Wadah PELANCAR Edisi Jun 2018

Pembangunan Koperasi (KWAPb), yang juga bertujuan untuk memberi latihan kemahiran. Sementara itu, jurucakap Negeri Kedah dari Koperasi Pemilikan Hartanah Profesional Melayu Berhad, Haji Majib Jusoh menggesa agar pihak kerajaan mewujudkan Kementerian Koperasi Negara dengan seorang menteri yang bertanggungjawab khusus terhadap koperasi bagi memastikan gerakan itu terus hebat. Encik Mohd Zainudin Othman dari Koperasi Kariah Masjid Mukim Kangkong Pasir Mas Berhad, iaitu jurucakap dari Negeri Kelantan pula mencadangkan agar ANGKASA mewujudkan tabung khairat kematian dan insurans kelompok

Takaful kepada anggota-anggota koperasi yang meninggal dunia. Pertama, tabung khairat kematian itu khusus untuk anggota-anggota koperasi di bawah naungan ANGKASA. Kedua, kadar bayaran terpulang kepada kemampuan atau wang dalam tabung. Dato’ Haji Zainab Haji Nasir, jurucakap Negeri Sembilan dari Koperasi Pembangunan Daerah Tampin Berhad mencadangkan agar Hari Koperasi Sekolah diadakan semula tetapi dipelbagaikan dengan variasi aktiviti seperti pertandingan petanque, pertandingan pidato, berbalas pantun serta menjual produk koperasi sahaja. Aktiviti tersebut boleh diperluas di peringkat daerah, negeri dan

kebangsaan. Ia bertujuan bagi menarik minat pelapis dalam kalangan belia untuk meneruskan warisan kebudayaan negara. Baju rasmi ANGKASA turut dicadangkan supaya ditukar kepada warna lain dengan kain lebih berkualiti, selain turut memberi baju korporat kepada perwakilan oleh jurucakap Negeri Pulau Pinang, Encik Syariman Alias dari Koperasi Ulul Albab Seberang Perai Berhad. Corak baju batik ANGKASA perlu dijenamakan semula dan hendaklah lebih eksklusif serta lebih berbentuk korporat. Agenda kelima iaitu menimbang dan meluluskan penyata kewangan ANGKASA, Penyata Kewangan Subsidiari dan Penyata Kewangan Yayasan

12 PELANCAR Jun 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease