» Dato’ Haji Kamarudin Ismail bergambar bersama keluarga besar Program “100 Product Champion”. Turut sama ialah Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya (duduk tiga dari kiri); Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perniagaan Koperasi, Datuk Hj. Abdullah Hj. Jusoh (duduk paling kanan) dan Pengurus Besar Sektor Peruncitan dan Pemborongan ANGKASA, Haji Anuar Bulin (duduk dua dari kiri).
» Peserta-peserta yang dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengadakan Perbincangan Meja Bulat: Persediaan Pemasaran Produk Koperasi Berskala Besar – “Harga, Kualiti, Kapasiti & Respond Time” bersama moderator yang terdiri daripada Naib-Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omarudin dan Dr. Mohd. Azlan Yahya; Datuk Haji Abdullah Jusoh dan Haji Anuar Bulin.
» Antara peserta yang membentangkan kertas cadangan
koperasi amat diperlukan bagi memastikan ANGKASA terus dapat memainkan peranannya di peringkat nasional dan antarabangsa. Majlis menandatangani memorandum tersebut berjalan serentak dengan ‘Program Memperkasakan Pemasaran Produk Koperasi – Skala Besar’ anjuran ANGKASA yang berlangsung pada 2 hingga 4 Mei lalu di MyANGKASA Akademi & Resort, Langkawi.
Program yang dihadiri seramai 50 peserta daripada 23 buah koperasi yang menyertai Program “100 Product Champion” sejak tahun 2014 sehingga kini itu turut disertai empat buah koperasi yang dilantik oleh ANGKASA sebagai Pusat Pengedaran (DC) iaitu : 1. Koperasi Pembangunan Ummah Kelantan Berhad 2. Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Kedah Berhad 3. Koperasi Emas Tawau Sabah Berhad 4. Koperasi An Nur Geliga Kemaman Berhad Turut hadir dalam program tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin; Naib Presiden ANGKASA merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sektor Peruncitan dan Pemborongan Dr. Mohd. Azlan Yahya dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 2, Haji Mansor Ab. Rahman.
Jun 2018 PELANCAR
41
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease