Wadah PELANCAR Edisi Jun 2018

Kiosk Koperasi Latih Pelajar Berniaga

Oleh : AIZAL AZIZAN SAJARI

ANGKASA berusaha memperkasakan perniagaan kiosk kepada koperasi sekolah, yang kini telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan sejak mula dilancarkan dua tahun yang lalu.

Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, konsep perniagaan kiosk yang ditawarkan ANGKASA mendapat sambutan menggalakkan daripada koperasi sekolah dalam usaha mereka untuk meningkatkan perolehan selain mempelbagaikan produk jualan dan aktiviti koperasi. Katanya, ANGKASA berhasrat untuk melahirkan lebih banyak koperasi sekolah yang dapat menjana pendapatan melebihi RM1 juta. Hasrat

tersebut tidak mustahil kerana terdapat beberapa buah sekolah di negara ini yang telah berjaya mencapai perolehan yang tinggi dan mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Negeri. Tambah beliau lagi, guru-guru seharusnya menjadi mentor kepada para pelajar dalam perniagaan koperasi sekolah. “Pencapaian pelajar tidak di nilai dari segi pelajaran semata-mata, tetapi lebih kepada

» Haji Baharuddin Ahmad Pengerusi koperasi

kokurikulum dan penglibatan dalam perniagaan koperasi untuk membina kemahiran dan keusahawanan dalam kalangan generasi muda.

50 PELANCAR Jun 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease