Wadah PELANCAR Edisi Mac 2018

penanaman buah-buahan dan sebagainya memandangkan negara ini banyak mengimport produk buah-buahan dari Thailand,” katanya ketika berucap meraikan kunjungan sekumpulan 30 delegasi dari The Federation of Savings & Credit Co-operatives Of Thailand Limited (FSCT) ke ANGKASA. Rombongan yang diketuai Presiden FSCT iaitu Leftenan Jeneral Dr. Weera Wongsan itu adalah sebahagian daripada pengisian lawatan ke Malaysia selama empat hari menerusi “ 2 nd Batch Professional Savings & Credit Co-operative Organization (SACCO) Manager Program ” yang terdiri daripada kumpulan Pengarah dan Timbalan Pengarah dari pelbagai organisasi. Delegasi juga turut berkesempatan mendengar taklimat mengenai ANGKASA yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. Di samping itu juga, delegasi diberi penerangan mengenai Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) yang dilaksanakan sejak 1977, disampaikan oleh Ketua Pegawai Teknologi ANGKASA, Haji Mohd Sofian Osman. Menurut Leftenan Jeneral Dr. Weera Wongsan, ilmu dan perkembangan kejayaan yang dikongsi ANGKASA amat bermanfaat dan boleh diaplikasikan di FSCT khususnya pencapaian ANGKASA dalam mengurus jumlah tuntutan potongan gaji melalui pembangunan aplikasi dan teknologi maklumat yang digunapakai bagi mengurus kerja operasi SPGA mengikut perubahan teknologi terkini. Terdahulu, kunjungan tersebut telah disambut oleh

Pengerusi Jawatankuasa Universiti / Kampus ICA-AP merangkap Naib Presiden ANGKASA, Dr. Azlan Yahya; Ahli Lembaga Pengarah ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib Presiden ANGKASA, Haji Azmi Omaruddin dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Hajah Roszurina Omar.

» Delegasi FSCT mendengar taklimat mengenai ANGKASA.

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah (berbaju putih) bergambar bersama delegasi FSCT.

Mac 2018 PELANCAR

55

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease