Konvensyen KOSISWA Kebangsaan 2018
Malaysia (KOSISMA) menaruh harapan yang tinggi supaya masa depan KOSISWA terus cemerlang dan menjadi pemangkin kepada kesinambungan gerakan koperasi negara sama ada di persada negara mahu pun di peringkat antarabangsa. Konvensyen KOSISWA Kebangsaan 2018 yang merupakan program kerjasama antara ANGKASA dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berjaya memperlihatkan komitmen dan penglibatan menyeluruh koperator muda dari 11 buah IPTA seluruh negara menerusi pengisian program yang bermanfaat. Program selama tiga hari itu menyaksikan beberapa pembentangan kertas kerja telah dijayakan seperti “Dasar Dan Hala Tuju Keusahawanan IPT”, “Peluang Perniagaan Koperasi Siswa”, “Tadbir Urus Koperasi”, “Integriti Dalam Pengurusan Koperasi”, sesi forum bertajuk “Cabaran Koperasi KOSISWA IPT”, Bengkel Rancangan Perniagaan dan Pembentangan Rancangan Perniagaan.
» Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi KOSISMA menyerahkan Borang Sahabat Gerah SPRM kepada Pengarah SPRM Negeri Selangor, Dato’ Haji Alias Salim.
Jun 2018 PELANCAR
37
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease