Wadah PELANCAR Edisi Jun 2018

Produk Wasiat Dan Pusaka MAAB Pilihan

Perunding Kewangan

DATO’ ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH Presiden ANGKASA

Penyediaan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) dalam meningkatkan kecekapan pentadbiran pusaka, pengamanahan individu dan pengamanahan korporat telah memberi keyakinan masyarakat terhadap usaha satu-satunya syarikat amanah milik sektor koperasi ini. Walaupun masih baru dalam industri pengamanahan, kepercayaan semua pihak terhadap jenama ANGKASA itu berjaya menjalin kerjasama perniagaan dengan pelbagai institusi bank komersil di negara ini, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan koperasi-koperasi. Sehingga kini, sebanyak 20 perjanjian bersama rakan niaga korporat yang berdaftar dilaksanakan dan hasil daripada kerjasama ini, MAAB telah berjaya menyimpan sebanyak lebih 60,000 wasiat dengan anggaran nilai aset yang bakal ditadbir sebanyak RM18 bilion. Menariknya menerusi kerjasama ini, produk wasiat dan pusaka MAAB menjadi pilihan institusi kewangan dan perunding kewangan Islam untuk ditawarkan kepada pelanggan. Oleh itu, adalah mustahak

bagi pegawai pemasaran bank/ejen pemasaran ini memiliki ilmu dan kemahiran khusus dalam menyebar luas ilmu berkaitan melalui modul lengkap ini. Melalui kerjasama antara MAAB dan Institut Perbankan & Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) ini, kira-kira 1,500 pegawai pemasaran bank/ ejen pemasaran seluruh negara dan orang ramai yang berminat bakal mendapat manfaat menerusi modul yang diperkenalkan khususnya mengenai ilmu perwarisan Islam. Modul yang ditawarkan ini menyediakan kursus berkaitan perkara asas mengenai ciri-ciri produk sehinggalah kepada proses pelaksanaan dan penghasilan di samping pendedahan kes-kes sebenar yang diharap dapat memberi kefahaman dalam kalangan pengamal dan perunding institusi kewangan ini. Selain menawarkan harga berpatutan (harga paling rendah di pasaran), pelanggan MAAB boleh meminda wasiat mereka secara percuma pada bila- bila masa. Ini adalah antara kelainan yang dibawa MAAB berbanding syarikat pengamanahan lain. Langkah proaktif MAAB melalui kerjasama yang dijalankan bersama rakan-rakan niaga yang mahir ini dapat membantu mempercepatkan proses serta memendekkan masa pengurusan harta pusaka seterusnya memberi manfaat yang lebih besar kepada pelanggan-pelanggan MAAB khususnya kepada waris-waris si mati.

Jun 2018 PELANCAR

21

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease