Program Memperkasakan Pemasaran Produk Koperasi - Skala Besar
Program kali ini memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan untuk mengadakan perbicangan terbuka bersama ANGKASA bagi membincangkan cabaran yang kami hadapi dari segi kapasiti pengeluaran dan bekalan bahan mentah.
Ruszan Musa Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu Berhad
Sebagai antara koperasi terawal yang menyertai Program “100 Product Champion”, saya berasa bangga sekali dengan usaha dan inisiatif yang selama ini diambil oleh ANGKASA untuk memartabatkan produk buatan koperasi di dalam dan luar negara.
Rosli Ariffin Koperasi Usahawan Groom Big Kelantan Berhad
ANGKASA telah banyak membantu koperasi dalam membangunkan produk dan perkhidmatan mereka. Namun koperasi diharap supaya tidak terlalu leka dengan bantuan dan bimbingan yang diberikan.
Produk-produk di bawah Program “100 Product Champion” yang bakal dipasarkan di pasar raya Giant akan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali produk buatan koperasi.
Abd Razak Hamid Koperasi Insan Mulia Berhad
Mansor Hashim Koperasi Inang Suri Kedah Berhad
Produk koperasi bakal memasuki pasaran Giant memberi inspirasi kepada kami untuk bekerja lebih keras lagi supaya pengguna menyedari produk koperasi tidak kurang hebatnya berbanding dengan produk yang sedia ada di pasaran.
Sarina Che Ya Koperasi Usahawan Groom Big Pulau Pinang Berhad
Saya berasa bangga dengan inisiatif ANGKASA mengumpulkan semua koperasi yang menyertai Program “100 Product Champion” dari tahun 2014 sehingga kini kerana kami dapat mengenali antara satu sama lain dan berkongsi kisah kejayaan koperasi masing-masing.
Sayed Mashor Sayed Ahmad Koperasi Usahawan Groom Big Kelantan Berhad
Saya rasa berpuas hati dengan program ANGKASA kali ini kerana koperasi dapat menyuarakan segala isu dan cabaran yang dihadapi dan kami duduk semeja bersama-sama dengan pihak ANGKASA untuk berbincang bagi mencari jalan penyelesaian.
Mohsin Mokhtar S.Z Koperasi Keluarga Kandaserah Bentong Berhad
Syabas kepada ANGKASA kerana telah memainkan peranannya sebagai Badan Puncak Gerakan Koperasi dengan begitu berkesan sekali.
Wan Mohd Yusof Ali Koperasi Usahawan IAT Berhad
Kemasukan produk “100 Product Champion” ke pasar raya Giant menunjukkan ANGKASA benar-benar prihatin dengan koperasi dan mahu melihat lebih banyak lagi kejayaan dapat diraih.
Norhaizan Shood Koperasi Usahawan IAT Berhad
Jun 2018 PELANCAR
45
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease