» Haji Mutadho (tiga dari kiri) dan Haji Mohd Hanizan (dua dari kiri) bergambar di perkarangan pejabat HOMEOLAB iaitu salah sebuah anak syarikat Kumpulan Syarikat Dr. Azizan Kedah Berhad. Turut berada di dalam gambar ialah Pengerusi KOKUSDA, Haji Mazelan Ismail (tiga dari kanan).
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
JAGA KEBAJIKAN KAKITANGAN MELALUI KOPERASI Koperasi Kakitangan Kumpulan Syarikat Dr. Azizan Kedah Berhad Inisiatif Kumpulan Syarikat Dr. Azizan Kedah Berhad dalam menjaga kebajikan kakitangannya menerusi penubuhan koperasi kakitangan Kumpulan Syarikat Dr. Azizan Kedah Berhad (KOKUSDA) telah berjaya membantu meningkatkan taraf sosioekonomi mereka melalui pelbagai aktiviti ekonomi yang dijalankan.
Pengerusinya, Haji Mazelan Ismail berkata, KOKUSDA yang mempunyai keanggotaan seramai 99 orang dalam kalangan kakitangan syarikat aktif merencana dan melaksanakan beberapa bidang perniagaan seperti pengedaran dan peruncitan produk-produk keluaran syarikat dan lain-lain produk menerusi kedai serbaguna CoopMart yang terletak di Bandar Darul Aman, pengeluaran produk makanan dan minuman seperti Teh Tarik Tudya, kordial dan lain-lain
dan operasi kilang cetak yang terletak di Taman Tabung Haji, Kepala Batas. KOKUSDA juga menyediakan pakej istimewa khas untuk anggotanya iaitu dengan membuat pembelian minimum RM100 di CoopMart setiap bulan, anggota tersebut akan menerima bonus sebanyak RM50 yang akan dikreditkan ke dalam akaun Tabung Haji mereka. Menurut beliau, selain menjalankan aktiviti
50 PELANCAR Mac 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease