Wadah PELANCAR Edisi Jun 2018

kemudian menukarkannya kepada hadiah atau diskaun untuk barang-barang tertentu tetapi apa yang membezakannya adalah, pemilik hanya perlu membawa satu kad sahaja untuk menikmati mata ganjaran dari lebih 500 pedagang berdaftar di seluruh negara,” jelasnya. Beliau berharap agar lebih banyak koperasi sekolah mengikuti program ini kerana selain banyak manfaat yang boleh diperolehi, ia juga selari dengan hasrat kerajaan dan ANGKASA yang mahu koperasi sekolah melibatkan diri dalam sektor perniagaan berimpak tinggi. Program MyKad Smart Shopper adalah program gabungan ( affiliate) yang direka khas untuk mengaplikasikan MyKad dalam mempromosikan industri peruncitan dan e-dagang di negara ini. Program ini membuktikan iltizam dan komitmen antara kedua-dua organisasi iaitu ANGKASA dan I Synergy International (M) Sdn Bhd bagi membantu meningkatkan lagi kecemerlangan koperasi sekolah di tahap terbaik. Program ini adalah berdasarkan kitaran pemasaran di antara tiga pihak iaitu affiliate , peniaga dan pengguna yang mana affiliate akan menggalakkan pengguna berdaftar sebagai ahli MyKad Smart Shopper untuk membuat perbelanjaan di kedai-kedai yang mengambil bahagian. Setiap pembelian akan memberikan mata ganjaran yang boleh ditebus guna untuk mendapatkan barangan atau hadiah menarik, malah, penjimatan MyKad Smart Shopper ini juga boleh dinikmati secara atas talian dengan adanya MSS Online.

Menurut Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin, pengetua selaku pengerusi koperasi sekolah mempunyai peranan penting untuk memastikan sasaran tersebut dapat dicapai seterusnya menambahkan perolehan pendapatan koperasi masing-masing. “Program MyKad Smart Shopper merupakan satu projek perniagaan jalinan kerjasama antara MyANGKASA Services Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat milik penuh ANGKASA dengan I Synergy International (M) Sdn Bhd sebagai satu jambatan untuk membuka pintu perniagaan kepada koperasi- koperasi menjana pendapatan.” Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Pelancaran MyKad Smart Shopper Koperasi Sekolah Menengah Bukit Jelutong Shah Alam Berhad di Shah Alam. Turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Encik Abdul Ghaffar Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan I Synergy Limited, Dato’ Lawrence Teo dan Pengetua SMK Bukit Jelutong, Puan Badariatul Jamal Mohd Hasnan. Tambah Haji Mohamad Azmi Omaruddin lagi, program MyKad Smart Shopper ini merupakan satu program membeli- belah dengan menggunakan MyKad sebagai alternatif untuk menikmati diskaun pembelian pada harga jauh lebih murah. Pemegang-pemegang MyKad yang didaftarkan sebagai anggota gabungan Affiliate Junction (AJ) berpeluang menikmati keistimewaan di kedai koperasi atau kedai-kedai yang berdaftar serta kedai ‘e-dagang smart saver’. Program ini adalah lebih kurang sama seperti kad loyalti lain. Pemegang kad boleh mengumpul mata ganjaran dan

» Bergambar dengan guru-guru dan pelajar SMK Bukit Jelutong, Shah Alam.

Jun 2018 PELANCAR

47

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease