Ke Arah Memantapkan Perniagaan Koperasi Sekolah
Memberi pendedahan mengenai keperluan penyusunan semula pendekatan ke arah kecemerlangan perniagaan koperasi sekolah kepada pihak pentadbiran dan pengurusan koperasi.
Proses Pemantapan Tadbir Urus Koperasi Sekolah
Membangkitkan isu berhubungkait dengan kekurangan ilmu koperasi, pengalaman dan kemahiran. Justeru, cadangan memperkasakan tadbir urus koperasi perlu diberi perhatian oleh ALK dan pihak pengurusan.
Jati Diri Koperasi : Penerapan, Pengamalan Dan Manfaatnya Dalam Koperasi Sekolah
Memastikan imej dan identiti koperasi dititikberatkan dalam berkoperasi. Ini kerana keseimbangan antara usaha meningkatkan perolehan dengan pembentukan nilai koperasi amat penting. Buku ini juga menjelaskan keperluan penekanan tadbir urus koperasi.
Memperkasakan Mesyuarat Dalam Gerakan Koperasi
Buku ini mengupas kepentingan bermesyuarat dengan mencadangkan ALK dan pengurusan membentuk penyediaan bermesyuarat serta melaksanakan keputusan yang dicapai.
Sejak diterbitkan, buku-buku tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti, terutama koperator. Justeru, bagi memudahkan koperator mendapatkan buku-buku tersebut, ANGKASA akan berusaha meluaskan jualannya dengan memasarkannya di kedai-kedai buku. Buat masa ini, buku-buku tersebut boleh diperoleh di Ibu Pejabat ANGKASA di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, selain di gerai-gerai pameran kursus dan seminar. Setakat ini, ia dijual dalam bentuk buku dan akan dijual dalam bentuk digital tidak lama lagi, selain diperluaskan edarannya di pasaran.
Jun 2018 PELANCAR
31
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease