Konvensyen KOSISWA Kebangsaan 2018
REAKSI
Penganjuran konvensyen ini dapat melatih peserta terutamanya KOSISWA mengenai kepentingan dan manfaat kerja berpasukan kerana kemajuan sesebuah koperasi bertunjang kepada konsep “Bekerja Bersama-Sama, Demi Manfaat Bersama” yang menggambarkan ikatan warga koperasi membantu antara satu sama lain demi manfaat bersama.
Masithah Amirah Mansor, KOSISWA UIAM Berhad
Pengisian konvensyen menerusi bengkel rancangan perniagaan dan pembentangan rancangan perniagaan membuka minda koperator siswa untuk merangka rancangan perniagaan koperasi dan bagaimana menyediakan kertas kerja rancangan perniagaan yang baik. Melalui pembelajaran penyediaan kerta kerja perniagaan ini, ia membolehkan koperator belajar banyak perkara yang diperlukan untuk menjadi usahawan yang berjaya. Ilmu ini penting kerana ia mengandungi tips berkesan dalam menangani masalah yang berkemungkinan timbul ketika mula menjalankan perniagaan.
Mohamad Fakhrudin Mahmud, KOSISWA UTM Berhad
Ilmu mengenai jati diri koperasi, peranan dan tanggungjawab anggota perlu lebih menyeluruh dalam merealisasi kejayaan koperasi terutamanya koperasi di peringkat pengajian tinggi. Kecemerlangan koperasi di peringkat ini sudah pasti akan membentuk jati diri dan pengamalan nilai-nilai murni anggota untuk dibawa ke peringkat koperasi dewasa apabila tamat pengajian kelak. Ia amat penting bagi memastikan imej dan identiti koperasi dititikberatkan dalam berkoperasi.
Muhammad Akmal Faisal, KOSISWA UPM Berhad
Minat keusahawanan boleh dipupuk secara lebih konsisten dan konsep keusahawanan dalam koperasi adalah wadah kepada pendedahan konsep berkoperasi yang sebenar. Rata-rata peserta berpeluang mengenali dan mempelajari selok belok perniagaan untuk meningkatkan pengalaman, kemahiran dan ilmu anggota kerana ia tidak didedahkan di dalam bilik darjah mahupun kelas pengajian.
Nur Aldan Abd. Lasa, KOSISWA UIAM Berhad
Usaha ANGKASA memberi pendedahan terhadap ilmu integriti dan rasuah di peringkat koperasi siswa wajar diberi pujian kerana ia berkait rapat dengan jati diri koperasi. Pendedahan awal di peringkat sekolah dan pengajian tinggi dapat membantu memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa pengurusan koperasi telus dan jauh daripada sebarang gejala yang menyalahi undang-undang
Nur Azierah Dawam, KOSISWA UMT Berhad
Tadbir urus koperasi yang baik dapat memantapkan pengurusan koperasi secara lebih bersistematik. Melalui perkongsian pengalaman daripada panel bertauliah dalam konvensyen ini, ia membuka ruang kepada koperator untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam menjalankan tadbir urus koperasi. Perkongsian ilmu itu sedikit sebanyak berupaya mendidik koperator dalam mempelajari, memahami dan menghayati seterusnya mengamalkan perkara-perkara yang dititikberatkan dalam tadbir urus koperasi.
Nur Liyana Mohd Izan, KOSISWA UIAM (Kuantan) Berhad
38 PELANCAR Jun 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease