Wadah PELANCAR Edisi Jun 2018

» Perwakilan turut mengunjungi gerai-gerai pameran

Selaras dengan dunia teknologi yang bergerak pantas, ANGKASA telah menawarkan promosi majalah PELANCAR digital di gerai pameran ANGKASA kepada perwakilan-perwakilan yang berminat. Promosi tersebut membolehkan anggota koperasi memuat turun majalah PELANCAR selama 12 bulan ke dalam telefon pintar dengan nilai langganan serendah RM10. Pelanggan boleh membaca atau membuat rujukan menerusi PELANCAR digital di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, KOPSYA yang membuka dua gerai pameran pada hari tersebut juga telah berjaya mendaftarkan sebanyak 60 koperasi untuk menjadi ahli. Rata-rata perwakilan yang sempat berkunjung ke gerai-gerai pameran ANGKASA kali ini menyatakan rasa berpuas hati dengan penerangan yang diberikan tentang fungsi setiap sektor dan juga terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Jun 2018 PELANCAR

15

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease