Wadah PELANCAR Edisi Jun 2018

ANGKASA Tawar Kediaman Untuk Anggota Koperasi

Oleh : RAHMAT MOHD DID

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) melalui anak syarikat milik penuhnya, MyANGKASA Bina Sdn Bhd (MABSB) menawarkan tujuh buah projek perumahan dengan hampir 3,000 unit kediaman yang sedia untuk dijual » Dato’ Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kiri) melancarkan buku Koleksi Kertas Kerja Seminar dan Konvensyen 2015-2017 Pembangunan Hartanah ANGKASA dan Direktori Koperasi Hartanah ANGKASA 2018. Turut sama ialah Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kanan); Encik Zulyamin Mohd Radzi (dua dari kiri); Dato’ Haji Kamarudin Ismail (kanan sekali) dan Haji Nasir Khan Yahaya (kiri sekali).

Menurut Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah, kediaman mampu milik tersebut akan memberi fokus kepada anggota koperasi di seluruh Malaysia yang masih belum memiliki rumah sendiri khususnya golongan muda. “Kita sedia maklum ramai anggota koperasi yang tidak lengkap terma dan syarat bagi mendapatkan pinjaman bank. Oleh sebab itu kita sedang membincangkan kaedah pembayaran terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut,” katanya. Menurutnya lagi, MABSB juga akan terlibat dengan lebih dari 10 projek akan datang yang merangkumi seluruh Malaysia. Tambahnya, program ini adalah sebahagian daripada usaha ANGKASA untuk membentuk

kerjasama dengan pihak swasta. Kerjasama ini perlu bagi memastikan agar pihak swasta dapat menjadi rakan kongsi koperasi atau perunding yang bertanggungjawab dan berintegriti selain dapat memikirkan kaedah terbaik berkaitan terma dan syarat yang lebih mesra koperasi dapat dipraktikkan. Beliau juga turut menggesa koperasi agar dapat bekerjasama dengan koperasi lain untuk membangun dan memajukan projek pembangunan hartanah secara bersama-sama. Pendekatan tersebut dilihat penting kerana terdapat koperasi yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam sektor ini tetapi tidak mempunyai tanah. Dato’ Abdul Fattah berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Program Forum dan Dialog

24 PELANCAR Jun 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease