Program Memperkasakan Pemasaran Produk Koperasi - Skala Besar
“100 Product Champion” Masuk Pasaran Giant Oleh : NADIAH KAMARUDIN Produk-produk koperasi yang dibangunkan menerusi Program “100 Product Champion” bakal dijual di pasaraya Giant seluruh negara melalui satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara ANGKASA dengan syarikat e-dagang, AmaxMall Sdn. Bhd.
Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Peruncitan dan Pemborongan ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, usaha sama tersebut menunjukkan Program “100 Product Champion” yang telah digerakkan oleh ANGKASA sejak 2014 berjaya melonjakkan imej dan kualiti produk-produk koperasi setanding dengan produk-produk lain di pasaran. Sebagai permulaan, sebanyak 27 Unit Simpanan Stok (SKU) atau sembilan
» Dato’ Haji Kamarudin Ismail (tiga dari kiri) dan Ketua Pengarah Eksekutif AmaxMall Sdn. Bhd., Datin Dr. Nik Sarina Hashim menunjukkan dokumen perjanjian persefahaman (MoU) yang dimeterai antara ANGKASA dengan AmaxMall Sdn. Bhd.
jenama daripada lapan buah koperasi kini dipasarkan di 30 cawangan Giant di sekitar Lembah Klang. ANGKASA terus bergerak proaktif selari dengan Deklarasi Putrajaya yang telah menggariskan ANGKASA bertanggungjawab ‘Merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi’. Menurut beliau, ini bukan kali pertama produk-produk “100 Product Champion” berjaya menembusi pasaran tempatan, malah ada di antaranya yang telah berjaya dieksport ke Brunei dan Singapura. Sehubungan itu katanya, sokongan padu daripada
» Dr. Mohd Azlan mempengerusikan Perbincangan Meja Bulat Pusat Pengedaran ANGKASA
40 PELANCAR Jun 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease