah Modal Syer adalah sebanyak RM821,200.53 manakala perolehan bagi tahun 2017 telah merekodkan pencapaian terbaik iaitu sebanyak RM 2,045,900.00. Koperasi itu juga memiliki aset tetap berbentuk lot tanah bernilai RM74,487.95.
» Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (empat dari kanan) bergambar dengan barisan Ahli Jawatankuasa KO-UMMAH di hadapan Wisma Ummah di Kota Bharu, Kelantan.
48 PELANCAR Mac 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease