Wadah PELANCAR Edisi Mac 2018

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah menerima cenderamata yang disampaikan oleh Presiden FSCT, Leftenan Jeneral Dr. Weera Wongsan

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) merangkap Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah mahu koperasi- koperasi negara ASEAN mengambil peluang memperluaskan produk negara masing-masing menerusi jaringan “ Coop To Coop ” atau C2C. PERKASA JARINGAN C2C

Katanya, persepakatan dan inisiatif tersebut perlu digerakkan melalui pendekatan jaringan koperasi supaya masa depan produk koperasi negara ASEAN dapat terus dikembangkan dan seterusnya diketengahkan ke peringkat dunia. Koperasi juga disaran supaya memainkan peranan lebih proaktif dalam menggerakkan jaringan tersebut bagi membantu perkembangan koperasi di samping membuka peluang membina kerjasama dalam

mengembangkan aktiviti perniagaan. “Jaringan “Coop To Coop” ini dapat meningkatkan kolaborasi antara koperasi serta menggalakkan koperasi memasarkan produk mereka secara bersama sekaligus tidak timbul sebarang isu dalam memasarkan produk secara berasingan. “Sebagai contoh, Malaysia amat mengalu-alukan koperasi di Thailand yang berminat untuk berkongsi ilmu dalam industri berteknologi tinggi menerusi penghasilan

54 PELANCAR Mac 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease