Program Memperkasakan Pemasaran Produk Koperasi - Skala Besar
Oleh : NADIAH KAMARUDIN Koperasi Perlu Keluar Dari Pemikiran Di Takuk Lama Produk-produk koperasi di bawah Program “100 Product Champion” yang bakal memasuki pasaraya Giant adalah antara hasil usaha berterusan ANGKASA dalam memartabatkan produk, perkhidmatan dan perniagaan koperasi.
menyasarkan pasaran produk mereka hanya untuk masyarakat desa sedangkan produk mereka mampu untuk dipasarkan di pasaraya besar kerana mempunyai kualiti yang tinggi, malah setanding dengan produk yang sedia ada di pasaran. Tidak salah untuk koperasi meletakkan sasaran pasaran yang kecil atau sederhana pada permulaan perniagaan, tetapi mereka perlu mempunyai impian untuk menembusi pasaran yang lebih besar seiring dengan perkembangan perniagaan mereka. Sehubungan itu, anggota koperasi perlu keluar dari takuk pemikiran lama dan mempunyai daya saing yang tinggi, yakni antara ciri-ciri asas yang menjadikan sesebuah perniagaan itu berjaya. Berdasarkan penelitian ANGKASA, kebanyakan koperasi juga dilihat mempunyai kelemahan dari segi kapasiti dan keupayaan untuk mengeluarkan produk dalam skala yang besar. Kesannya, koperasi dilihat seperti tidak bersedia untuk memenuhi jumlah pesanan yang tinggi. Koperasi juga seharusnya tidak lalai dan cepat berpuas hati dengan meraih pendapatan daripada pasaran domestik sahaja, malah koperasi perlu merebut peluang perniagaan secara digital yang bukan sahaja pantas dan menjimatkan kos serta mempunyai aliran yang tinggi dan tidak mengiktiraf sempadan. ANGKASA sentiasa memberi galakan kepada koperasi untuk menggunakan platfrom e-dagang sebagai langkah permulaan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka ke peringkat antarabangsa. Menyedari akan kepentingan menguasai kemahiran Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) dalam kalangan warga koperasi, ANGKASA melalui Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA giat menganjurkan beberapa bengkel seperti Bengkel Pembangunan Laman Web Koperasi, Bengkel e-Usahawan Koperasi dan Bengkel e-Dagang Shopping Chart & E-niaga Coop.
DATO’ HAJI KAMARUDIN ISMAIL Naib Presiden ANGKASA
Usaha tersebut tidak berhenti setakat itu sahaja, malah ANGKASA akan terus memperkemaskan strategi dan gerak kerja supaya keyakinan masyarakat terhadap produk buatan koperasi akan terus meningkat. Namun begitu, kita perlu mengakui bahawa sehebat mana pun usaha yang digerakkan oleh ANGKASA, agak sukar untuk produk koperasi pergi lebih jauh jika koperasi itu sendiri tidak mempunyai inisiatif dan semangat yang kental untuk memajukan perniagaan mereka. Kebanyakan koperasi, terutama yang terlibat dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
42 PELANCAR Jun 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease