Wadah PELANCAR Edisi Jun 2018

Perniagaan Kiosk Mampu Rancak Ekonomi Koperasi Sekolah

Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, perniagaan berkonsepkan kiosk yang diusahakan oleh koperasi sekolah menunjukkan pencapaian yang semakin membanggakan. Sejak dilaksanakan, konsep perniagaan kiosk menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada koperasi sekolah selain mendapat sokongan dan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Katanya, sebanyak 90 kiosk koperasi sekolah di serata negeri telah berjaya dibangunkan setakat ini di bawah bimbingan ANGKASA. Sepanjang tahun lalu sahaja, sebanyak 28 buah kiosk telah dibuka melibatkan sembilan buah koperasi sekolah dan terdapat 20 buah kiosk lagi yang masih dalam proses pelaksanaan. ANGKASA akan meletakkan kiosk koperasi sekolah di bawah satu label atau jenama COOP NIAGA bagi membantu memperkasakan lagi konsep perniagaan tersebut dalam aktiviti koperasi sekolah di Malaysia.

» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah bersama tetamu dan pengurusan koperasi selepas menandatangani plak perasmian Kiosk.

Menurut beliau, Koperasi SMK (P) Pasir Mas, Kelantan Berhad mengoperasikan sebanyak 10 buah kiosk manakala Koperasi SMK Kota Berhad pula sebanyak lima buah kiosk. “ANGKASA amat mengambil berat mengenai pembangunan koperasi sekolah setelah diberi kepercayaan SKM. Iaitu membantu membangunkan perniagaan koperasi di bawah Deklarasi Putrajaya,” ujarnya lagi. Dato’ Abdul Fattah yakin banyak lagi koperasi sekolah berpotensi ke arah mencapai pendapatan tinggi hampir RM1 juta, sepertimana Koperasi MRSM Kepala Batas Berhad, MRSM Kubang Pasu Berhad, KV Tanah Merah Berhad, MRSM Taiping Berhad, MRSM Batu Pahat Berhad dan SMK Kota Berhad.

» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah bersama ALK/ pelajar di kedai koperasi.

» Hajah Yusni Abdul Murad mempengerusikan Mesyuarat Tahunan Koperasi bersama ALK.

48 PELANCAR Jun 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease