» Puan Maizan Ismail bersama Dato’ Abdul Fattah Abdullah serta tetamu kehormat di Majlis Diskusi Ilmu anjuran ANGKASA
Lapan Buku Terbitan ANGKASA Berada Di Pasaran Tiada buku dan pembacaan, bermakna tiada ilmu. Tiada ilmu dan tiada kesejahteraan dalam kehidupan. Buku adalah pendukung fakta paling sahih dalam konteks penyebaran ilmu. Pameran dan pesta buku sempena Hari Buku Sedunia yang dianjurkan, menunjukkan betapa pentingnya buku. Majlis Diskusi Ilmu Anjuran ANGKASA Sempena Hari Buku Sedunia 2018 Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ
Amalan suka membaca itu akan dapat mengasah minda selain, menjadikan peribadi seseorang lebih terserlah. Sekurang-kurangnya, seseorang itu digalakkan membaca kira- kira 20 buah buku setahun. Di Negara Thailand dan China, masyarakatnya menghabiskan masa selama 10 jam seminggu untuk membaca. Demi memperkasakan sektor dan ilmu koperasi terhadap
masyarakat dan ahli-ahlinya, ANGKASA melalui Bahagian Komunikasi Korporat, menerbitkan lapan buah buku berkaitan gerakan koperasi. Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Puan Maizan Ismail berkata, buku merupakan teman, dulu, kini dan selamanya, merakam peristiwa dan merupakan penghibur sejak berzaman.
Buku dianggap peneman ketika berduka dan gembira, memberi ruang untuk menikmati agama, koleksi budaya, menjadi penghubung antara manusia dan tuhan serta menjadi pencatat ilmu dari zaman silam sehingga hari ini. “Tiada sahabat paling setia melainkan buku dan bayangkan sekiranya ilmu tidak dicatat dalam buku, tidak mungkin manusia menikmati kehidupan
28 PELANCAR Jun 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease