Wadah PELANCAR Edisi Jun 2018

Terap Budaya Integriti Dalam KOSISWA Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Usaha dalam menyalurkan mesej dan mendapatkan komitmen kepimpinan ke arah membanteras gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam tadbir urus koperasi siswa atau KOSISWA di negara ini membuktikan keseriusan ANGKASA menegakkan budaya integriti hingga ke peringkat akar umbi dipuji. Susulan inisiatif ANGKASA memberi pendedahan dan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam kalangan koperasi dewasa, usaha tersebut diteruskan oleh ANGKASA dengan melibatkan golongan koperator muda yang menghimpunkan sekumpulan siswa siswi dalam Konvensyen Koperasi Siswa Malaysia (KOSISWA) Peringkat Kebangsaan 2018.

» Koperator siswa menunjukkan tanda ‘Katakan Tidak Kepada Rasuah’.

Konvensyen tersebut yang berlangsung selama tiga hari dari 6 hingga 8 April 2018 telah menyaksikan kehadiran seramai 93 mahasiswa dari beberapa buah pusat pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara. Mereka telah melafazkan IBR sebagai tanda menolak rasuah sekali gus menanam perasaan benci kepada jenayah rasuah dan salah guna kuasa. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato’ Mohd Alias Hamzah yang mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Dalam ucapan yang dibacakannya, beliau menyatakan bahawa KOSISWA adalah sebuah badan koperasi yang diwakili pendidik dan mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) dalam membentuk budaya keusahawanan koperasi.

34 PELANCAR Jun 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease