Wadah PELANCAR Edisi Jun 2018

DARI MEJA PRESIDEN

SIDANG PENGARANG

Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah

Timbalan Presiden Haji Mutadho Bahri

Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail Haji Mohamad Azmi Omaruddin Dr. Mohd. Azlan Yahya Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah

Salam Sejahtera

Kuasa promoter dalam membantu menjana ekonomi sesebuah perniagaan sememangnya tidak pernah dinafikan. Semakin ramai promoter maka semakin kuatlah potensi atau peluang kepada perniagaan tersebut untuk lebih berjaya dalam perniagaan dan mampu terus bergerak maju ke hadapan. Namun, soal pantas atau tidak sesuatu pergerakan ekonomi tersebut sebenarnya banyak bergantung kepada keupayaan yang dimiliki selain pendekatan atau usaha yang dibuat oleh perusahaan itu sendiri dan bukannya terhadap pengguna. Kita biasa mendengar keluhan sesetengah pihak yang banyak berkisar tentang betapa susahnya untuk mendapatkan jualan, tidak yakin dengan pelanggan dan mudah lemah semangat terhadap pesaing di pasaran. Kelemahan minda seperti itu sebenarnya lebih berpunca daripada strategi perniagaan yang membebankan petugasnya. Sesuai dengan konsep berkoperasi, aktiviti pemasaran dan jualan boleh dipecahkan kepada petugas yang berbeza mengikut tahap pengetahuan, minat dan kebolehan. Tugas dalam menggamit perhatian dan seterusnya menggilap minat pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan koperasi boleh dimulakan terlebih dahulu sebelum tindakan seterusnya diambil iaitu kehadiran satu pihak lagi yang berperanan sebagai penjual. Kedua-dua pihak akan memainkan peranan yang berbeza iaitu promoter akan memastikan sasaran pelanggannya betul-betul faham dan minat dengan produk atau perkhidmatan yang dihebahkan. Setelah pelanggan tersebut menyatakan minat dan ingin mengetahui secara lebih lanjut tentang harga dan sebagainya,maka tugas menjual pula boleh dilaksanakan oleh satu pihak yang lain seperti menyediakan tawaran harga yang bersesuaian. Penjual boleh memberi tumpuan terhadap tawaran selain bijak mengendalikan sesi tawar-menawar bersama pelanggan sehingga persetujuan dicapai. Sebenarnya promoter harus memahami pelbagai perkara sampingan yang berhubung- kait dengan perniagaan yang dijalankan seperti elemen-elemen ilmiah, trend pasaran, perbandingan antara pesaing selain kaedah penyampaian yang mampu menarik perhatian pengguna. Menerusi pecahan tugas seperti itu juga, promoter tidak lagi tertekan dengan risiko kegagalan mendapatkan jualan selain dapat memberi tumpuan terhadap usaha pemasaran secara lebih meluas. Itulah kekuatan yang ada pada koperasi iaitu keanggotaan yang ramai. Apabila setiap anggota dapat memainkan peranan mengikut tugasan yang diamanahkan, kita yakin meskipun koperasi tersebut hanya dianggotai seramai 50 orang, jumlah tersebut sebenarnya sangat besar dan mampu memberikan impak lebih positif kepada koperasi itu sendiri sekiranya setiap pihak dapat bersama-sama menghulurkan tanggungjawab demi kejayaan koperasi. Justeru, jadikanlah usaha mempromosi sebagai tugas tidak rasmi setiap anggota dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap produk atau perkhidmatan koperasi dari semasa ke semasa. Semoga koperasi di Malaysia terus kekal maju dan mencapai kejayaan seperti yang diharapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya

Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim

Pengurus Mohd Zakuan Azmi

Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor

Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com

Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd.

Jun 2018 PELANCAR

1

JUN 2018

ANGKASA 21 Produk Wasiat Dan Pusaka MAAB Pilihan Perunding Kewangan 22 Modul Khas Dalam Penyelesaian Perwarisan 24 ANGKASA Tawar Kediaman Untuk Anggota Koperasi 26 Perunding Hartanah Mesra Koperasi 27 Reaksi Peserta 28 Lapan Buku Terbitan ANGKASA Akan Dipasarkan 30 8 Buku Terbitan ANGKASA 32 Pembacaan Membentuk Kejituan Minda Insan 34 Terap Budaya Integriti Dalam KOSISWA 38 Reaksi Peserta Program 39 Peluang Kerjaya Dalam Sektor Koperasi 40 Produk “100 Product Champion” Masuk Pasaran Giant 42 Koperasi Perlu Keluar Dari Pemikiran Di Takuk Lama 43 Pengguna Perlu Dorongan Kuat Untuk Beli Produk Koperasi 44 Perbincangan Meja Bulat: Persediaan Pemasaran Produk Koperasi Berskala Besar - “Harga, Kualiti, Kapasiti & Respond Time” 45 Reaksi Peserta KOPERASI SEKOLAH 46 ANGKASA Galak Koperasi

KETERANGAN GAMBAR KULIT Buat pertama kalinya, Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) Ke-33 berlangsung di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dan menghimpunkan seramai 3,806 perwakilan dari seluruh negara di bawah satu bumbung. Sumber : Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA Foto Oleh : ARMAN YUSOF k uan

6

48 Perniagaan Kiosk Mampu Rancak Ekonomi Koperasi Sekolah 50 Kiosk Koperasi Latih Pelajar Berniaga 52 Dato’ Haji Kamarudin Ismail Terima Anugerah ‘Tokoh Guru’ ANTARABANGSA 54 Program Sumbangan 1 Juta Tudung Ke Kemboja

PKTA 4

Kejayaan ANGKASA Diiktiraf ANGKASA Kukuhkan Peranan Di Peringkat Global

6

7

Cadangan Pindaan Undang- Undang Kecil Dan Perintah Tetap 10 Mesyuarat Setuju Pindaan 14 Suasana Pameran 16 Pandangan Perwakilan 17 Dua Naib Presiden Kekal KOPERASI 19 Program Tautan Mahabbah Undang-Undang Kecil ANGKASA Diluluskan

Sekolah Sertai Program MyKad Smart Shopper

Koperasi Iman Bersama Asnaf

2 PELANCAR Jun 2018

22

45

56 Peranan Koperasi Dalam Kelestarian Masyarakat 58 Usaha dan Komitmen

COOP MALAYSIA 60 Co-ops a Key Player for UN’s 2030 Agenda 62 Co-ops Strengthen Efforts to Realize SDGs 64 8 Ways To Save The World (from the comfort of your sofa)

Berterusan Anggota Penentu Kejayaan Agenda 2030

59 Reaksi Peserta

36

54

61

Diterbitkan Oleh: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya

55

47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan.

Alamat Perhubungan: Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya

Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya 46798 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-7806 1977 Faks: 03-7806 1506 E-Mel: apex@angkasa.coop Laman Web: www.angkasa.coop

@ANGKASACoop

14

Jun 2018 PELANCAR

3

Kejayaan ANGKASA Diiktiraf

PERSIDANGAN KEBANGSAAN TAHUNAN ANGKASA KE - 12 MEI 2018 DI DEWAN TUN RAZAK PWTC KUALA LUMPUR

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

» Sebahagian perwakilan yang hadir pada Majlis Makan Malam PKTA Ke-33.

Pencapaian ANGKASA sejak penubuhannya pada 12 Mei 1971 telah berjaya meletakkannya sebagai badan induk koperasi yang ulung dan dihormati. Sejak perisytiharan ANGKASA sebagai sebuah koperasi yang mewakili gerakan koperasi seluruh Malaysia pada 23 Mei 1996, kejayaan demi kejayaan dicipta bukan sahaja di peringkat tempatan malah berkembang di persada antarabangsa.

Menyedari kepentingan ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Dato’ Dr. Noor Zari Hamat yakin ANGKASA mampu membantu membangun dan merangsang pembangunan sektor koperasi selain berupaya memberi impak yang lebih besar kepada pembangunan gerakan koperasi negara. Ujarnya, ANGKASA perlu sentiasa konsisten dalam menjalankan tiga peranan utamanya iaitu menyatukan semua koperasi di Malaysia, mempromosikan koperasi dan membangunkan koperasi. “Ketiga-tiga peranan ini adalah tanggungjawab ANGKASA dan menjadi

» Dato’ Dr. Noor Zari Hamat ketika memberikan ucapan pada Majlis Makan Malam PKTA Ke-33

4 PELANCAR Jun 2018

» Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Program Kaunseling dan Kesedaran Undang-Undang di antara ANGKASA dan PPIM

panduan kepada koperasi puncak sebagaimana yang terkandung di dalam falsafah International Cooperative Alliance (ICA),” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) Ke-33 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, 11 Mei lalu. Katanya, SKM akan sentiasa memberi kerjasama dan sokongan terhadap usaha ANGKASA ke arah pembangunan, kemajuan dan kebaikan sektor koperasi. Majlis Makan Malam Sempena PKTA Ke-33 turut menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara ANGKASA dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkaitan program kaunseling dan kesedaran undang-undang. Usaha ini dilihat sebagai sebahagian daripada kaedah penyelesaian yang terbaik bagi menghadapi sebarang permasalahan perundangan terutamanya berkaitan perniagaan. Program kesedaran juga dirancang bagi menambah dan memperkukuhkan pengetahuan perundangan kelompok sasar sekaligus menjadikan mereka lebih bersedia dalam menangani sebarang isu perundangan. Majlis pertukaran MoU tersebut diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Penasihat Kehormat PPIM, Jeneral (B) Datuk Hussainy Hashim sambil disaksikan Pengerusi Eksekutif SKM, Dato’ Dr. Noor Zari Hamat dan Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil; Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, Ketua Biro perundangan PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim dan kepimpinan ANGKASA.

» JPAN Pahang Zon 2 Tempat Pertama JPAN Terbaik 2017

» JPAN Terengganu Tempat Kedua JPAN Terbaik 2017

» JPAN Johor Tempat Ketiga JPAN Terbaik 2017

Jun 2018 PELANCAR

5

PERSIDANGAN KEBANGSAAN TAHUNAN ANGKASA KE - 12 MEI 2018 DI DEWAN TUN RAZAK PWTC KUALA LUMPUR

ANGKASA Kukuhkan Peranan Di Peringkat Global

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

ANGKASA kini semakin mengukuhkan peranannya sebagai ‘pemain’ ( player ) dalam gerakan koperasi di peringkat global menerusi penyertaan pelbagai program ekonomi yang disifatkan sangat berjaya dan banyak membantu dalam mengembangkan perniagaan sektor koperasi.

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, usaha tersebut terus diperkukuh menerusi pelbagai inisiatif yang dijalankan seperti membangunkan jenama koperasi dan peranan ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia di samping terus bertindak secara lebih proaktif dalam menyuarakan idea serta pandangan selain menterjemah kepentingan sosioekonomi koperasi sejagat terhadap kemajuan secara saksama. Dato’ Abdul Fattah dalam ucapannya turut menyuarakan keyakinan terhadap kekuatan yang dimiliki berasaskan kepada kepercayaan, sokongan serta hubungan baik yang terjalin antara ANGKASA dengan gerakan koperasi di seluruh dunia. Lebih membanggakan lagi ujarnya, banyak koperasi dunia hadir bagi meninjau serta ingin mempelajari kejayaan model pembangunan koperasi di Malaysia yang dilaksanakan oleh ANGKASA. “Ini merupakan pencapaian terbaik ANGKASA dan kita perlu sentiasa bersedia untuk terus mencipta pembaharuan dan penambahbaikan dalam pelbagai aspek dari semasa ke semasa bagi memastikan pencapaian ini dapat terus kekal dan boleh ditingkatkan lagi. “Justeru, koperasi di Malaysia sewajarnya menyambut baik saranan supaya merebut peluang ini dan berusaha mempromosikan produk berkualiti mereka di peringkat global.

“Pemimpin koperasi juga perlu berperanan secara lebih proaktif dengan bersedia meninjau peluang-peluang perniagaan bercorak semasa seperti perniagaan online berasaskan maya. Diharap sektor koperasi negara dapat mengukuhkan aktiviti perniagaan mereka melalui inisiatif ini dengan sokongan pelbagai pihak,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Presiden pada Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA Ke-33) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Menariknya, PKTA Ke-33 kali ini mencatat sejarah tersendiri apabila diadakan pada hari ulang tahun penubuhan ANGKASA ke-47 iaitu pada 12 Mei 1971 yang menyaksikan kehadiran sejumlah 3,806 perwakilan koperasi ahli ANGKASA seluruh negara. Dato’ Abdul Fattah menyatakan, berdasarkan rekod Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sehingga 31 Disember 2017, bilangan koperasi yang telah didaftarkan adalah sebanyak 13,899 buah dengan jumlah keanggotaan seramai kira-kira 6.55 juta orang. Jumlah syer/yuran pula adalah sebanyak RM14.35 bilion, jumlah aset koperasi sebanyak RM139.68 bilion dan jumlah perolehan sebanyak RM40.24 bilion. Ujarnya, menerusi angka-angka tersebut, koperasi memiliki potensi yang sangat besar untuk mengembangkan perniagaan sekaligus membuktikan pasaran produk dan perkhidmatan yang ditawarkan mampu menarik permintaan dalam pasaran dunia berdasarkan kepada kepelbagaian dan kualiti standard yang dimiliki.

6 PELANCAR Jun 2018

PERSIDANGAN KEBANGSAAN TAHUNAN ANGKASA KE - 12 MEI 2018 DI DEWAN TUN RAZAK PWTC KUALA LUMPUR

Cadangan Pindaan Undang-Undang Kecil Dan Perintah Tetap

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA Ke-33) tahun ini membentangkan cadangan Pindaan Undang-Undang Kecil dan Perintah Tetap bagi mendapat sokongan perwakilan yang hadir. Agenda pembentangan tersebut telah

dibentangkan oleh Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Undang-

Undang Kecil ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin.

» Haji Mohamad Azmi Omaruddin Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Undang-Undang Kecil ANGKASA

Dalam pembentangan itu, beliau merujuk buku cadangan Pindaan Undang-Undang Kecil Dan Perintah Tetap yang mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A : Cadangan Pindaan Dasar Bagi Pindaan Undang-Undang Kecil ANGKASA (UUK) 2018; Bahagian B : Cadangan Pindaan Undang- Undang Kecil ANGKASA 2018 dan Bahagian C : Cadangan Pindaan Perintah Tetap 2018. Ujarnya, Cadangan Pindaan Dasar Bagi Pindaan Undang-Undang Kecil ANGKASA (UUK) 2018 mengandungi 21 butiran yang antara lain membabitkan perkara berkaitan Penstrukturan Semula Keanggotaan Lembaga ANGKASA; Penstrukturan Semula Istilah Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JTK) kepada Lembaga ANGKASA; Penstrukturan Semula Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JTK) Mengambil Alih Jawatankuasa Kerja kebangsaan (JKK); Penstrukturan Semula Istilah PKTA kepada Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA) dan Mesyuarat Agung Perwakilan Khas ANGKASA (MAPKA). Selain itu, Pindaan Dasar Bagi Pindaan Undang- Undang Kecil ANGKASA (UUK) 2018 turut melibatkan Pelaksanaan Pemilihan Perwakilan Negeri; Agenda

Mesyuarat Agung Negeri (MAN); Agenda Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA); Perwakilan Koperasi dan Perwakilan Negeri; Perwakilan Koperasi Dan Pelaksanaan 1 Koperasi 1 Undi; Hari Penamaan Calon dan Peranan Jawatakuasa Audit Dalaman (JAD) dalam Persidangan Negeri dan Perintah Tetap. Sementara itu, cadangan Pindaan Undang- Undang Kecil ANGKASA 2018 menjelaskan mengenai maksud istilah-istilah tertentu seperti Akta, Anggota, ANGKASA, Aturan; Gerakan Koperasi; Garis Panduan dan sebagainya; Matlamat, Fungsi dan Aktiviti ANGKASA; Keanggotaan, Hak, Kewajipan dan Tanggungan; Organisasi dan Pengurusan ANGKASA dan Kewangan ANGKASA. Cadangan Pindaan Perintah Tetap 2018 mengandungi sebanyak 29 perkara yang antara lain melibatkan pemakaian; perhimpunan; bahasa rasmi; Pengerusi bagi sesuatu persidangan; Agenda Persidangan; Hak Perwakilan; Kuorum; Setiausaha Persidangan; Laporan Lembaga ANGKASA dan Laporan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri; Tertib bercakap, Had masa bercakap dan isu ucapan dan perbahasan.

Jun 2018 PELANCAR

7

Jendela Sumber : Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA Foto Oleh : ARMAN YUSOF

Buat pertama kalinya, Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) Ke-33 berlangsung di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dan menghimpunkan seramai 3,806 perwakilan dari seluruh negara di bawah satu bumbung.

8 PELANCAR Jun 2018

9 Jun 2018 PELANCAR 9 PELANCAR

PERSIDANGAN KEBANGSAAN TAHUNAN ANGKASA KE - 12 MEI 2018 DI DEWAN TUN RAZAK PWTC KUALA LUMPUR

Mesyuarat Setuju Pindaan Undang-Undang Kecil ANGKASA Diluluskan

Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ

Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA Ke-33 dipengerusikan oleh Prof. Madya Dato’ Dr Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dengan dibantu oleh Naib Pengerusi, Haji Abu Bakar Mohamad. Para perwakilan sebulat suara mengesah dan menyokong Minit Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) Ke-32 pada 22 Julai 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur di awal mesyuarat. Agenda mesyuarat diteruskan dengan perkara dua iaitu pemilihan dua orang Naib Presiden dan enam orang daripada perwakilan serta empat orang daripada Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JTK) ANGKASA sebagai Jawatankuasa Menentusah Draf Minit PKTA Ke-33. Perkara tiga iaitu menimbang dan meluluskan cadangan pindaan Undang-undang Kecil dan Perintah Tetap, dibentangkan oleh Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin dan dipersetujui oleh perwakilan. Mesyuarat juga bersetuju menerima pindaan dengan beberapa cadangan daripada jurucakap. Antaranya ialah jurucakap Negeri Kedah, dari Koperasi SMK Paya Kemunting Jitra Berhad, Puan Siti Aminah Haji

10 PELANCAR Jun 2018

Jawatankuasa

Perhubungan ANGKASA Negeri bertindak sebagai

koordinator dan dana dari ANGKASA Pusat diberikan kepada JPAN untuk menganjurkan bersama koperasi yang berkelayakan dalam menjalankan aktiviti pensijilan di bawah

Ibrahim. Beliau mencadangkan agar bilangan perwakilan di negeri setiap negeri yang layak hadir ke Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA) tidak melebihi 30 peratus ahli koperasi di negeri itu, serta ANGKASA diminta untuk memikirkan cara untuk mengesan koperasi dorman. Sementara itu, jurucakap dari Koperasi Tenaga Nasional Berhad, Wilayah Persekutuan, YM Raja Hang Tuah Raja Iskandar, mencadangkan supaya disediakan pengiktirafan untuk koperator melalui pensijilan kemahiran Malaysia.

Kementerian Sumber Manusia menurut lapan sektor koperasi. Seterusnya, mesyuarat membincangkan agenda ke empat iaitu menimbang laporan JTK ANGKASA dan JAD dari 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2017 yang akhirnya diterima dengan baik dengan beberapa cadangan antaranya, oleh Jurucakap Negeri Johor, Encik Paridul Haji Talib dari Koperasi Guru Melayu Muar Berhad. Beliau membangkitkan tentang Pindaan Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)/2001 yang melibatkan semua koperasi iaitu mulai 1 Januari 2019, semua syarikat di Malaysia termasuk koperasi yang mempunyai seorang pekerja dan ke atas akan dikenakan levi satu peratus daripada gaji. Levi itu akan digunakan untuk memberi latihan kemahiran kepada pekerja. Bagaimanapun, koperasi tidak pernah dikenakan levi tersebut, malah selama ini koperasi menyumbang dalam Tabung Kumpulan Wang Amanah

Jun 2018 PELANCAR

11

Pembangunan Koperasi (KWAPb), yang juga bertujuan untuk memberi latihan kemahiran. Sementara itu, jurucakap Negeri Kedah dari Koperasi Pemilikan Hartanah Profesional Melayu Berhad, Haji Majib Jusoh menggesa agar pihak kerajaan mewujudkan Kementerian Koperasi Negara dengan seorang menteri yang bertanggungjawab khusus terhadap koperasi bagi memastikan gerakan itu terus hebat. Encik Mohd Zainudin Othman dari Koperasi Kariah Masjid Mukim Kangkong Pasir Mas Berhad, iaitu jurucakap dari Negeri Kelantan pula mencadangkan agar ANGKASA mewujudkan tabung khairat kematian dan insurans kelompok

Takaful kepada anggota-anggota koperasi yang meninggal dunia. Pertama, tabung khairat kematian itu khusus untuk anggota-anggota koperasi di bawah naungan ANGKASA. Kedua, kadar bayaran terpulang kepada kemampuan atau wang dalam tabung. Dato’ Haji Zainab Haji Nasir, jurucakap Negeri Sembilan dari Koperasi Pembangunan Daerah Tampin Berhad mencadangkan agar Hari Koperasi Sekolah diadakan semula tetapi dipelbagaikan dengan variasi aktiviti seperti pertandingan petanque, pertandingan pidato, berbalas pantun serta menjual produk koperasi sahaja. Aktiviti tersebut boleh diperluas di peringkat daerah, negeri dan

kebangsaan. Ia bertujuan bagi menarik minat pelapis dalam kalangan belia untuk meneruskan warisan kebudayaan negara. Baju rasmi ANGKASA turut dicadangkan supaya ditukar kepada warna lain dengan kain lebih berkualiti, selain turut memberi baju korporat kepada perwakilan oleh jurucakap Negeri Pulau Pinang, Encik Syariman Alias dari Koperasi Ulul Albab Seberang Perai Berhad. Corak baju batik ANGKASA perlu dijenamakan semula dan hendaklah lebih eksklusif serta lebih berbentuk korporat. Agenda kelima iaitu menimbang dan meluluskan penyata kewangan ANGKASA, Penyata Kewangan Subsidiari dan Penyata Kewangan Yayasan

12 PELANCAR Jun 2018

bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 dan anggaran belanjawan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 serta anggaran belanjawan elaun untuk Ahli Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan dan Jawatankuasa Audit Dalaman bagi tahun kewangan berakhir 2018 dan 2019 yang diterima oleh perwakilan. Agenda kelapan iaitu meluluskan cadangan elaun kepada Anggota Lembaga yang dilantik sebagai Pengarah Yayasan dan Pengarah Subsidiari ANGKASA 2018 dan 2019 diterima baik oleh semua perwakilan. Perwakilan turut meluluskan perlantikan suatu panel yang terdiri tidak kurang daripada dua firma audit untuk mengaudit akaun-akaun pada agenda sembilan. Agenda kesepuluh yang menetapkan had pelaburan RM500 juta, agenda sebelas iaitu menentukan keberhutangan Perniagaan ANGKASA juga telah diterima secara sebulat suara oleh perwakilan. Perbincangan mengenai agenda ke tiga belas iaitu membincangkan usul yang diterima secara bertulis 30 hari sebelum tarikh persidangan turut diterima secara sebulat suara dan diakhiri dengan pengumuman daripada Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah. Beliau mengisytiharkan persidangan yang dijalankan pada 12 Mei 2018 itu mencapai ketetapan iaitu ANGKASA dan gerakan koperasi, menyokong pemimpin baharu, yang diterajui Tun Dr. Mahathir Mohamad. Komitmen akan diberi kepada kerajaan baharu, demi memenuhi matlamat gerakan koperasi negara. RM500 juta dan agenda ke dua belas yang menimbang dan meluluskan Rancangan

ANGKASA bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 bersama dengan laporan Juruaudit Luar serta perbelanjaan defisit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 diterima dengan cadangan daripada Jurucakap Wilayah Persekutuan, Dato’ Md Aini Taib dari Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor Berhad. Beliau memohon supaya laporan terperinci dipaparkan mengenai jumlah pelaburan koperasi-koperasi dalam Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) sebanyak RM24 juta dan laporan terperinci tentang perbelanjaan subsidiari-subsidiari di bawah ANGKASA. Agenda keenam iaitu mengesahkan perlantikan sembilan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri yang dipilih dalam Persidangan Negeri dan perlantikan wakil Kementerian sebagai Anggota JTK ANGKASA diterima secara sebulat suara. Begitu juga dengan agenda ketujuh iaitu meluluskan anggaran belanjawan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, angggaran belanjawan modal aset bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, anggaran belanjawan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, anggaran belanjawan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019, anggaran belanjawan modal aset

Jun 2018 PELANCAR

13

PERSIDANGAN KEBANGSAAN TAHUNAN ANGKASA KE - 12 MEI 2018 DI DEWAN TUN RAZAK PWTC KUALA LUMPUR

Suasana Pameran

Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) Ke-33 tahun ini disambut meriah dengan penyertaan 20 gerai pameran dari ANGKASA dan anak syarikat, MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd.

Oleh : RAHMAT MOHD DID

Antara gerai-gerai pameran yang mengambil bahagian adalah gerai pameran ANGKASA dan Biro Potongan ANGKASA, gerai Sektor Pembangunan Hartanah, Sektor Pembangunan Perladangan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Sektor Pembangunan Inovasi dan Teknologi, Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan, Sektor Pemborongan dan Peruncitan, Sektor Pembangunan Komuniti, Pelancongan dan Kesihatan, Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan, Yayasan ANGKASA, Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA (KOPSYA) dan MyANGKASA Akademi & Resort Langkawi. Selain itu, MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. turut mengambil bahagian dengan membawa rakan-rakan strategik yang telah pun menjalankan perniagaan bersama seperti VNOW.tv, MyKad Smart Shopper, Skim Eksklusif Manfaat Perubatan Pesara (EMAS), VERVX dan Neffos.

14 PELANCAR Jun 2018

» Perwakilan turut mengunjungi gerai-gerai pameran

Selaras dengan dunia teknologi yang bergerak pantas, ANGKASA telah menawarkan promosi majalah PELANCAR digital di gerai pameran ANGKASA kepada perwakilan-perwakilan yang berminat. Promosi tersebut membolehkan anggota koperasi memuat turun majalah PELANCAR selama 12 bulan ke dalam telefon pintar dengan nilai langganan serendah RM10. Pelanggan boleh membaca atau membuat rujukan menerusi PELANCAR digital di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, KOPSYA yang membuka dua gerai pameran pada hari tersebut juga telah berjaya mendaftarkan sebanyak 60 koperasi untuk menjadi ahli. Rata-rata perwakilan yang sempat berkunjung ke gerai-gerai pameran ANGKASA kali ini menyatakan rasa berpuas hati dengan penerangan yang diberikan tentang fungsi setiap sektor dan juga terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Jun 2018 PELANCAR

15

PERSIDANGAN KEBANGSAAN TAHUNAN ANGKASA KE - 12 MEI 2018 DI DEWAN TUN RAZAK PWTC KUALA LUMPUR

Pandangan Perwakilan

Oleh : RAHMAT MOHD DID

Puan Hanida Habil Koperasi Pekerja SHARP Sungai Petani Kedah Berhad Pameran pada tahun ini dirasakan lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini walaupun tidak melibatkan gerai- gerai pameran daripada koperasi luar. Saya berharap ia akan lebih meriah pada tahun hadapan.

Encik Kamarudin Omar Koperasi SMK Merapoh Kuala Lipis Berhad kepada koperasi dan saya juga banyak belajar perkara-perkara baru serta peluang-peluang yang disediakan oleh ANGKASA. Saya mengucapkan tahniah kepada gerai-gerai pameran sektor yang disediakan oleh ANGKASA kerana menyediakan informasi yang sangat berguna

Encik Karthigesu A/L Muniyandi Koperasi Star Media Group Berhad tentang fungsi-fungsi ANGKASA dan mungkin mencari peluang perniagaan yang boleh diceburi serta jalinan kerjasama dengan koperasi lain. Ini merupakan kali pertama saya menghadirkan diri ke Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA. Pelbagai gerai pameran dari pelbagai sektor untuk koperator seperti saya mengetahui

Puan Hasniliza Hassan Koperasi SMK Sanglang Perlis Berhad ANGKASA mempertimbangkan penyertaan daripada koperasi-koperasi luar pada tahun hadapan untuk kepelbagaian produk dan perkhidmatan ditawarkan. Saya lihat kali ini lebih banyak gerai-gerai pameran yang disediakan ANGKASA dan lebih baik pengurusannya berbanding tahun lepas. Bagaimanapun, diharap

Hari ini saya telah mendaftarkan koperasi saya sebagai salah satu ahli Koperasi Permodalan Syariah ANGKASA (KOPSYA). Bagi saya KOPSYA menyediakan inisiatif kepada koperasi-koperasi lain untuk membuat pelaburan dan pinjaman demi pembangunan koperasi. Ini amat penting kepada koperasi-koperasi baru seperti kami yang mempunyai kekangan dari segi kewangan dan teknikal.

Encik Afshan Muhammad Koperasi SMK Pulau Gaya Berhad

16 PELANCAR Jun 2018

PERSIDANGAN KEBANGSAAN TAHUNAN ANGKASA KE - 12 MEI 2018 DI DEWAN TUN RAZAK PWTC KUALA LUMPUR

Kedua-dua mereka dipilih selepas gugur mengikut giliran bagi mengisi kekosongan jawatan dalam Lembaga ANGKASA berdasarkan Undang- Undang Kecil [UUK 36 (2) (C)]. Dato’ Haji Kamarudin Ismail, 61 tahun adalah Pengerusi Koperasi Pembangunan Daerah Alor Gajah Melaka Berhad yang juga Pengerusi Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB). Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah ICA Global dan Ahli Jawatankuasa International Co-operative Agricultural Organisation (ICAO). Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, 67 tahun pula merupakan Pengerusi Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) sejak 2004 hingga kini dan di peringkat antarabangsa, beliau memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah ICA Global Perumahan Koperasi Sedunia (CHI). Dato’ Haji Kamarudin Ismail mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua pihak di atas sokongan yang telah diberikan kepada beliau terus memperkasakan pembangunan gerakan koperasi sekolah, sama ada di peringkat tempatan mahu pun antarabangsa. Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA Ke-33) yang berlangsung di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini menyaksikan dua kepimpinan tertinggi ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (2,425 undian) mengekalkan jawatan masing- masing sebagai Naib Presiden ANGKASA bagi tempoh 2018- 2021 menewaskan Prof. Madya dan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (1,993 undian) Dato’ Dr Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (1,859 undian).

» Dato’ Haji Kamarudin Ismail

» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan

Dua Naib Presiden Kekal

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

» Suasana di ruang mengundi

Ujarnya, perjuangan beliau untuk memastikan gerakan koperasi sekolah sebaris dengan koperasi dewasa sentiasa menjadi agenda penting bagi menjadikan sekaligus terus gerakan memajukan koperasi sekolah di Malaysia. Sementara itu, Datuk Haji Mohamad Ali ketika ditemui menyatakan rasa syukur dengan kemenangan ini serta menghargai sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh perwakilan kepada beliau untuk terus memberikan sumbangan dalam gerakan koperasi negara. Katanya, kemenangan ini menjadi pemangkin semangat kepadanya untuk bekerja secara lebih agresif di peringkat tempatan dan antarabangsa demi kemajuan dan pembangunan sektor koperasi.

Jun 2018 PELANCAR

17

Program Tautan Mahabbah Koperasi Iman Bersama Asnaf

Oleh : HANZALAH ZAINAL Pegawai Syariah, Unit Syariah Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (KOIMAN)

Selain memfokuskan kepada keuntungan, KOIMAN juga berpegang kepada asas dalam gerakan koperasi itu sendiri iaitu nilai bantu-membantu. Bantuan bukan sahaja disasarkan kepada anggotanya semata-mata, malah KOIMAN juga turut mengambil langkah ke hadapan dengan meluaskan makna nilai tersebut. Nilai bantu-membantu telah diterjemahkan menerusi bantuan yang disalurkan kepada masyarakat setempat yang memerlukan. Melalui zakat yang telah dibayar kepada Lembaga Zakat Selangor melalui ANGKASA sebagai amil,KOIMAN telah membuat pembayaran zakat sebanyak RM93,037.81 dan telah memohon RM34,889.18 untuk wakalah agihan zakat bagi disalurkan kepada asnaf yang terpilih. Tiga institusi yang terpilih adalah : i. Kategori Asnaf Miskin 1. Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Nasuha – RM20,400. 2. Pertubuhan Kebajikan & Perlindungan Al-Haq Malaysia – RM10,560. ii. Kategori Fi Sabilillah 3. Tabung Pembinaan Masjid Baharu Tasek Pauh – RM3,929.18. Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (KOIMAN) yang telah disenaraikan dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia (Tempat Ke-20) oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada tahun 2017 kini semakin giat berusaha memperkasakan ekonomi anggotanya melalui tiga aktiviti perniagaan iaitu pembiayaan peribadi-i, kedai pajak gadai Islam (Ar Rahnu X’Change) dan ternakan lembu pedaging berjenama i-Man Farm selain turut memperluaskan produk serunding jenama i-Man Farm.

» Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyampaikan ucapan perasmian.

Pada 29 April 2018, KOIMAN telah menganjurkan Program Tautan Mahabbah Koperasi Iman Bersama Asnaf yang melibatkan dua buah pertubuhan kebajikan iaitu Pertubuhan Kebajikan & Perlindungan Al-Haq Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Nasuha. Melalui program tersebut, KOIMAN berusaha menyantuni para asnaf dengan membawa seramai 88 orang anak-anak yatim ke Pasaraya Mydin cawangan Selayang untuk membeli pakaian sebagai persiapan menjelang Aidilfitri 2018. Inisiatif tersebut turut dibantu oleh pihak pengurusan Mydin cawangan Selayang dengan menyediakan 15 orang kakitangannya bagi melancarkan proses pemilihan pakaian raya untuk anak-anak tersebut. Selain anak-anak asnaf, KOIMAN juga tidak melupakan kakitangan yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan penuh dedikasi selama ini. Sebagai penghargaan atas kesetiaan dan perkhidmatan mereka, kakitangan KOIMAN juga turut terlibat dalam program ini dan seramai 26 orang anak-anak mereka turut diberi peluang memilih pakaian raya di Mydin cawangan Selayang. Program ini turut mendapat perhatian daripada Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang telah sudi menyampaikan sumbangan zakat bagi pihak KOIMAN. Menteri Besar dalam ucapannya memuji langkah proaktif KOIMAN dan amat mengalu-alukan sebarang usaha

Jun 2018 PELANCAR

19

pendidikan sebagai salah satu daripada matlamat penubuhannya. Sementara itu, Pengurus Besar KOIMAN, Siti Rohani Abuyan berkata, KOIMAN akan berusaha terus menyalurkan bantuan mengikut kemampuan koperasi. Beliau juga turut memaklumkan bahawa KOIMAN merupakan antara pembekal di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI) untuk pembekalan lembu korban di Selangor. Program seumpama ini bukan yang pertama kali dianjurkan oleh KOIMAN yang telah menerima Anugerah Koperasi Terbaik Sektor Pertanian & Industri Asas Tani 2017 oleh SKM, tetapi merupakan siri kesinambungan bagi program-program yang lepas. Pada bulan Disember, 2017 KOIMAN juga turut menaja pembelian pakaian sekolah baru untuk anak-anak kakitangan dan anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Nasuha. Program ini diharap dapat mengeratkan hubungan antara sektor koperasi dan masyarakat. Di samping itu juga, aktiviti kemasyarakatan sebegini juga diharap mampu menyuntik semangat kesukarelawanan kepada kakitangan KOIMAN khususnya dan orang awam umumnya. Secara keseluruhannya, Program Tautan Mahabbah Koperasi Iman Bersama Asnaf 2018 telah berjaya mencapai misi dan objektif yang ditetapkan. Program yang dijalankan selama setengah hari ini telah banyak memberi manfaat dan meringankan beban asnaf terpilih dengan sumbangan baju raya dan pemberian agihan zakat. Selain itu, program ini telah menambahkan lagi rasa kasih sayang sesama muslim apabila golongan asnaf disantuni oleh para sukarelawan KOIMAN. Aktiviti ini telah memberikan kegembiraan kepada anak-anak tersebut. Bukan itu sahaja, para sukarelawan juga turut merasai pengalaman bersama asnaf dan menyelami perasaan mereka yang tidak mempunyai ibu bapa biarpun masih kecil. Program ini diharap dapat memberi kebaikan pada semua pihak terutama kakitangan KOIMAN untuk membina jati diri yang suka membantu masyarakat.

» Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyampaikan sumbangan zakat kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al- Nasuha.

» Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyampaikan sumbangan zakat kepada Pertubuhan Kebajikan & Perlindungan Al-Haq Malaysia.

» Bersalaman dengan anak-anak asnaf.

kebajikan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Beliau juga tertarik dengan matlamat penubuhan KOIMAN iaitu untuk memperkasakan keupayaan ekonomi, kesenian dan kebudayaan serta meningkatkan taraf pendidikan anak-anak anggotanya. Pendidikan adalah suatu yang penting dalam membangunkan sebuah masyarakat khususnya dan negara amnya. Kerana itu, beliau menyokong penuh dan berasa bangga apabila KOIMAN menjadikan

» Dato’ Seri Mohamed Azmin menerima cenderamata berupa produk i-Man Farm

20 PELANCAR Jun 2018

Produk Wasiat Dan Pusaka MAAB Pilihan

Perunding Kewangan

DATO’ ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH Presiden ANGKASA

Penyediaan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) dalam meningkatkan kecekapan pentadbiran pusaka, pengamanahan individu dan pengamanahan korporat telah memberi keyakinan masyarakat terhadap usaha satu-satunya syarikat amanah milik sektor koperasi ini. Walaupun masih baru dalam industri pengamanahan, kepercayaan semua pihak terhadap jenama ANGKASA itu berjaya menjalin kerjasama perniagaan dengan pelbagai institusi bank komersil di negara ini, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan koperasi-koperasi. Sehingga kini, sebanyak 20 perjanjian bersama rakan niaga korporat yang berdaftar dilaksanakan dan hasil daripada kerjasama ini, MAAB telah berjaya menyimpan sebanyak lebih 60,000 wasiat dengan anggaran nilai aset yang bakal ditadbir sebanyak RM18 bilion. Menariknya menerusi kerjasama ini, produk wasiat dan pusaka MAAB menjadi pilihan institusi kewangan dan perunding kewangan Islam untuk ditawarkan kepada pelanggan. Oleh itu, adalah mustahak

bagi pegawai pemasaran bank/ejen pemasaran ini memiliki ilmu dan kemahiran khusus dalam menyebar luas ilmu berkaitan melalui modul lengkap ini. Melalui kerjasama antara MAAB dan Institut Perbankan & Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) ini, kira-kira 1,500 pegawai pemasaran bank/ ejen pemasaran seluruh negara dan orang ramai yang berminat bakal mendapat manfaat menerusi modul yang diperkenalkan khususnya mengenai ilmu perwarisan Islam. Modul yang ditawarkan ini menyediakan kursus berkaitan perkara asas mengenai ciri-ciri produk sehinggalah kepada proses pelaksanaan dan penghasilan di samping pendedahan kes-kes sebenar yang diharap dapat memberi kefahaman dalam kalangan pengamal dan perunding institusi kewangan ini. Selain menawarkan harga berpatutan (harga paling rendah di pasaran), pelanggan MAAB boleh meminda wasiat mereka secara percuma pada bila- bila masa. Ini adalah antara kelainan yang dibawa MAAB berbanding syarikat pengamanahan lain. Langkah proaktif MAAB melalui kerjasama yang dijalankan bersama rakan-rakan niaga yang mahir ini dapat membantu mempercepatkan proses serta memendekkan masa pengurusan harta pusaka seterusnya memberi manfaat yang lebih besar kepada pelanggan-pelanggan MAAB khususnya kepada waris-waris si mati.

Jun 2018 PELANCAR

21

Modul Khas Dalam Penyelesaian Perwarisan

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Satu majlis menandatangani perjanjian kerjasama strategik di antara MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) dan Institut Perbankan & Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) telah diadakan baru-baru ini melibatkan pembangunan modul khas dan silibus berkaitan penyelesaian perwarisan dan kewangan Islam.

22 PELANCAR Jun 2018

» Dato’ Abdul Fattah Abdullah (lima dari kanan) menyaksikan pertukaran dokumen Perjanjian Kerjasama Strategik yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAAB, Dato’ Ahmad Saruji dan Ketua Pegawai Eksekutif IBFIM, Encik Yusry Yusoff. Turut sama menyaksikan ialah Dato’ Haji Mohamad Ali Hasan (tiga dari kanan) dan Encik Shahizan Md. Noh (tiga dari kiri), Encik Sazali Abd. Hamid (kanan sekali); Encik Faudzi Mat Din (dua dari kanan) dan Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus (kanan sekali).

Pengisian modul ini menerangkan secara terperinci tentang keseluruhan produk bermula dengan sifat dan ciri-ciri produk sehinggalah kepada proses pelaksanaan dan penghasilan kepada kira- kira 1,500 wakil dari saluran pemasaran bagi memperkasakan lagi pengetahuan dan kemahiran kumpulan ini khususnya dalam pengurusan perwarisan dan kewangan Islam. Majlis perjanjian tersebut diwakili Ketua Pegawai Eksekutif MAAB, Dato’ Ahmad Saruji Abd. Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif IBFIM, Encik Yusry Yusoff sambil disaksikan Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah.

Turut sama menyaksikan ialah Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi MAAB, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Ketua Pembangunan Pembelajaran & Usahasama IBFIM, Encik Shahizan Md. Noh, Ahli Lembaga Pengarah MAAB yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Johor, Encik Sazali Abd. Hamid; Pengurus Besar MAAB, Encik Faudzi Mat Din dan Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit & Pembangunan Kewangan ANGKASA, Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus. Kerjasama strategik ini

pembangunan perniagaan kedua-dua pihak khususnya dalam meningkatkan pemahaman orang ramai terutama agen jualan produk penulisan wasiat dan penyelesaian terhadap masalah perwarisan yang tertunggak. Kerjasama pembangunan modul ini adalah berasaskan Islam iaitu Islamic Legacy Management (ILM) yang lebih teratur dan tersusun yang menawarkan program pensijilan yang direalisasikan menerusi tanda aras kerangka kelayakan IBFIM serta diberikan perakuan akreditasi program oleh agensi akreditasi kewangan bagi memastikan kualiti pensijilannya diperakui.

adalah langkah tepat ke arah memajukan strategi

Jun 2018 PELANCAR

23

ANGKASA Tawar Kediaman Untuk Anggota Koperasi

Oleh : RAHMAT MOHD DID

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) melalui anak syarikat milik penuhnya, MyANGKASA Bina Sdn Bhd (MABSB) menawarkan tujuh buah projek perumahan dengan hampir 3,000 unit kediaman yang sedia untuk dijual » Dato’ Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kiri) melancarkan buku Koleksi Kertas Kerja Seminar dan Konvensyen 2015-2017 Pembangunan Hartanah ANGKASA dan Direktori Koperasi Hartanah ANGKASA 2018. Turut sama ialah Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kanan); Encik Zulyamin Mohd Radzi (dua dari kiri); Dato’ Haji Kamarudin Ismail (kanan sekali) dan Haji Nasir Khan Yahaya (kiri sekali).

Menurut Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah, kediaman mampu milik tersebut akan memberi fokus kepada anggota koperasi di seluruh Malaysia yang masih belum memiliki rumah sendiri khususnya golongan muda. “Kita sedia maklum ramai anggota koperasi yang tidak lengkap terma dan syarat bagi mendapatkan pinjaman bank. Oleh sebab itu kita sedang membincangkan kaedah pembayaran terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut,” katanya. Menurutnya lagi, MABSB juga akan terlibat dengan lebih dari 10 projek akan datang yang merangkumi seluruh Malaysia. Tambahnya, program ini adalah sebahagian daripada usaha ANGKASA untuk membentuk

kerjasama dengan pihak swasta. Kerjasama ini perlu bagi memastikan agar pihak swasta dapat menjadi rakan kongsi koperasi atau perunding yang bertanggungjawab dan berintegriti selain dapat memikirkan kaedah terbaik berkaitan terma dan syarat yang lebih mesra koperasi dapat dipraktikkan. Beliau juga turut menggesa koperasi agar dapat bekerjasama dengan koperasi lain untuk membangun dan memajukan projek pembangunan hartanah secara bersama-sama. Pendekatan tersebut dilihat penting kerana terdapat koperasi yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam sektor ini tetapi tidak mempunyai tanah. Dato’ Abdul Fattah berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Program Forum dan Dialog

24 PELANCAR Jun 2018

» Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa ketika membentangkan kertas kerja.

PERMASALAHAN KOPERASI DALAM PEMBANGUNAN HARTANAH

Pasukan Implementasi

Pembekal Sistem & Jentera

Perunding Pengurusan Projek

Pembekal Barang Binaan

» Peserta turut berpeluang mengajukan pertanyaan dan pandangan.

Perunding Hartanah Mesra Koperasi di Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perumahan Negara, Encik Yahya Ab Ghani; Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Zulyamin Mohd Radzi; Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Sektor Pembangunan Hartanah ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) merangkap Ahli-Ahli Jawatankuasa Sektor Pembangunan Hartanah ANGKASA, Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa (Kelantan); Encik Sazali Abd Hamid (Johor) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. Turut berlangsung dalam majlis yang sama adalah Pelancaran Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar dan Konvensyen 2015-2017 Pembangunan Hartanah ANGKASA dan Direktori Koperasi Hartanah ANGKASA 2018.

Sokongan Profesional

Perunding Rekabentuk

Ejen Hartanah

Sumber : Sektor Pembangunan Hartanah ANGKASA

Tujuan penerbitan buku Koleksi Kertas Kerja Seminar dan Konvensyen 2015-2017 Pembangunan Hartanah ANGKASA itu adalah bagi membolehkan ilmu yang dibincangkan sewaktu program anjuran ANGKASA dapat dikongsi dengan koperasi-koperasi yang tidak berpeluang untuk hadir. Buku Direktori Koperasi Hartanah ANGKASA 2018 pula mengandungi senarai 385 buah koperasi pembangunan hartanah di bawah jaringan yang dibentuk oleh ANGKASA. Direktori ini bertujuan untuk melengkapkan senarai jaringan perniagaan di antara koperasi di negara ini.

Jun 2018 PELANCAR

25

Perunding Hartanah Mesra Koperasi

tidak terabai. Pihak perunding swasta juga diharap agar tidak mengekploitasi tanah-tanah milik koperasi untuk kepentingan sendiri. ANGKASA sebagai badan puncak koperasi di Malaysia sedar betapa besarnya sumbangan yang mampu diberikan koperasi hartanah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Oleh itu, kami bercadang untuk mewujudkan ‘Klinik Koperasi Hartanah’ yang berfungsi sebagai pusat setempat untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi koperasi pembangunan hartanah dari semasa ke semasa di samping menarik minat koperasi-koperasi baru untuk menceburkan diri dalam sektor pembangunan hartanah di masa hadapan. Saya juga ingin menasihatkan kepada koperasi-koperasi agar tidak terburu-buru dan bermulalah dengan projek kecil- kecilan sebelum dikembangkan kepada projek berskala besar bagi mengutip pengalaman dan melihat pulangannya terlebih dahulu. ANGKASA dengan sokongan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) akan bersama-sana memikirkan kaedah terbaik bagi membantu koperasi dalam mencapai sasaran Dasar Koperasi Negara 2 yang akan tamat pada tahun 2020 nanti. Cabaran koperasi selepas 2020 dijangka akan lebih hebat berasaskan kepada arus perubahan ekonomi negara dan dunia yang semakin mencabar.

DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Sektor Pembangunan Hartanah

Antara objektif utama program Perunding Hartanah Mesra Koperasi ini diadakan adalah untuk menghimpunkan perunding-perunding hartanah dari sektor swasta dengan pemimpin- pemimpin koperasi hartanah bagi sama-sama berbincang mencapai satu titik penyelesaian untuk membolehkan kedua-duanya bekerjasama demi manfaat bersama. Terdapat banyak koperasi di negara ini yang mempunyai tanah pusaka daripada kalangan anggotanya tetapi tiada ilmu bagaimana untuk memajukannya dan memberi pulangan kepada koperasi. Dari situlah koperasi merasakan perlunya kerjasama dengan perunding hartanah dari sektor swasta untuk memberi ilmu dan kepakaran dalam membangunan hartanah tersebut kepada sesuatu yang lebih bermanfaat. Bagaimanapun, koperasi memerlukan rakan kongsi yang bertanggungjawab dan beretika dalam menjalinkan kerjasama. Ini bagi memastikan hak dan keperluan anggota terjaga dan

26 PELANCAR Jun 2018

Pandangan Peserta

Forum sebegini sangat berguna khususnya kepada koperasi yang baru menceburkan diri dalam sektor hartanah dan mahu mengetahui secara lebih lanjut tentang selok-belok pembangunan hartanah. Koperasi saya sendiri telah menjalankan beberapa projek pembangunan hartanah dan perlukan lebih banyak ilmu serta kepakaran agar lebih maju di masa hadapan.

Tan Sri Datuk Mohd Zaman Khan @ Hassan Rahim Khan Pengerusi Koperasi Sri Nilam Berhad

Program ini sangat berfaedah kepada koperator dan mampu menjadi platform terbaik untuk bertukar pandangan, belajar perkara baharu serta menjalinkan kerjasama di antara koperasi. Mungkin ada koperasi yang mempunyai tanah dan tidak mempunyai kepakaran untuk memajukannya. Kerjasama antara koperasi dilihat mampu memberi pulangan yang menguntungkan kepada kedua koperasi.

Datuk Abd Rahim Haji Hashim Pengerusi Koperasi Alumni MKM Kuala Lumpur

Saya rasa ini adalah satu platform yang berkesan untuk mengenali koperasi-koperasi lain seterusnya menjalinkan usahasama yang memberi pulangan kepada kedua belah pihak. Di masa akan datang, mungkin ANGKASA perlu membuat bengkel atau kursus yang lebih teknikal dan terperinci tentang sektor hartanah bagi memastikan kejayaan lebih berkesan kepada koperasi yang terlibat.

Ar. Hajah Siti Norlina Abd. Malik Anggota Lembaga Koperasi Wanita Industri Binaan Bumiputera Berhad

Sesuai dengan fungsi koperasi iaitu bekerja bersama-sama demi manfaat bersama, program sebegini amat penting kepada koperasi untuk menimba ilmu dan mencari peluang kerjasama sesama koperasi. Penceramah-penceramah juga memberikan banyak info yang sangat baik untuk diaplikasikan kepada koperasi masing-masing.

Encik Kamaruzzaman Tarumizee Anggota Lembaga Koperasi Muslimin Malaysia Berhad

Bagi koperasi seperti koperasi saya yang masih belum memulakan sebarang pembangunan hartanah, program sebegini adalah sangat penting dalam memberi gambaran bagaimana kami patut bermula dan risiko-risiko yang ada selain mencari peluang kerjasama dengan koperasi-koperasi lain yang hadir.

Haji Ab Ghani Mustaffa Bendahari Koperasi Pengguna Pahang Berhad

Koperasi kami mempunyai banyak tanah-tanah pusaka terbiar milik anggota yang belum pernah dibangunkan. Jadi dengan menghadiri forum seperti ini kami memperoleh pelbagai idea dan resolusi untuk membangunkan tanah-tanah tersebut selain mencari peluang untuk bekerjasama dengan koperasi-koperasi lain untuk keuntungan bersama.

Puan Rabuna Awang Anggota Lembaga Koperasi Keluarga Azra Selangor Berhad

Sebagai salah seorang ahli panel, saya amat berbangga dan memuji langkah ANGKASA menganjurkan program ini kerana impaknya amat besar kepada koperasi-koperasi baru yang ingin menceburkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Saya berpeluang mendengar sendiri bermacam-macam masalah yang dihadapi koperasi dan kita semua akan cuba sedaya-upaya untuk mengatasinya di masa akan datang.

Dato’ Ir. Rohaizi Mohd Jusoh Pengerusi Koperasi CIDB Berhad

Jun 2018 PELANCAR

27

» Puan Maizan Ismail bersama Dato’ Abdul Fattah Abdullah serta tetamu kehormat di Majlis Diskusi Ilmu anjuran ANGKASA

Lapan Buku Terbitan ANGKASA Berada Di Pasaran Tiada buku dan pembacaan, bermakna tiada ilmu. Tiada ilmu dan tiada kesejahteraan dalam kehidupan. Buku adalah pendukung fakta paling sahih dalam konteks penyebaran ilmu. Pameran dan pesta buku sempena Hari Buku Sedunia yang dianjurkan, menunjukkan betapa pentingnya buku. Majlis Diskusi Ilmu Anjuran ANGKASA Sempena Hari Buku Sedunia 2018 Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ

Amalan suka membaca itu akan dapat mengasah minda selain, menjadikan peribadi seseorang lebih terserlah. Sekurang-kurangnya, seseorang itu digalakkan membaca kira- kira 20 buah buku setahun. Di Negara Thailand dan China, masyarakatnya menghabiskan masa selama 10 jam seminggu untuk membaca. Demi memperkasakan sektor dan ilmu koperasi terhadap

masyarakat dan ahli-ahlinya, ANGKASA melalui Bahagian Komunikasi Korporat, menerbitkan lapan buah buku berkaitan gerakan koperasi. Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Puan Maizan Ismail berkata, buku merupakan teman, dulu, kini dan selamanya, merakam peristiwa dan merupakan penghibur sejak berzaman.

Buku dianggap peneman ketika berduka dan gembira, memberi ruang untuk menikmati agama, koleksi budaya, menjadi penghubung antara manusia dan tuhan serta menjadi pencatat ilmu dari zaman silam sehingga hari ini. “Tiada sahabat paling setia melainkan buku dan bayangkan sekiranya ilmu tidak dicatat dalam buku, tidak mungkin manusia menikmati kehidupan

28 PELANCAR Jun 2018

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20 Page 21 Page 22 Page 23 Page 24 Page 25 Page 26 Page 27 Page 28 Page 29 Page 30 Page 31 Page 32 Page 33 Page 34 Page 35 Page 36 Page 37 Page 38 Page 39 Page 40 Page 41 Page 42 Page 43 Page 44 Page 45 Page 46 Page 47 Page 48 Page 49 Page 50 Page 51 Page 52 Page 53 Page 54 Page 55 Page 56 Page 57 Page 58 Page 59 Page 60 Page 61 Page 62 Page 63 Page 64 Page 65 Page 66 Page 67 Page 68

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease