Wadah PELANCAR Edisi Mac 2018

Oleh : HAJI BORHAN MAT ARIS (Bahagian Akhir)

Kebajikan dan penjagaan kesihatan amat dititikberatkan oleh koperasi terhadap para anggotanya. Semangat kerjasama dan saling menyayangi dalam kalangan anggota terutamanya warga emas juga sangat diambil berat. PENJAGAAN KESIHATAN DAN KEBAJIKAN ANGGOTA JADI KEUTAMAAN KOPERASI

Di Jepun, penduduknya amat mementingkan penjagaan kesihatan diri dan urusan kebajikan. Perkara tersebut telah membuatkan banyak koperasi yang berfungsi dalam hal ehwal penjagaan kesihatan dan kebajikan ditubuhkan di seluruh negara matahari terbit itu. Kesedaran itu juga telah membuatkan gabungan koperasi-koperasi penjagaan kesihatan diri dan kebajikan ditubuhkan bagi menyelaras semua kegiatan supaya anggota mendapat perkhidmatan maksimum. Semangat sebegini telah membawa kepada tertubuhnya Persekutuan Koperasi-Koperasi Kesihatan dan Kebajikan Jepun pada 1 Oktober 2010. Dengan keanggotaan koperasi yang terdiri daripada kalangan anggota yang telah lanjut usia, kewujudan koperasi tersebut bukan lagi bermatlamat untuk mencari keuntungan besar, sebaliknya memberi tumpuan kepada soal penjagaan kesihatan anggota. Ia sekaligus menjadikan koperasi begitu dekat di hati setiap anggotanya.

Salah sebuah hospital koperasi yang memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan dan kebajikan ialah Hospital Koperasi Pengguna Oji yang beroperasi di bawah pengurusan Gabungan Koperasi Kebajikan Hokuto Tokyo. Sepanjang lapan tahun ia beroperasi, hospital koperasi prihatin warga emas ini mempunyai 23 orang kakitangan dan berpusat di Hyakunin Cho, Shinjuku-ku, Tokyo, Jepun. Sejajar dengan saiz koperasinya, rekod bagi jumlah jualan tahunan berjaya mencatatkan pulangan yang baik. Koperasi tersebut ditadbir oleh 27 orang Anggota Lembaga Koperasi yang merangka pelbagai pendekatan yang menjurus kepada perkhidmatan untuk anggota. Perkhidmatan terasnya merupakan aktiviti kerjasama dengan koperasi pengguna dan koperasi- koperasi lain dalam menyebarkan maklumat kesihatan dan kebajikan, serta menganjurkan aktiviti yang menggalakkan solidariti sosial dalam kalangan masyarakat. Koperasi itu juga menyediakan

58 PELANCAR Mac 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease