Wadah PELANCAR Edisi Mac 2018

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

Inisiatif penduduk kampung menubuhkan koperasi bagi membantu merancakkan lagi aktiviti dan perolehan Homestay Kuala Medang telah banyak membantu meningkatkan perolehan menerusi pendekatan pemasaran secara lebih menyeluruh. GALAK PENYERTAAN AKTIF GOLONGAN BELIA Koperasi Desa Lestari Kuala Medang Lipis Berhad

Koperasi Desa Lestari Kuala Medang Lipis Berhad (KOMDA) yang diterajui oleh generasi muda sangat aktif dalam mempromosikan pakej penginapan di Homestay Kuala Medang yang dijadikan sebagai sumber utama pendapatan koperasi. Pengerusinya, Encik Nordin Talib berkata, KOMDA ditubuhkan bagi membantu mempromosi dan menjual pakej-pakej yang disediakan oleh Homestay Kuala Medang kepada orang ramai menerusi pendekatan koperasi. Menerusi usaha tersebut, seramai 15 orang kakitangan koperasi telah diberikan peranan mengikut bidang tugas masing-masing bagi membantu melancarkan perjalanan aktiviti. Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA, Haji Mutadho Bahri berkata, kepimpinan muda dalam koperasi mampu menyemarakkan lagi semangat kerjasama untuk memajukan koperasi. Katanya, usaha yang dilakukan oleh pihak KOMDA dalam meningkatkan perolehan Homestay Kuala Medang telah berjaya membuka jalan kepada lebih ramai golongan belia di perkampungan tersebut untuk turut sama aktif menjayakan aktiviti koperasi sekaligus mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan baharu.

Encik Nordin Talib, Pengerusi KOMDA

» Bangunan milik KOMDA yang digunakan sebagai pusat pengeluaran produk-produk makanan.

56 PELANCAR Mac 2018

56 PELANCAR Mac 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease