Pembacaan Membentuk Kejituan Minda Insan Dalam program yang sama, sebuah Majlis Diskusi Ilmu anjuran ANGKASA turut berlangsung dengan tema ‘Pembacaan Membentuk Kejituan Minda Insan’. Diskusi tersebut dikupas oleh tiga panelis yang terdiri daripada Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Pengurus Besar Penerbitan Kumpulan Buku Karangkraf, Puan Sri Diah Shaharuddin serta novelis terkenal, Encik Ramlee Awang Murdshid manakala Pegawai Tugas Khas Kumpulan Media Karangkraf, Encik Hashim Anang berperanan sebagai moderator . Membaca ataupun menimba ilmu, ternyata dapat mengukuhkan minda dan membawa kepada pembentukan kejituan minda insan. Maklumat yang ada membolehkan sesiapa berhujah dengan tepat beserta dalil dan bahan bukti yang dikumpul melalui sumber-sumber yang dibukukan atau didigitalkan. Perubahan teknologi yang pesat masa kini, ternyata banyak membantu pelajar serta masyarakat ke arah meningkatkan bahan bacaan, sama ada bahan bacaan bercetak atau dibukukan, mahupun digital. Pelbagai kemudahan sentiasa terbuka, menyediakan ruang platform kepada penulis-penulis baru dan ia dapat membantu penulis-penulis muda mengembangkan bakat, cendiakawan menambah ilmu bagi mencipta lebih banyak kejayaan dan banyak lagi.
32 PELANCAR Jun 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease