Wadah PELANCAR Edisi Mac 2018

Sejajar dengan falsafah penubuhannya untuk mempromosikan kepentingan penjagaan kesihatan dan kebajikan dalam kalangan masyarakat awam di Jepun, koperasi tersebut menggalakkan kerjasama di antara penduduk setempat dan pakar penjagaan kesihatan professional

untuk membimbing mereka dalam soal penjagaan kesihatan. Bagi meningkatkan lagi tahap kesedaran dalam kalangan orang awam mengenai penjagaan kesihatan dan kebajikan, koperasi melakukannya melalui penglibatan ramai orang awam dalam pelbagai program yang mereka jalankan. Berteraskan misi koperasi pada tahun 2020 untuk melahirkan masyarakat yang sihat, kerjasama dengan pelbagai lapisan masyarakat sangat diutamakan dan koperasi telah berusaha keras bagi menyediakan pelbagai kemudahan penjagaan kesihatan bertaraf dunia dengan bayaran penggunaannya yang sangat kompetitif. Suatu perkara yang menarik adalah rakyat Jepun mempunyai insurans kesihatan diri yang menyeluruh dan kemudahan untuk mendapatkan rawatan kesihatan juga mudah berikutan perlindungan insurans yang disediakan. Setakat tahun 2017, persekutuan koperasi ini mempunyai 75 buah hospital dengan 12,119 jumlah katil, 343 klinik, 74 kemudahan klinik pergigian, dan stesen jururawat sebanyak 189 buah. Selain itu, persekutuan koperasi kesihatan dan kebajikan itu juga mempunyai kemudahan jangka panjang untuk para anggotanya yang meningkat usia seperti penjagaan pelbagai fungsi dalam rumah berskala kecil yang berjumlah 45 buah, khidmat penjagaan dalam rumah berskala kecil ( in-home nursing care ) sebanyak sembilan buah, rumah berkumpul untuk pesakit Dementia berjumlah 53 buah, pusat penjagaan jangka panjang sebanyak 27 buah dengan 1,919 buah katil, rumah khidmat penjagaan sebanyak 22 buah dan pusat khidmat dan sokongan komuniti sebanyak 28 buah. Apa yang menarik dalam lawatan sambil belajar ini ialah koperasi dapat menyediakan pelbagai perkhidmatan yang diperlukan oleh para anggotanya, asalkan rakyat sanggup bekerjasama dalam menjayakan sesuatu usaha itu menerusi institusi milik bersama iaitu koperasi.

perkhidmatan kesihatan, latihan pengurusan sumber manusia, khidmat bimbingan, penerbitan, bekalan ubat dan keperluan kesihatan, perkhidmatan pendidikan, perkhidmatan kontrak dan perkhidmatan perantaraan perniagaan. Pada taklimat yang disampaikan bersempena kunjungan sembilan orang kakitangan pengurusan ANGKASA ke hospital koperasi tersebut, Pengerusi koperasi, Encik Tanaka berkata, urusan bukan klinikal di hospital tersebut dikendalikan secara sukarela oleh anggota warga emas yang ingin berbakti. Urusan di kaunter pendaftaran, lawatan tinjau kesihatan dari rumah ke rumah sehingga kerja-kerja memasak di pusat rekreasi warga tua diuruskan oleh anggota yang berkhidmat secara sukarela. Suasana sebegini telah mengeratkan hubungan kakitangan dalam memberi penjagaan kesihatan terbaik kepada setiap anggota. Masyarakat Jepun sangat kental dengan semangat kerjasama sebegini dan menyumbang tenaga bagi kerja-kerja kebajikan. Sifat dan sikap warga Jepun yang sentiasa memberi penghormatan kepada mereka yang lebih berusia telah mewujudkan kemesraan yang tinggi dalam kalangan anggota. Setakat bulan Ogos 2017, hospital milik koperasi itu mempunyai seramai 106 kakitangan tidak termasuk pekerja sukarela dan telah memberi rawatan dan penjagaan kesihatan kepada seramai 2.94 juta orang sejak ditubuhkan. Koperasi Kesihatan dan Kebajikan Jepun terus berpegang kepada falsafah utama penubuhannya iaitu untuk memberikan kesedaran mengenai pentingnya aspek penjagaan kesihatan diri, memelihara keamanan sosial masyarakat dan membentuk masyarakat yang harmoni yang menjadi teras kepada kehidupan bersama. Di Jepun, koperasi-koperasi berkaitan penjagaan kesihatan dan kebajikan menggunapakai Undang-Undang Koperasi Pengguna ( Consumer Co-operative Law Members ). Prinsip asasnya tetap sama seperti koperasi-koperasi lain iaitu ahli memperkasa semangat bekerja bersama-sama demi manfaat bersama. Elemen setia kepada koperasi juga terus diperkukuh iaitu setia melanggani produk dan perkhidmatan koperasi mereka.

Mac 2018 PELANCAR

59

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease