Dato’ Haji Kamarudin Ismail Terima Anugerah ‘Tokoh Guru’
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
» Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat UPSI turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan pensyarah dan para mahasiswa UPSI.
Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 16 Mei lalu. Anugerah tersebut telah disampaikan sendiri oleh Naib Canselor UPSI, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, UPSI di Tanjung Malim, Perak.
» Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran (kanan) menyampaikan anugerah Tokoh Guru kepada Dato’Haji Kamarudin Ismail.
Dato’ Haji Kamarudin Ismail yang memiliki latar belakang pendidikan sebagai seorang guru sebelum ini pernah mewakili Malaysia dalam persidangan “Voice of the Future Apec” di Santiago, Chile selain membentangkan kertas kerja di 10th Asia- Pacific Co-operative Minister’s Conference 2017. Antara pencapaian yang pernah diraih oleh beliau adalah seperti ‘Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2001 dan 2011 serta Anugerah kepimpinan Guru Dalam ANGKASA sempena Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas Ke-50 Tahun Penubuhan Koperasi Sekolah 2018 Peringkat Kebangsaan.
52 PELANCAR Jun 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease