Jawatankuasa
Perhubungan ANGKASA Negeri bertindak sebagai
koordinator dan dana dari ANGKASA Pusat diberikan kepada JPAN untuk menganjurkan bersama koperasi yang berkelayakan dalam menjalankan aktiviti pensijilan di bawah
Ibrahim. Beliau mencadangkan agar bilangan perwakilan di negeri setiap negeri yang layak hadir ke Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA) tidak melebihi 30 peratus ahli koperasi di negeri itu, serta ANGKASA diminta untuk memikirkan cara untuk mengesan koperasi dorman. Sementara itu, jurucakap dari Koperasi Tenaga Nasional Berhad, Wilayah Persekutuan, YM Raja Hang Tuah Raja Iskandar, mencadangkan supaya disediakan pengiktirafan untuk koperator melalui pensijilan kemahiran Malaysia.
Kementerian Sumber Manusia menurut lapan sektor koperasi. Seterusnya, mesyuarat membincangkan agenda ke empat iaitu menimbang laporan JTK ANGKASA dan JAD dari 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2017 yang akhirnya diterima dengan baik dengan beberapa cadangan antaranya, oleh Jurucakap Negeri Johor, Encik Paridul Haji Talib dari Koperasi Guru Melayu Muar Berhad. Beliau membangkitkan tentang Pindaan Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)/2001 yang melibatkan semua koperasi iaitu mulai 1 Januari 2019, semua syarikat di Malaysia termasuk koperasi yang mempunyai seorang pekerja dan ke atas akan dikenakan levi satu peratus daripada gaji. Levi itu akan digunakan untuk memberi latihan kemahiran kepada pekerja. Bagaimanapun, koperasi tidak pernah dikenakan levi tersebut, malah selama ini koperasi menyumbang dalam Tabung Kumpulan Wang Amanah
Jun 2018 PELANCAR
11
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease