DARI MEJA PRESIDEN
SIDANG PENGARANG
Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah
Timbalan Presiden Haji Mutadho Bahri
Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail Haji Mohamad Azmi Omaruddin Dr. Mohd. Azlan Yahya Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah
Salam Sejahtera
Kuasa promoter dalam membantu menjana ekonomi sesebuah perniagaan sememangnya tidak pernah dinafikan. Semakin ramai promoter maka semakin kuatlah potensi atau peluang kepada perniagaan tersebut untuk lebih berjaya dalam perniagaan dan mampu terus bergerak maju ke hadapan. Namun, soal pantas atau tidak sesuatu pergerakan ekonomi tersebut sebenarnya banyak bergantung kepada keupayaan yang dimiliki selain pendekatan atau usaha yang dibuat oleh perusahaan itu sendiri dan bukannya terhadap pengguna. Kita biasa mendengar keluhan sesetengah pihak yang banyak berkisar tentang betapa susahnya untuk mendapatkan jualan, tidak yakin dengan pelanggan dan mudah lemah semangat terhadap pesaing di pasaran. Kelemahan minda seperti itu sebenarnya lebih berpunca daripada strategi perniagaan yang membebankan petugasnya. Sesuai dengan konsep berkoperasi, aktiviti pemasaran dan jualan boleh dipecahkan kepada petugas yang berbeza mengikut tahap pengetahuan, minat dan kebolehan. Tugas dalam menggamit perhatian dan seterusnya menggilap minat pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan koperasi boleh dimulakan terlebih dahulu sebelum tindakan seterusnya diambil iaitu kehadiran satu pihak lagi yang berperanan sebagai penjual. Kedua-dua pihak akan memainkan peranan yang berbeza iaitu promoter akan memastikan sasaran pelanggannya betul-betul faham dan minat dengan produk atau perkhidmatan yang dihebahkan. Setelah pelanggan tersebut menyatakan minat dan ingin mengetahui secara lebih lanjut tentang harga dan sebagainya,maka tugas menjual pula boleh dilaksanakan oleh satu pihak yang lain seperti menyediakan tawaran harga yang bersesuaian. Penjual boleh memberi tumpuan terhadap tawaran selain bijak mengendalikan sesi tawar-menawar bersama pelanggan sehingga persetujuan dicapai. Sebenarnya promoter harus memahami pelbagai perkara sampingan yang berhubung- kait dengan perniagaan yang dijalankan seperti elemen-elemen ilmiah, trend pasaran, perbandingan antara pesaing selain kaedah penyampaian yang mampu menarik perhatian pengguna. Menerusi pecahan tugas seperti itu juga, promoter tidak lagi tertekan dengan risiko kegagalan mendapatkan jualan selain dapat memberi tumpuan terhadap usaha pemasaran secara lebih meluas. Itulah kekuatan yang ada pada koperasi iaitu keanggotaan yang ramai. Apabila setiap anggota dapat memainkan peranan mengikut tugasan yang diamanahkan, kita yakin meskipun koperasi tersebut hanya dianggotai seramai 50 orang, jumlah tersebut sebenarnya sangat besar dan mampu memberikan impak lebih positif kepada koperasi itu sendiri sekiranya setiap pihak dapat bersama-sama menghulurkan tanggungjawab demi kejayaan koperasi. Justeru, jadikanlah usaha mempromosi sebagai tugas tidak rasmi setiap anggota dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap produk atau perkhidmatan koperasi dari semasa ke semasa. Semoga koperasi di Malaysia terus kekal maju dan mencapai kejayaan seperti yang diharapkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya
Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim
Pengurus Mohd Zakuan Azmi
Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor
Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com
Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd.
Jun 2018 PELANCAR
1
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease