» Mesin adunan blok coklat yang berfungsi untuk menghaluskan tekstur coklat ini dibeli dari Jerman.
» Melawat mesin pengekstrak cecair yang digunakan bagi pengeluaran ubat-ubatan keluaran HOMEOLAB.
» Melawat pusat pameran jualan produk-produk coklat.
pemasaran, pengendalian kursus dan konsultansi, KOKUSDA juga turut menyediakan kemudahan kewangan kepada anggotanya menerusi skim pinjaman mikro yang disediakan. Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri ketika hadir dalam sesi tinjauan koperasi ke bangunan KOKUSDA yang terletak di Taman Industri KEDA, Napoh Kedah berkata, pendekatan yang ditunjukkan oleh syarikat dalam menyediakan pelbagai bentuk perniagaan untuk diuruskan oleh koperasi amat bermakna dan boleh dijadikan sebagai contoh terbaik dalam menjaga kebajikan dan membantu meningkatkan pendapatan kakitangan. Katanya, kesan yang dapat dilihat menerusi inisiatif tersebut dapat membantu melahirkan perasaan kekitaan dalam kerjaya di samping membantu melonjakkan semangat untuk bersama-sama membantu meningkatkan perolehan koperasi dan syarikat menerusi aktiviti perniagaan yang dijalankan. Haji Mutadho juga turut dibawa melawat ke beberapa pusat operasi pengeluaran produk. Beliau turut diiringi Bendahari Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah iaitu Haji Mohd Hanizan Zalazilah yang mewakili Pengerusi JPAN Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh.
» Antara produk edaran KOKUSDA
Mac 2018 PELANCAR
51
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease