Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ
KOLABORASI BANTU LUASKAN PASARAN PRODUK KOPERASI Koperasi Usahawan Groom Big Kelantan Berhad atau K’Big Kelantan merupakan salah sebuah koperasi dalam kumpulan K’Big yang ditubuhkan bagi melahirkan komuniti usahawan yang bekerjasama ke arah mewujudkan ‘Satu Daerah Satu Industri’ (SDSI) serta ke arah transformasi pendapatan tinggi. Penubuhan Koperasi ‘Groom Big’ juga adalah bagi membantu mempercepatkan proses dalam melengkapkan modul program ke arah pasaran eksport. K’Big Kelantan yang memiliki jumlah keanggotaan seramai 60 orang, mula didaftarkan pada tahun 2012 dan menjalankan aktiviti menjual barangan keperluan harian kepada anggota dan komuniti setempat. Menerusinya, koperasi boleh menjadi pembekal bahan mentah kepada anggotanya, mengeluarkan produk siap, mengumpul dan bertindak sebagai trader , mengikut keperluan pasaran tempatan dan luar negara. Pengerusi Koperasi K’Big Kelantan Berhad, Encik Rosli Ariffin memberitahu, selain beroperasi di kedai koperasi di RTC, Pengkalan Chepa dan di Ketereh, kebanyakan produk keluaran anggota yang menggunakan jenama ‘Orikel’ turut dipasarkan di Aeon Big, di Kota Bahru, Kelantan. Katanya, K’Big Kelantan kini sedang merancang untuk memasarkan produk keluarannya seperti makanan sejuk beku seperti kuih karipap, roti goreng, roti canai segera Koperasi Usahawan Groom Big Kelantan Berhad
» Encik Rosli Ariffin Pengerusi K’Big Kelantan Berhad
60 PELANCAR Mac 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease