Wadah PELANCAR Edisi Jun 2018

Program Memperkasakan Pemasaran Produk Koperasi - Skala Besar

Oleh : NADIAH KAMARUDIN Pengguna Perlu Dorongan Kuat Untuk Beli Produk Koperasi Koperasi perlu mempunyai pelan hala tuju pemasaran yang lebih luas sebagai langkah awal bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan juga sebagai persediaan dalam menghadapi keadaan sosioekonomi pengguna serta budaya permintaan yang tidak menentu.

Persaingan yang sengit dalam pasaran juga seharusnya mendorong koperasi untuk berfikir secara kreatif dan inovatif bagi memastikan produk mereka tidak ketinggalan berbanding produk pesaing atau tidak lagi kompetitif di pasaran. Peluang koperasi untuk bersama-sama menyertai pasaran terbuka sentiasa terbuka, namun koperasi perlulah bersedia untuk menghasilkan produk yang berupaya memenuhi kriteria pasaran dan kehendak pengguna. Cabaran dari segi kewangan tidak seharusnya dijadikan sebagai alasan untuk koperasi tidak menjalankan usaha bagi memperbaiki kelemahan yang wujud dalam perniagaan mereka. Masalah seperti kekurangan tenaga pekerja dan kos pembelian mesin yang mahal perlu ditangani dengan sewajarnya supaya permintaan dapat segera dipenuhi selain mengutarakan permasalahan yang timbul kepada ANGKASA bagi bersama-sama mencari kaedah terbaik dalam menangani proses pengeluaran dan penghantaran produk kepada pelanggan. Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad atau KOPSYA juga sedia membantu koperasi dengan menawarkan pakej-pakej pembiayaan yang bersesuaian untuk membantu melonjakkan pengeluaran produk koperasi berasaskan kepada saiz permintaan dan kapasiti pengeluaran yang dihasratkan. Biasanya antara cabaran yang sering dihadapi oleh koperasi adalah untuk meyakinkan pelanggan bahawa kualiti produk atau perkhidmatan mereka lebih hebat atau setanding dengan yang sedia ada di pasaran. Harga yang tidak kompetitif juga adalah antara sebab mengapa produk koperasi tidak

HAJI MOHAMAD AZMI OMARUDDIN Naib Presiden ANGKASA

mendapat sambutan pengguna. Hal ini mungkin terjadi kerana mereka tidak dapat menilai dan tidak yakin dengan produk keluaran koperasi berbanding produk-produk lain yang lebih terkenal dan popular di pasaran yang banyak dibantu oleh publisiti, periklanan dan sebagainya. Justeru, koperasi perlu mengambil kira kesemua faktor tersebut selain yakin bahawa menerusi dorongan yang kuat dan semangat yang berterusan, koperasi akan mampu meyakinkan pengguna untuk akhirnya membeli produk keluaran koperasi.

Jun 2018 PELANCAR

43

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease