serta 50 barangan lain di pasar raya Koperasi Haji Zubir Berhad (KOSZA) di Machang, Kelantan. Produk koperasi seperti air asam jawa dan teh tarik merupakan sebahagian daripada “Produk 100 Champion” yang mula dibawa ke pasaran luar negara. Terkini, teh tarik dibuat dalam bentuk segera iaitu dalam cawan kertas. Koperasi turut menjual kopi, murtabak, kek dan biskut, sos dan kicap, serunding, jus serta budu secara talian terus. Pada September 2017, koperasi membawa produk anggotanya sehingga ke Nanning, China melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI) dan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM). Terkini, koperasi memohon untuk menyewa beli ‘ food truck ’ daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan SKM Negeri Kelantan. Setakat ini, koperasi cuma mengikuti jadual program yang telah disusun seperti menyertai karnival dan lain-lain. Menurut Encik Rosli, pihak koperasi merancang untuk bekerjasama dengan pihak ‘Ramly Burger’, selain mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan pasaraya ‘Giant’ bagi memasarkan produk sejuk bekunya.
K’Big Kelantan juga dalam proses untuk mengadakan kolaborasi dengan K’Big di Perak, Kedah, Pulau Pinang, Johor, Sabah, Sarawak dan Negeri Sembilan. Beliau berharap, kolaborasi tersebut akan dapat membantu memperluaskan pasaran produk koperasi ke seluruh negara. Beliau turut menyeru kepada anggota agar memberi komitmen yang lebih tinggi dalam menggerakkan perancangan koperasi. Apa yang penting katanya, kualiti produk harus sentiasa dijaga. Alamat : Koperasi Usahawan Groom Big Kelantan Berhad Lot 1755, Batu 11, Ketereh, Jalan Kuala Krai 16450 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
No. Tel : 09-788 6687 No. Faks : 09-7888 648 Emel : kbigkelantan2014@gmail.com
» K’Big Kelantan turut menyertai MACCOPS 2017.
Mac 2018 PELANCAR
61
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease