Wadah PELANCAR Edisi Jun 2018

Katanya, idea untuk membina CoopMart dan Kiosk tercetus kerana koperasi sekolah ingin melahirkan idea baharu untuk anggota bagi memantapkan koperasi. “Tujuan Pembinaan CoopMart dan Kiosk ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai keusahawanan dalam kalangan warga sekolah dan meluaskan aktiviti perniagaan kepada komuniti setempat,” ujarnya. Tambahnya, CoopMart tersebut siap pembinaannya pada 3 Ogos 2017 melibatkan perbelanjaan sebanyak RM45,812.07 manakala Kiosk empat pintu pula siap sepenuhnya pada 31 Oktober 2017 dengan kos RM52,240. Bilangan keanggotaan koperasi kini mencecah 861 orang melibatkan pelajar, guru dan kakitangan. Bertemakan ‘Perniagaan Satu Sunnah, Keuntungan Kongsi Bersama’, keuntungan yang diperoleh oleh koperasi ini akan disalurkan semula untuk pembangunan dan kecemerlangan sekolah. Menurut beliau, pada tahun 2017, pendapatan yang diperoleh oleh koperasi adalah sebanyak RM238,470.40 dengan keuntungan sebanyak RM34,521.39. Antara perniagaan yang dijalankan oleh CoopMart adalah seperti makanan, minuman, alat tulis, pakaian sukan, barangan keperluan diri, buku ulangkaji, bahan masakan, bahan pencuci dan keperluan asrama. Manakala Kiosk empat pintu pula menyediakan perkhidmatan percetakan fotostat, binding, laminate, menjual chicken pop corn, ice blended , keropok lekor, wedges, wafer , dim sum dan minuman sejuk.

“Tugas ini menjadi tugas bersama kepada kita semua. Saya mengharapkan dengan adanya Kiosk & CoopMart ini, pelajar-pelajar bukan sahaja akan mendapat pendidikan dan pengalaman kerja melalui koperasi sekolah, malah mereka juga dapat diberi pendedahan dan kemahiran dalam menjalankan perniagaan,” ujar beliau. Dato’ Haji Kamarudin berkata demikian sewaktu berucap dalam Majlis Perasmian KIOSK & COOPMART Koperasi SMK Sri Muda Penaga Pulau Pinang Berhad di Pulau Pinang. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Encik Mohammad Rafie Yaakob; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang, Encik Mohd Jamil Othman dan Timbalan Pengerusi Koperasi SMK Sri Muda Penaga Berhad, Haji Azizan Said. Sementara itu,Pengetua SMK Sri Muda Penaga merangkap Pengerusi Koperasi SMK Sri Muda Penaga Berhad, Haji Baharuddin Ahmad berkata, untuk mewujudkan pengurusan koperasi yang berkualiti adalah perlu bagi koperasi SMK Sri Muda Penaga Berhad memperluaskan corak perniagaannya.

Jun 2018 PELANCAR

51

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease