Wadah PELANCAR Edisi Mac 2018

» Dato’ Abdul Fattah Abdullah (dua dari kiri), Datuk Haji Mat Nadzri Ahmad Dahlan (tiga dari kanan) dan Encik Mohd Azmir Zambri (paling kiri) semasa melancarkan pengumuman dividen tahunan sebanyak lima peratus kepada anggota koperasi

» Bergambar bersama Anggota Lembaga KOTABURA.

Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ

Koperasi harus sentiasa memantau perkembangan semasa di kawasan persekitarannya dan mengambil peluang dengan segera untuk menyelesaikan sesuatu isu atau masalah yang timbul menerusi pendekatan koperasi. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah REBUT PELUANG BERNIAGA SAMBIL BERBAKTI KEPADA KOMUNITI

Dahlan dalam ucapannya berkata, anggota perlu sentiasa mencari peluang bagi membantu mengembangkan perniagaan koperasi sedia ada. Katanya, banyak pilihan yang boleh dibuat oleh koperasi, antaranya seperti menceburi bidang perniagaan berimpak tinggi. Koperasi juga wajar mewujudkan tabungan selain membuat pinjaman daripada bank koperasi bagi menambah modal, mengurangkan kos perbelanjaan, menceburi perniagaan atas talian dan banyak lagi. KOTABURA yang dianggotai seramai 106 anggota menjadikan produk air mineral jenama KOTABURA sebagai aktiviti utama dalam perniagaannya. Lebih membanggakan, KOTABURA berjaya menyumbang dividen tahunan sebanyak lima peratus kepada anggotanya pada Mesyuarat Agung Tahunan 2017. Antara aktiviti utama KOTABURA setakat ini adalah mengeluarkan air mineral berjenama KOTABURA. Turut hadir ialah Pengerusi Perdasama Selangor Daerah Hulu Selangor, Hajah Zunika Othman selain Anggota Lembaga KOTABURA dan Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Hulu Selangor, Encik Mohd Azmir Zambri.

berkata, masalah yang dihadapi komuniti boleh menjadi pendorong kepada koperasi untuk berbakti melalui aktiviti perniagaan yang dijalankan. Pendekatan seumpama itu katanya dapat meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap nama baik dan kelestarian prinsip koperasi itu sendiri iaitu ‘berprihatin kepada masyarakat’. Katanya, kaedah berbakti melalui pendekatan ekonomi boleh dilaksanakan adalah seperti menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak, pusat tuisyen atau kelas mengaji dan lain-lain perkhidmatan yang bukan sahaja boleh memberi pulangan yang menguntungkan malah pada masa yang sama dapat menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi komuniti setempat. Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Mesyuarat Agung Kali Ke-2 Koperasi Taman Bunga Raya (KOTABURA) Hulu Selangor Berhad di Dewan Pangsapuri Anggerik, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Selangor. Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, Kawasan Batang Kali Hulu Selangor, merangkap Penaung KOTABURA, Datuk Haji Mat Nadzri Ahmad

64 PELANCAR Mac 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease