» Melawat gerai pameran.
» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Naib Presiden ANGKASA
» Sebahagian daripada tetamu yang hadir.
Menerusi ceramah yang disampaikan, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan telah menyeru kepada setiap anggota agar sentiasa memikirkan tentang keredhaan Allah SWT dalam setiap lapangan perniagaan yang dijalankan agar hasil yang dinikmati kelak menerima barakah daripadaNya. Menurut beliau, berbeza dengan sistem kapitalis yang berniaga untuk mengejar keuntungan dan kekayaan semaksimum mungkin, koperasi memiliki nilai tersendiri yang mementingkan hak anggota dan masyarakat seperti yang termaktub di dalam prinsipnya. Beliau turut menekankan kepentingan patuh syariah dalam tadbir urus perniagaan koperasi dan menyatakan bahawa ANGKASA sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan kepada mana-mana koperasi yang mahukan penerangan secara lebih lanjut berhubung perkara tersebut. “Konsep ini (patuh syariah) selaras dengan ajaran Islam dan ANGKASA mahu menyuntik elemen tersebut dalam koperasi. Kita mahu mensyariahkan koperasi kerana matlamat kita berniaga bukan sahaja untuk keuntungan wang ringgit, sebaliknya akhirat iaitu demi barakah dan keredaan Allah,” ujar beliau. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengerusi Co-opbank Persatuan, Haji Yunus Kasim dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri.
Mac 2018 PELANCAR
63
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease