» Delegasi yang diketuai Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (lapan dari kanan) bergambar bersama sumbangan yang dibawa untuk masyarakat Islam Kemboja.
Siri Pertama
Bertepatan dengan Prinsip Ketujuh koperasi iaitu Mengambil Berat Terhadap Masyarakat serta memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) ANGKASA, Program Sumbangan 1 Juta Tudung telah diadakan bertempat di Kemboja pada 14 hingga 17 Mac 2018. Program ini menyaksikan inisiatif ANGKASA sebagai badan induk gerakan koperasi negara bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan koperasi vokasional terpilih melakukan penyerahan sumbangan tudung dan keperluan berkaitan kepada pelajar Islam, fakir miskin dan ibu tunggal Kemboja. Tiga wakil ANGKASA yang diketuai Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kepenggunaan & Sektor Pembangunan Komuniti ANGKASA, Encik Ahmad Marzuki Ismail dan Pegawai Pelajaran ANGKASA, Puan Norhayati Muhamad telah menyertai lawatan antarabangsa ke Kemboja bersama delegasi dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan enam Kolej Vokasional yang terdiri daripada Koperasi Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad Berhad, Banting; Koperasi Kolej Vokasional ERT Azizah Berhad; Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Berhad; Koperasi Kolej Vokasional Dato’ Undang Haji Mohamad Sharip (UHMS) Berhad; Koperasi Kolej Vokasional Seri Manjung Berhad dan Koperasi Kolej Vokasional Sungai Petani Berhad. Seramai 750 pelajar sekolah dan 250 penduduk perkampungan Islam fakir miskin Kemboja menerima sumbangan tudung, telekung, makanan dan Program Sumbangan 1 Juta Tudung Ke Kemboja Oleh : WAN ADLINA WAN AB AZIZ
» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyampaikan sumbangan tudung kepada penduduk kampung di perkampungan fakir miskin di Kemboja.
54 PELANCAR Jun 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease