Wadah PELANCAR Edisi Mac 2018

» Outlet Gua Musang

» Bergambar bersama barisan ALK KO-UMMAH di outlet U-SHOP Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.

aktiviti-aktiviti lain termasuk Ummah Properties (Pembangunan dan Jual Beli Hartanah), Ummah Gold (Jualan Barang Kemas), Ummah Advertising (Pengiklanan, Percetakan, Pengedaran dan Reka Bentuk), Ummah Mineral Water (pengeluaran dan Pembekalan Air Mineral), Ummah Auto (Automotif dan Aksesori Kenderaan) dan Ummah Creative Studio (Fotografi dan Videografi).

Sementara itu, Pengerusi KO-UMMAH, Encik Luqman Nurhakim Perma Suria berkata, antara matlamat penubuhan U-SHOP adalah untuk menyediakan platform kepada para usahawan bagi memasarkan produk di samping menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menyokong barangan bumiputera. Tambahnya, KO-UMMAH melalui Kedai Serbaneka Ummah Shop (U-SHOP) mampu membantu dalam memperkenal dan mempromosikan produk-produk koperasi lebih-lebih lagi ‘Product 100 Champion’ di pasaran terbuka dan menggalakkan penghasilan produk-produk yang lebih berkualiti pada masa akan datang. Pelbagai strategi telah dirangka bagi menarik masyarakat untuk membeli barangan di U-SHOP sekaligus akan memberikan impak positif terhadap produk bumiputera. “Penubuhan U-SHOP juga akan menaik taraf ekonomi individu melalui perkembangan industri perniagaan. Projek ‘Satu Usahawan Satu Produk’ akan diwujudkan yang melibatkan 4,000 usahawan U-SHOP. “Galakan dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang aktif dalam perniagaan perlu ada bagi memastikan peningkatan dalam ekonomi negara. Dengan wujudnya platform seperti U-SHOP, hal ini mampu mengubah ekonomi rakyat setelah sistem ini berjaya menghasilkan usahawan yang cemerlang dalam perniagaan peruncitan yang diceburi. U-SHOP akan menjadi platform asas dan terpenting dalam mewujudkan komuniti usahawanan berjaya,” jelasnya. Menurutnya lagi, setelah mencapai matlamat penubuhan 300 outlet seluruh negara, U-SHOP bakal mengorak langkah ke arah lebih tinggi dengan menubuhkan supermarke t pada fasa kedua seterusnya pasar raya besar pada fasa ketiga. Setakat ini, lima outlet U-SHOP telahpun beroperasi di Pasir Puteh, Gua Musang, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh dan Shah Alam. Selain U-SHOP, KO-UMMAH turut menjalankan

» Outlet Denai Alam

» Outlet Kubang Kerian

Mac 2018 PELANCAR

49

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease