Perunding Hartanah Mesra Koperasi
tidak terabai. Pihak perunding swasta juga diharap agar tidak mengekploitasi tanah-tanah milik koperasi untuk kepentingan sendiri. ANGKASA sebagai badan puncak koperasi di Malaysia sedar betapa besarnya sumbangan yang mampu diberikan koperasi hartanah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Oleh itu, kami bercadang untuk mewujudkan ‘Klinik Koperasi Hartanah’ yang berfungsi sebagai pusat setempat untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi koperasi pembangunan hartanah dari semasa ke semasa di samping menarik minat koperasi-koperasi baru untuk menceburkan diri dalam sektor pembangunan hartanah di masa hadapan. Saya juga ingin menasihatkan kepada koperasi-koperasi agar tidak terburu-buru dan bermulalah dengan projek kecil- kecilan sebelum dikembangkan kepada projek berskala besar bagi mengutip pengalaman dan melihat pulangannya terlebih dahulu. ANGKASA dengan sokongan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) akan bersama-sana memikirkan kaedah terbaik bagi membantu koperasi dalam mencapai sasaran Dasar Koperasi Negara 2 yang akan tamat pada tahun 2020 nanti. Cabaran koperasi selepas 2020 dijangka akan lebih hebat berasaskan kepada arus perubahan ekonomi negara dan dunia yang semakin mencabar.
DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Sektor Pembangunan Hartanah
Antara objektif utama program Perunding Hartanah Mesra Koperasi ini diadakan adalah untuk menghimpunkan perunding-perunding hartanah dari sektor swasta dengan pemimpin- pemimpin koperasi hartanah bagi sama-sama berbincang mencapai satu titik penyelesaian untuk membolehkan kedua-duanya bekerjasama demi manfaat bersama. Terdapat banyak koperasi di negara ini yang mempunyai tanah pusaka daripada kalangan anggotanya tetapi tiada ilmu bagaimana untuk memajukannya dan memberi pulangan kepada koperasi. Dari situlah koperasi merasakan perlunya kerjasama dengan perunding hartanah dari sektor swasta untuk memberi ilmu dan kepakaran dalam membangunan hartanah tersebut kepada sesuatu yang lebih bermanfaat. Bagaimanapun, koperasi memerlukan rakan kongsi yang bertanggungjawab dan beretika dalam menjalinkan kerjasama. Ini bagi memastikan hak dan keperluan anggota terjaga dan
26 PELANCAR Jun 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease