Wadah PELANCAR Edisi Jun 2018

sekaligus menarik minat koperasi untuk menyerap belia- belia tersebut dalam dunia pekerjaan. Remaja mendapat pendidikan, pengalaman kerja, malah kemahiran berniaga di koperasi sekolah. Koperasi sekolah lazimnya, terlibat dalam kepenggunaan dengan menyediakan keperluan persekolahan seperti pakaian seragam, alat tulis dan lain-lain serta kafetaria atau terlibat dalam pengeluaran pada harga patut. Sebagai contoh, Koperasi Sekolah Rendah Mohale Hoek Hortikultur melalui program perintis menawarkan gabungan kerjaya dan pengalaman kerja. Pelajar bukan sahaja belajar bagaimana untuk mengembangkan penanaman, penghasilan, pemasaran dan penjualan sayur-sayuran tetapi juga mengamal prinsip bantu diri dan prihatin pada alam sekitar. Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Majlis Penutupan Mesyuarat Agung 2018 dan Majlis Pelancaran ‘School Entreprise” koperasi tersebut di Dataran Kejat, Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, Rembau, Negeri Sembilan, April lalu. Harapan beliau agar pelancaran kiosk itu akan memberi impak dan kejayaan besar kepada komuniti Kolej Vokasional itu secara khasnya dan gerakan koperasi amnya. Turut hadir ialah Pembantu Ehwal

Walaupun fokus utama kepada pembangunan perniagaan, namun ANGKASA percaya pelajar yang terlibat dalam koperasi akan mendapat pelajaran dan pendidikan dari pelaksanaan perniagaan itu. Ia umpama serampang tiga mata iaitu pendidikan, anggota berilmu yang mampu membangunkan koperasi dan mampu memajukan perniagaan koperasi. Koperasi sekolah diakui sebagai tempat terbaik untuk membina kemahiran dan semangat keusahawanan dalam kalangan generasi muda. Di luar negara, koperasi menjadi pilihan untuk pelajar-pelajar membuat latihan praktikal dan menimba pengalaman bekerja, sepertimana yang berlaku di Ontario, Kanada. Kajian yang dijalankan oleh gerakan koperasi di negara itu telah mengesahkan keberkesanan program latihan itu apabila hampir 60 peratus daripada pelatih telah berjaya mendapat pekerjaan sepenuh masa atau kontrak dengan koperasi setelah selesai 26 minggu latihan. Di Itali pula, satu program inovatif menempatkan belia-belia dalam koperasi dan perusahaan sosial telah dijalankan sebagai satu bentuk keperluan terhadap perkhidmatan awam. Program tersebut telah memberi impak positif kepada budaya niaga koperasi dan pendidikan

Ekonomi SKM Negeri Sembilan, Encik Suhdi Abdullah; Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Murid, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Encik Mohd Nazri Ab Aziz; Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan, Dato’ Ibrahim Abdullah dan Naib Pengerusi Koperasi Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, Rembau Berhad, Hajah Yusni Abdul Murad.

» Sekitar majlis di mana Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan dan Kiosk Koperasi serta melawat gerai-gerai pameran.

Jun 2018 PELANCAR

49

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease